:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BEZA KEBAJIKAN UMNO DENGAN KEBAJIKAN ISLAM
Isnin, September 19, 2011

Perbezaan Kebajikan Umno Dengan Kebajikan Islam

Alhamdulillah, kini kita masih lagi diberi peluang oleh Allah taala untuk kita nikmati dan kecapi akan nikmat-nikmat-Nya yang terhitung banyak dan nilainya. Mudah-mudahan dengan kurniaan tersebut, tidak mengalpakan dan melalaikan kita daripada matlamat utama/ asal kita dijadikan oleh Allah taala, sepertimana dalam FirmanNya di dalam Surah az-Zaariyat ayat  56 yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan manusia dan jin, melainkan hanyalah untuk beribadat (memperhambakan diri) kepada Ku."

Banyak juga hal kehidupan yang ingin dikongsi bersama, yang meletakkan asasnya adalah Islam merupakan ad-Din iaitu Islam yang memandu cara kehidupan manusia, bukanlah Islam hanya dijadikan agama anutan semata-mata. Kerana kini, umat Islam sedang terbelenggu dengan pemikiran dan pemahaman bahawa Islam hanya dijadikan sebagai agama anutan semata-mata, bukan Islam yang mengusai dan memandu bagaimana manusia hidup di dunia ini. Punca inilah yang menyebabkan ramai manusia tanpa disedari, telah terseleweng 'Aqidah' mereka, telah sesat dan menyesatkan orang lain yang bersamanya dengan sebab jahil dalam urusan agama, bahkan telah kufur dan murtad.. Na'uuzubillahi min zaalik..

Hari ini, Kerajaan BN/ Umno, yang dipimpin oleh Najib, telah 'melepaskan' beberapa bentuk kebajikan dan kebaikan untuk rakyat Malaysia pada malam Hari 1 Malaysia, yang kita sedia maklum ianya tidak lain tidak bukan adalah 'Gula-gula' dalam menghadapi Pilihanraya Umum 13. Ketahuilah bahawa segala apa yang digula-gulakan tidak mendapat 'Restu' oleh Allah taala. Kenapa pulak ni? Tentu juak-juak Umno serta mereka yang jahil agama akan naik marah, dan tersentak, serta 'Fening'..

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabilillah. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.”

Seringkali kita mendengar, merasai, dicuba fahamkan dan dimengertikan dengan perkataan “Kebaikan” dalam kehidupan seseorang. Setelah dicari, dikaji dan difahami, jelas, kebanyakkan orang Islam hari telah terseleweng fahaman akan perkataan ini. Disebabkan kerana selama ini, selepas penjajahan British di Tanah Melayu, yang akhirnya Malaysia mencapai kemerdekaan, yang terpaksa berulang-alik ke London sebanyak 3 kali, dengan sekaligus mengorbankan maruah agama, serta mengenepikan undang-undang Islam, dengan berjanji menjadikan Undang Perlembagaan Lord Reid sebagai Sumber Perlembagaan Utama/ Teratas. Menjadikan sebarang undang-undang yang mendatang, akan diketepikan walaupun undang-undang Islam daripada al-Quran dan as-Sunnah, terhasut dan dirasuk, serta diselewengkan oleh Yahudi laknatullah dengan melalui proksinya iaitu UMNO.

Kebanyakkan orang Islam hari ini, terutama mereka yang memiliki kelulusan yang tinggi samada PHD, MA, Sarjana Muda bahkan yang memiliki Diploma sekalipun masih lagi keliru dengan pemahaman sebenar tentang perkataan “Kebaikan” ini menurut pandangan Islam, iaitu di sisi Allah taala.

Ialah, apabila ilmu pengetahuan tidak disandarkan kepada Nas-nas al-Quran, as-Sunnah saw dan Ijma’ Ulama, maka sememangnya akan kabur dan terpesong dari kehendak maksud yang sebenarnya. Ayat-ayat Al-Quran tidak difahami dan dipraktikkan, akibatnya, menjadi TAKUT dan PENGECUT untuk menegakkan kebenaran, kerana tidak meyakini akan segala janji-janji Allah taala kepada hamba-Nya yang memperjuangkan kebenaran agama-Nya iaitu ISLAM.

Seringkali, saya cuba menyelami pemahaman di kalangan orang tertentu. Apabila saya bertanyakan tentang permasalahan ini, ada di kalangan mereka yang menjawab: “Walaupun saya pangkah UMNO, tapi hati saya baik”.. "Walaupun saya sokong UMNO, tapi hati saya baik".. “Walaupun saya tidak memakai tudung, tapi hati saya baik”.. “Walaupun saya mendedahkan aurat, hati saya baik”…walaupun pemakaian saya macam orang Yahudi dan Kristian, tapi hati saya baik”.. Inilah suasana hari ini yang sesat lagi menyesatkan yang berlaku ke atas kebanyakkan masyarakat Islam hari ini, baik di Malaysia mahupun di luar Negara.

Jadi, saya nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang ingin membaca, mendengar, memahami dan beramal, serta menyebarkan ilmu ini kepada para pendengar kuliah sahabat-sahabat di luar sana. Kerana ini adalah perkara yang wajib yang mesti disebarkan, dek kerana ramai masyarakat Islam hari ini telah songsang dan sesat dalam memahami maksud "Kebaikan" menurut kacamata Islam.

Kebaikan atau kebajikan menurut istilah agama, digunakan dalam dua pengertian, iaitu:

Pertama: Kebaikan atau kebajikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada kedua ibu bapa, dan banyak juga digunakan untuk semua makhluk secara umum. Jadi yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat suatu yang baik kepada semua makhluk.

Kedua: Keelokkan atau kebajikan atau kebaikan dalam ertikata melaksanakan segala amal taat samada yang zahirnya mahupun yang batinnya sejajar, selari dan sesuai dengan petunjuk dari ayat al-Quran yang telah diutarakan di atas, iaitu:

1- Taat pada zahir, ialah membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah taala, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji, sabar apabila menghadapi segala dugaan, seperti kesakitan dan kesusahan.

2- Taat pada batin, ialah Keimanan, Kepercayaan dan Keyakinan kepada Allah taala, para malaikat-Nya, segala kitab dan rasul-rasul-Nya.

Kedua-dua jenis ketaatan ini adalah kebaikan. Kebaikan menurut Rasulullah saw ialah keelokkan budi pekerti. Keelokkan budi pekerti tiada lain dari mengerjakan suatu yang ditentu atau disukai, atau yang sesuai dengan ibadat dan fikiran TETAPI tidak bertentangan dengan petunjuk dan panduan agama, iaitu Syariat Islam.

Keelokkan akhlak adalah satu-satunya penilaian kebaikan. Tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atau pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, ia tidak baik bagi Islam, tetapi ada yang baik bagi agama (Islam), sudah tentu baik bagi manusia. Hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai kebenaran yang sebenar.

Mari kita kembali kepada pentafsiran ayat al-Quran di atas, yang merupakan dalil dan bukti kepada maksud Kebaikan di sisi Allah taala. Ayat di atas diturunkan adalah untuk menolak pemahaman ahli-ahli Kitab yang mereka telah mengikut pemahaman orang Yahudi dan Kristian dengan tanggapan bahawa pekerjaan yang baik hanya merupakan dengan mendirikan solat semata-mata. Jadi tanggapan mereka ini adalah salah dan tidak betul, dan telah disangkal oleh Allah taala dengan turunnya ayat di atas.

Jadi, segala apa yang telah Imam Nawawi rahimahullah taala nyatakan di atas, tentang huraian Kebaikan menurut Syariat Islam, berpandukan daripada ayat Allah taala di atas, dan juga satu hadis Nabi saw berkenaan tentang Kebaikan (rujuk hadis 27, Kitab Hadis 40), maka segala apa yang telah dinyatakan itulah yang dimaksudkan dengan KEBAIKAN. Barangsiapa berbuat demikian, maka dialah orang yang menepati Imannya. Dan orang berbuat demikianlah yang digelarkan oleh Allah taala orang yang BERTAQWA.

Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah taala mendahulukan menyebut orang yang berbuat kebaikan adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab dan para anbiya’? Kenapa tidak mendahulukan orang yang mengerjakan Solat, Zakat dan lain-lainnya? Kenapa dalam Rukun Islam yang 5 perkara, Nabi saw meletakkan ucapan Tauhid, mengucap 2 kalimah syahadah yang mula-mula. Kenapa tidak diletakkan Solat, Puasa, Zakat, Haji terlebih dahulu?

Ini menunjukkan bahawa penekanan dalam keaslian pemahaman tentang AQIDAH yang diasaskan atas Tauhid Uluhiyyah adalah yang utama. Aqidah yang salim, baik, itulah yang akan menjamin akan penerimaan segala amal kebajikan yang lain, termasuk perkara Solat, Puasa, Zakat dan Haji tadi. Jika aqidah tidak tepat, terpesong dan terseleweng dari yang sebenarnya, mengikut ketetapan Syariat Islam, maka segala amal kebaikan yang tadi, hanya sia-sia sahaja.

Akhirnya, jadikanlah Islam sebagai Penentu atau Panduan dalam kehidupan kita seharian, dalam semua aspek dan segi. Bukanlah setakat hanya sebagai agama anutan sahaja. Seterusnya, meletakkan dan menjadikan al-Quran, al-Hadis saw dan kata para alim ulama sebagai kayu ukur dalam menjalani kehidupan samada yang membabitkan percakapan, pertuturan, niat dan perbuatan. Jika tidak berbuat demikian, akan mengakibatkan bala Allah taala turun mencurah-curah, menyebabkan seseorang itu mengalami kehidupan yang pincang, yang susah, yang sempit dengan sebab tiada Keberkatan dan Kerahmatan Allah taala..Na'uuzubillahi min zaalik..Sama-sama kita bermuhasabah...

 


posted by Abu Mus'ab @ 8:25 PG  
1 Comments:
  • At 10:28 PTG, Blogger Unknown said…

    Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::