Tektik jahat JHEAT untuk pecat Imam
Ambe dengar cerita dari seorang kenalan yang boleh dipercayai di Besut dan disokong pula cerita yang sama dari seorang kawan lain dari Marang mengenai usaha-usaha jahat yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk memecat imam dan bilal yang dianggap menyokong pembangkang.
Tektik kotor dan jahat yan telah dan sedang dilakukan oleh JHEAT di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah menggantung elaun bulanan mereka yang terlibat.
Apabila imam/bilal berkenaan hadir dalam majlis penyampaian elaun, mereka diberitahu nama mereka tidak ada dalam senarai, sedangkan mereka tidak pernah menerima surat rasmi berkait dengan pemecatan atau penggantungan elaun mereka.
Kemudian mereka dipanggil ke Pejabat JHEAT untuk disampaikan elaun mereka. Sebelum elaun diberikan, mereka diminta menandatangani satu surat yang telah siap dibuat. Bagi yang tidak usul periksa akan terus tandatangan surat berkenaan dan menerima tunggakan elaun mereka.
Rupanya surat itu ialah ialah surat perletakan jawatan secara sukarela. Ada yang bertegas tidak menandatangani surat itu dan mereka tidak diberi elaun itu. Inilah tektik mereka untuk memecat imam/bilal berkenaan.
Secara rasminya, mereka tidak memecat imam/bilal berkenaan, tetapi imam/bilal itu yang memohon meletak jawatan. Inilah antara kezaliman bersiri yang dilakukan oleh Kerajaan Hadhari Terengganu Bestari sekarang.
Ambe : Agaknya apa lagi yang sedang difikirkan oleh BN untuk menghapuskan pembangkang di negeri ini. |