:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MULA-MULA AQIDAH
Ahad, Jun 24, 2007

Buat Pemuda / Pemudi Islam

Assalamualaikum wbt

Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap pemuda / pemudi Islam ialah bahawa urusan amal Islami adalah urusan yang menentukan hak asasi. Jadi kita mestilah pandai memilih jalan mana yang patut dilalui. Juga dapat memastikan tentang keselamatannya.Tidak perlu kita tergesa-gesa dalam memilih sesuatu jemaah untuk dimasukinya lantas bekerjasama dengannya di dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam. Kita mestilah sentiasa ingat bahawa kita hanya mempunyai satu umur dan satu jiwa.

Jadi janganlah dipertaruhkan hidup yang hanya sekali itu kepada satu jemaah yang belum diyakini kebenarannya. Sebaliknya kita mestilah terlebih dahulu mengkaji dan menimbangnya dengan semasak-masaknya sehingga nyata kepadanya bahawa jemaah yang hendak dimasukinya itu adalah jemaah Islam yang benar. Itu lebih baik daripada memilih jalan lain yang tidak benar dan memasukinya tanpa selidik dan periksa terlebih dahulu.

Patutlah disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan segala tuntutan Islam hendaklah melalui jalan Rasulullah (s.a.w.). Sebelum baginda membangunkan Ad Daulah Al Islamiah yang pertama itu, baginda menekankan dan mementingkan persoalan sekitar penegakan akidah Islam di dalam jiwa mukminin. Kemudian mendidik mereka di rumah Al Arqam (Darul Arqam) dengan hidangan Al-Qur'an di Madrasah Rasulullah (s.a.w). Dari Madrasah itu, terbentuklah para lelaki akidah (rijalul akidah).

Akidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa mereka malah menjadi asas di dalam kehidupan mereka. Mereka mengorbankan waktu mereka, usaha mereka, kesihatan mereka, fikiran, harta, malah nyawa mereka untuk akidah Islam. Mereka tetap berpegang teguh kepadanya dan rela menanggung segala gangguan dan penindasan.Mereka tidak pernah berundur, walaupun apa akan terjadi pada diri mereka. Mereka terus menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan dan berjihad pada jalannya dengan harta dan jiwa mereka. Mereka itulah yang menjadi tiang dan teras yang kuat di dalam asas Ad Daulah Al Islamiah yang pertama.

Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan dan menyusun mereka. Rasulullah (s.a.w) mengikat janji dan sumpah setia dengan mereka untuk sama-sama membela agama ini dengan segala apa yang ada pada mereka. Akhirnya kemenangan dan kekuasaan di muka bumi berada di tangan mereka.

Demikianlah, Rasulullah (s.a.w) telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan akidah datang dahulu, kemudian diikuti pula oleh kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan senjata. Apabila dasar dan asas yang kuat dan pejal telah terbentuk, mereka mampu menghadapi musuh-musuh Allah (s.w.t) dan mampu pula membalas segala bentuk percerobohan dengan kekuatan.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya Dan sesungguhnya Allah (s.w.t) benar-benar berkuasa menolong mereka." (Al-Haj: 39)

Dalam proses pembentukan dasar dan asas yang kuat di kalangan mukmin yang masih sedikit bilangannya, Rasulullah (s.a.w) mewasiatkan mereka supaya bersabar menanggung segala penderitaan dan azab sengsara dan berpegang teguh kepada al Haq (kebenaran) yang telah mereka imani dan terus menerus menyampaikan dakwah kepada orang lain. Mereka tidak dituntut untuk menghadapi kebatilan dengan kekuatan (sama ada kekuatan tangan atau senjata).

Jadi jemaah yang mesti dipilih dan dimasuki oleh para pemuda Islam ialah jemaah yang berjalan di atas jalan Rasulullah (s.a.w). Jemaah yang berjalan di atas jalan Rasulullah SAW adalah jemaah yang bersifat Syumul, iaitu di antaranya syumul dari sudut keahliannya. Yakni tidak memilih ahli yang ada kepentingannya, dengan erti kata lain iaitu ahli yang Elit, Bijak Pandai dan seumpamanya.Jadi, mana-mana jemaah yang tidak mengutamakan sifat syumul ini ditambah dengan sudut tarbiah (pendidikan) dan penyatuan tetapi mempergunakan kekuatan, maka itu adalah satu jemaah yang memperjudikan nasib dan usahanya. Ini membahayakan amal Islami (usaha dan perjuangan Islam).

Jadi, segala usaha ke arah pemerintahan dengan jalan kekerasan atau kekuatan tanpa tarbiah dan perpaduan atau dengan jalan yang mengabaikan tarbiah, merupakan pertaruhan bahkan satu kerugian terhadap amal Islami. Walaupun ia berkembang dan membesar menurut tabi'i sebelum dasar dan asas menjadi kuat, namun ia tidak mantap dan tiada kesungguhan untuk berjalan terus menerus.

Jadi mestilah terlebih dahulu dibentuk dasar yang kuat dan pejal. Dengan demikian ia redha kepada hukum-hukum Islam, melindunginya, membelanya dan tidak berkompromi dengan hukum yang lain darinya. Demikianlah, pembinaan itu mestilah didahului dari asas bukan dari puncak. Apabila sesuatu bangunan yang hendak dibina itu besar dan tinggi, maka asasnya mestilah luas dan dalam pula. Samalah keadaannya dengan bangunan yang hendak kita bangunkan ini adalah bangunan yang paling besar dan paling tinggi iaitu 'Ad Daulah Islamiah Alamiah' (negara Islam sejagat) kerana dakwah kita adalah alamiah (antarabangsa) demikian juga musuh-musuh kita adalah alamiah juga. Jangka masa yang digunakan di dalam medan ini diukur dengan umur dakwah bukan diukur dengan umur individu.

Dengan rahmat kurnia Allah (s.w.t), kita dapati Al Imam Hassan Al Banna telah mengambil jalan ini dari seerah Rasulullah (s.a.w). Beliau menegaskan betapa perlunya dipersiapkan al fardi muslim (individu muslim) sebagai lelaki akidah (rijalul akidah), pentingnya didirikan keluarga muslim (usrah muslimah) dan akhirnya masyarakat muslim (mujtama muslim). Di atas asas-asas yang kuat inilah, kelak terdirinya Ad-Daulah-Islamiah dan seterusnya Al-khilafah Islamiah, InsyaAllah.
posted by Abu Mus'ab @ 1:02 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::