Menjatuhkan Kerajaan Umno adalah IBADAT
Hari ini telah fasal kedua Ramadhan, hari yang ke-11 kita umat Islam berpuasa Ramadhan. Harapannya tingkatan puasa kita sehingga kini berada di martabat puasa yang kedua, iaitu Puasa Orang Yang Istimewa. Sangat malang, bagi mereka yang masih lagi berada di martabat puasa yang pertama, sedangkan dia antara hamba Allah yang mukallaf, bukan budak kecik lagi.
Apabila menyentuh tentang tingkatan/ martabat puasa ini, menjelaskan lagi keadaan dan hal yang sedang dialami, reality yang berlaku ke atas orang Islam yang berpuasa pada hari ini. Apabila melihat siaran berita di media Kerajaan Umno ni, terasa kasihannya melihat pembaca di kalangan perempuan yang sedang membaca berita tersebut. Ialah kan, membaca berita dalam keadaan tidak menutup aurat, auratnya terdedah, bercakap tentang Ramadhan, tetapi diri sendiri melakukan perkara yang Haram. Inilah antara keadaan tingkatan/ martabat puasa yang pertama.
Nak meletakkan rasa kehairanan terhadap kerajaan Umno ni, rasanya taklah kot. Sebab memang inilah antara cirri-ciri pemerintahan Sekular, pemerintahan yang bercanggah dengan Syariat Allah, pemerintahan yang mendapat kutukan dan laknatan oleh Allah taala, para Rasul, para Malaikat dan orang yang beriman. Disebabkan pemerintahan yang tidak mahu meletakkan undang-undang, hukum hakam yang telah Allah taala tetapkan, pemerintahan ala Yahudi dan Amerika, pemerintahan yang hanya meletakkan status Islam diluarnya sahaja. Inilah jua antara keadaan martabat puasa yang pertama. Kerajaan puasa jugak ker? Tentulah para pemimpinnya…
Satu
hadis Nabi Muhammad saw, daripada Abu Hurairah r.anhu, bahawa Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa, tidak ada pada puasanya melainkan lapar semata-mata, berapa ramai orang bangun malam, tidak ada pada bangun malamnya melainkan keletihan semata-mata.”
Sering kali kelihatan akhir-akhir ini, ramai perempuan yang mendedahkan auratnya, tak dedah auratnya pun, menampakkan susuk tubuh badannya yang pelbagai saiz. Ketika menjual kuih muih, pelbagai santapan untuk hidangan ketika berbuka puasa. Berat nanang sungguh. Satu pemikiran dan pemahaman serta pengamalan yang sesat lagi menyesatkan. Silap kerajaan yang memerintah Malaysia ini, kerana tidak menggunakan kesempatan kuasa yang ada untuk mengatasi kesesatan ini. Tetapi apa yang nak dihairankan. Inilah pemikiran dan idealogi perjuangan Umno yang diasas oleh British/ Yahudi dan Amerika.
Cumanya, diharapkan Ramadhan ni, kepada perempuan yang dedahkan auratnya ketika sedang menjual juadah berbuka puasa, supaya jangan sia-siakan puasanya. Ialah kan, kiranya termasuk di kalangan puasa orang yang pertama. Kasihan kan.. Memang tak dinafikan hari ini, gejala pendedahan aurat di kalangan masyarakat Melayu yang jahil dalam hal agama amat ketara dan kritikal.
Apabila cuba untuk member kefahaman dan penjelasan berdasarkan nas-nas Syara’, maunya mereka nak berubah. Sakit sungguh mereka ini. Apabila dibuat penelitian tentang proses kehidupan sehariannya, dari sudut makanan, minuman dan barangan penggunaan harian, OUT ! Pendek kata, HATI dan jiwa mereka telah dirosakkan dengan barangan yang Syubhah. Mereka gemar menggunakan barangan Yahudi dan Amerika terutamanya. Maka tergolonglah mereka di martabat puasa yang pertama.
Satu keadaan lagi, yang meletakkan seseorang itu di kalangan martabat puasa yang pertama, iaitulah masih ramai di kalangan masyarakat Islam hari ini, berfikiran dan berfahaman Yahudi dan Amerika. Mungkin, mereka tidak menyedarinya. Masalahnya, apabila dicuba beri faham dan penjelasan, mereka menafikannya bahkan menentangnya serta memperakui betulnya pemahaman mereka yang jelas sesat dan menysatkan itu. Pemahaman yang dimaksudkan ialah, pemahaman Sekular, pemahaman Libral, pemahanan Komunis, yang ketaranya ialah pemahaman Nasionalis, iaitu Kebangsaan. Semua fahaman ini diperjuangkan dan diamalkan oleh KERAjaan Umno hari ini. Sia-sia puasa mereka kan..
Akhirnya, Ibadat bukan hanya setakat menunaikan solat, berpuasa, tunaikan haji dan umrah, berzikir, membaca al-Quran, menghafaz al-Quran, bahkan mengajak manusia membuat kebaikan serta kebajikan, menunjuk ajar yang mana baik dan buruk, serta mencegah kemungkaran, menentang kezaliman, menjatuhkan pemimpin yang zalim dan menumbangkan KERAjaan Umno BN ini juga merupakan IBADAT.
Selamat Berpuasa..
Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”