:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

RAMPASAN TANAH DAN RUMAH DI PAKA
Ahad, Julai 29, 2007

Assalamualaikum wbth, para netters yang dihormati:-

Tanah RTB Durian Mentangau, PAKA

Kronologi Kes...

27hb Januari 2003 -

- Kerajaan Islam di bawah pemerintahan PAS telah menganugerahkan tanah RTB sebanyak 68 lot kepada para penduduk Durian Mentangau dan kepada rakyatnya yang layak (termasuklah orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang UMNO).


Majlis telah dibuat secara rasmi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Dungun. Yang mana pada masa itu, Pegawai Daerahnya ialah bekas S.U.K Terengganu yang dipecat oleh Dato Seri Idris Jusoh - Ybhg Dato Muhatar dan dihadiri oleh anggota exco yg lain dengan dirasmikan / ucaptamanya disampaikan oleh Y.A.B Dato Seri Tuan Guru MB pada masa itu. Rakyat gembira, berterima kasih kepada Kerajaan dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t.

- Penerima RTB melantik juru ukur dan setelah dikenal pasti lot - lot mereka, kerja - kerja mengimarahkan tanah yg dianugerahkan berjalan. Ada yang cepat pembinaan rumahnya, dan ada yang perlahan - bergantung kepada kewangan masing - masing. (Dalam tinjauan yang sempat dibuat ;- ada kalangan mereka menyimpan sedikit demi sedikit wang hasil titik peluh sebagai buruh, hanya untuk belian pasir, simen dll, kemudian diusahakan secara gotong royong dihujung minggu bersama anak beranak untuk disiapkan tempat perlindungan keluarga seadanya.... )

- Usaha mereka berjalan mengikut kemampuan masing - masing sehinggalah kejatuhan kerajaan islam di Terengganu.. ..mereka mula diugut dengan kejadian di RTB lain yg turut menimpa mereka.

- Sesetengah kerangka rumah yang dibina ditolak/dimusnahkan sementah-mentahnya oleh talibarut & pendokong BN. Segala usaha titik peluh mereka hancur - sehancurnya. Menangislah mereka anak beranak, rezeki yang tak seberapa, perut yang diikat, susu anak yang dicatu, beras ibu yang dijimatkan untuk keperluan perlindungan mereka telah dipersiakan oleh Kerajaan BN dan konco-konconya.

- Namun ada sesetangah mereka masih meneruskan pembinaan dengan digagahi surat dari kerajaan terdahulu kerana mereka yakin, yang menganugerahkan tanah itu adalah kerajaan yang sah pilihan rakyat secara berperlembagaan, bukannya individu.

KINI !!!

Mereka "dikejutkan" (taklah terkejut Sangat sebab...dah tahu dah BN zalim! ) dengan satu majlis telah diadakan di kampung mereka oleh YB Paka yang menang baru - baru ini sebagaimana menangnya kaum kerabat UMNO/BN yg lain; tipu. Apa yang mereka buat?... tanah - tanah yg telah diberikan oleh Kerajaan Terengganu terdahulu , diundi semula dan diberikan kepada orang lain tanpa membatalkan LMS yang terdahulu. Bermakna, 1 lot tanah akan ada 2 nama. Ya, memang begitu. Sememangnya, telah dirancang oleh BN, percaturan telah dibuat, bayaran LMS baru turut dibuka.

- Ada kalangan mereka yang baru dapat (Penerima baru yang sudah pasti adalah konco-konco mereka sahaja) dah buat bayaran lesen tumpang....valid sudah pemilikan mereka walaupun sementara..

- Tinggallah berputih mata penduduk kampung Durian Mentangau yang terus-terusan ditindas dan dihina oleh Kerajaan UMNO BN hari ini.

Sebagai rasa membantah tindakan zalim tersebut, ayuh saudara saudara sekelian, hulurkan simpati anda dalam apa cara sekalipun. Secara zahirnya, bertempat di Pejabat tanah dan Daerah Dungun, jam 1.30 petang, 19hb Jul 2007, hari Khamis yang lalu, telah diadakan satu rombongan menghantar memo bantahan dan pembelaan kita bagi mangsa Kezaliman UMNO di Kampung Durian Mentangau.

Jadikan ini momentum kearah menguburkan kezaliman di bumi Terengganu. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! !
posted by Abu Mus'ab @ 5:02 PTG  
2 Comments:
  • At 2:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Assalamualaikum wrt..
    terlebih dahulu ana minta maaf jika terkasar bahasa..ana bukan pro mane2 parti..tapi ana terpanggil utk memperbetulkan keadaan yg sebenar berlaku setelah terbaca artikel saudara.Kenapa org yg berilmu boleh menjadi penfitnah..perosak hubungan masyarakat islam?andalah contohnya yg ana bleh lihat..dan ramai lagi diluar sana.Hanya mengambil pendapat dari satu pihak..yg mana diketahui umum mereka kebanyakannya gologan fasik..solat entah kemana,judi biasa, hubungan dengan jiran amat dasyat.Fikirkanla sendiri.sejarah tanah itu adalah berasal dari tanah getah cina..semasa zaman BN, ketua kg,Hj Salleh berjaya meyakinkan tuan milik utk mengambil tanah tersebut dgn dibayar pampasan setimpal bertujuan utk membina penempatan baru bg org kg yg tinggal di kg. baru yg jauh dari kemudahan awam serta bg org kg yg masih tiada rumah.setelah penambunan tanah siap..tup2 PAS ambil alih dan dengan rakusnya membahagikan tanah kepada org PAS hinggakan 3 lot tanah utk satu keluarga pun ada..x percaya tanyala org kg. yg nampak alimnya..bukan tanye org pas/umno.So..nata harus betulkan fitnah ini dengan apa jua cara..fitnah ni telah buatkan org yg betul ditindas dan org yg jahat diagungkan.org kampung x dapat bersatu padu. bertaubat dan minta maafla.
    Kaji dulu any information yg u dapat before it published.

    Moga kita sentiasa dlm rahmat Allah.

     
  • At 8:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Assalamualaikum...

    Saya merupakan anak jati Kampung Durian Mentangau. Sungguh malu dan sedih apabila membaca artikel yang ditulis di dalam blog ini kerana saya tahu cerita asal usul kejadian pembahagian lot tanah tersebut. Saya sangat bersetuju dengan saudara yang memberi komen, artikel yang ditulis di dalam blog ini sungguh besar fitnahnya. Penulisnya perlu bertaubat!!!.
    Kepada pembaca yang budiman, selidik la dulu cerita sebenar...zaman sekarang fitnah ada di mana-mana...ingatlah sesungguhnya DOSA MEMBUAT FITNAH ITU LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH...

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::