Israk Mikraj (27 Rejab)
Assalamualaikum w.b.t.
Saat ketika Nabi Muhammad SAW di Mi'rajkan oleh Allah taala, beberapa Peristiwa yang berlaku di sana telah ditunjukkan khusus kepada Nabi SAW oleh Allah taala :
i) Menyaksikan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan mengetam pada hari itu juga. Ini adalah bagi orang-orang yang melakukan amal soleh.
ii) Mencium bau haruman yang sangat harum ketika melintasi kubur Masyitah (tukang sikat keluarga Firaun)
iii) Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempas-hempaskan kepalanya ke batu. Ini adalah bagi mereka yang malas mengerjakan solat.
iv) Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat, memakan buah berduri dan ada pula yang menelan bara api. Ini adalah bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
v) Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging masak dan segar ada di sisinya. Ini adalah bagi mereka yang punya isteri tapi masih melakukan zina juga.
vi) Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah sedangkan orang yang duduk di tebing sungai itu melemparkan batu ke arahnya. Ini adalah bagi mereka yang suka memakan riba dan duit haram.
Jadi, buat muslimin dan muslimat sekalian, sama-samalah kita menginsafi, menyedari dan memperbaiki segala amalan ibadat kita seharian. Janganlah kerana alasan dunia, kita dihanyutkan dan lemas dalam arus dunia ini yang serba serbi berunsurkan Fitnah. Hati-hatilah dengan dunia ini. Jangan kita terpedaya dengannya... |
zzzzz2018.9.21
salomon shoes
canada goose jacket
reebok outlet
moncler outlet
fitflops clearance
coach factory outlet
nba jerseys
ferragamo belt
ralph lauren polo
nike clothing