:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KONSEP IBADAT YANG DISEMPITKAN PEMAHAMANNYA OLEH UMNO
Rabu, Ogos 03, 2011

Pemahaman Ibadat Yang Disempitkan oleh Umno

Alhamdulillah..Bersyukur kepada Allah taala yang telah memberi peluang kepada kita selaku hamba-Nya yang penuh dengan kelemahan dan keserabutan untuk sama-sama mendapatkan kelebihan dan keutamaan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kerahmatan jua keampunan di sisi-Nya.

Apa ker tidaknya, bimbang juga, tika berada di bulan Rejab dan Syaaban sebelum ini, takut tak dapat mengecapi bulan Ramadhan. Sebab itulah, Nabi saw senantiasa memohon doa: "Ya Allah, Berkatilah daku di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah daku di bulan Ramadhan."

Ramadhan telah masuk hari yang ke-4, pejam celik sekejap jer rasa. Apa kan daya, antara tanda hari Qiamat. Sedia maklum, bahawa Ramadhan menjanjikan kepada hamba Allah taala yang beriman memperolehi pelbagai kebaikan dan kebajikan jua keampunan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh penghitungan, maka Allah taala akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."

Penuh KEIMANAN, dengan erti kata mempercayai dan meyakini terhadap segala ketetapan dan perintah Allah taala melalui kalam-Nya, iaitu al-Quran al-Karim, dan melalui Utusan-Nya, iaitu Sunnah Nabi Muhammad saw dan seterusnya mempraktikkannya. Kerana Iman seseorang itu boleh dinilai dan diukur serta dilihat melalui Amalan seseorang.

Suka saya nak menegaskan satu perkara yang hari ini, dipandang tepi dan sepi oleh golongan tertentu, senang cerita penyokong dan pendokong Umno, jua turut terkesan ke atas golongan atas pagar. Perkara tersebut adalah, bulan Ramadhan dikecilkan skop pengamalannya, dengan menumpukan sepenuhnya kepada amalan Solat Sunat Terawih, membaca al-Quran dan amalan sunnah yang lain. Memang tak dinafikan amalan tersebut adalah amalan yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan ganjaran yang istimewa yang telah Allah janjikan.

Perlu diingatkan, ada lagi kewajipan lain yang wajib dilakukan oleh orang Islam yang mukallaf selain amalan di atas dalam bulan Ramadhan ini. Apabila Allah taala mewajibkan orang yang beriman berpuasa di bulan Ramadhan, Allah taala jua mewajibkan orang yang beriman berjihad fi sabilillah dan berhukum dengan hukum Allah taala, dengan kalimah yang sama iaitu "Kutiba".

Mari kita selusuri sejarah Islam yang terdahulu, bagaimana kita melihat Nabi Muhammad saw dan para Sahabatnya ra.anhum memanfaatkan bulan Ramadhan untuk memperolehi ganjaran semaksima mungkin. Mereka telah menjadikan Ramadhan sebagai Bulan JIHAD Fi Sabilillah. Bulan untuk Berperang. Bulan untuk mendapatkan Kemenangan. Bulan untuk mereka mendapat Ujian. Bulan untuk membuang sifat Penakut. Bulan untuk memenangkan Islam.

Bulan Ramadhan, telah berlakunya Perang Badar, telah berlakunya Pembukaan Islam Kota Mekkah, telah berlakunya Perang Tabuk, telah berlakunya Islam sampai ke Yaman, berlakunya keruntuhan berhala al-'Uzza oleh Khalid bin al-Walid, berlakunya pembukaan kota Andalusia, berlakuya Penyerahan Bandar Taif, berlakunya kekalahan tentera Monggol oleh tentera Islam, berlakunya Peperangan Yakhliz dan banyak lagi peristiwa Jihad yang telah dimanfaatkan oleh orang terdahulu di bulan Ramadhan ini.

Amat malang, bagi mereka yang menganggap bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk merehatkan diri, tidak mahu berjihad, bahkan menumpukan sepenuhnya untuk melakukan ibadat seharian semata-mata. Inilah antara pemahaman yang menjayakan agenda Yahudi dan Amerika untuk memesongkan pemikiran orang Islam hari ini, khusus di tempat kita.

Makna IBADAT yang sebenarnya adalah segala, sebarang, semua amalan yang melahirkan PAHALA. Ini konsep asas Ibadat. Jadi, bukan setakat seseorang itu menunaikan Solat Fardhu, Solat Sunat, dan amalan Sunnah lain, amalan menegur, menasihati mereka yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kejahatan juga adalah Ibadat. Menutup aurat bagi perempuan adalah Ibadat. Apatahlagi bagi mereka yang Berjuang dan Berjihad di bulan Ramadhan ini. Lebih Utama dan lebih afdhal.

Mudah-mudahan, kita selaku mereka yang memiliki autoriti dalam bidang agama, memecahkan konsep Ibadat mengikut acuan Islam yang sebenarnya. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mengketengahkannya, memberi pemahaman yang sebenarnya dengan menolak segala bentuk pemahaman yang SEMPIT yang sengaja dicetuskan dan cuba diserapkan oleh Proksi Yahudi dan Amerika pada hari ini.

Salam Ramadhan al-Mubaarak.
posted by Abu Mus'ab @ 6:38 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::