Umno Penyebab Institusi Keluarga Mengalami Kesusahan
Salam Ramadhan Karim…
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Sesungguhnya kefaqiran itu menyebabkan kekufuran.” Kita sekarang telah berada di tengah-tengah fasal yang ke-2, fasal yang
Nabi saw telah nyatakan dengan sabdanya saw yang bermaksud: “Bulan Ramadhan yang Awalnya merupakan Rahmat, pertengahannya adalah Keampunan, dan pengakhirannya adalah Kebebasan dari api neraka.”
Fasal yang menuntut kepada kita semua agar lebih mendekatkan lagi kepada Allah taala, bertawajjuh kepada-Nya dengan penuh khusyuk dan tawaduk, meletakkan diri kita di kalangan hamba-Nya yang dengar dan taat kepada segala ketetapan dan perintah-Nya.
Fasal yang menandakan bahawa bulan Ramadhan sekian berakhir, yang berkehendakkan kepada kita semua meningkatkan lagi segala amal ibadat dan amal soleh kita serta amal jihad kita, semata-mata untuk mendapatkan status TAQWA, yang insyaAllah dengan bekalan Taqwa tersebut, sama-sama kita aplikasikannya dengan berusaha untuk menjatuhkan, menumbangkan, dan melumpuhkan Umno, parti Sekular, Liberal, Komunis, dan National (Kebangsaan) ini lepas Ramadhan nanti.
Menyentuh soal kefaqiran, dalam erti kata lain adalah kesusahan dan kesempitan atau kemiskinan. Perlu diingatkan dan diteliti serta difahami, keadaan ini kian meruncing dan kritikal berlaku ke atas manusia hari ini. Terutama orang Melayu beragama Islam. Ini kerana disebabkan oleh Kerajaan Umno yang memiliki kuasa pemerintahan di peringkat kerajaan pusat hari ini, tidak pandai memerintah, mementingkan diri sendiri dan kroni, dan yang paling teruknya adalah Kerajaan Umno hari ini, tidak mahu sama sekali berhukum dengan segala hukum Allah yang telah digariskan dalam al-Quran al-Karim, yang menjanjikan bala bencana daripada Allah taala menimpa masyarakat Malaysia hari ini. Ini semua angkara Umno.
Perlu diingatkan, kepada sesiapa yang terlibat dengan Umno ni, samada sebagai penyokong, pendokong, perancang, penasihat, apa pertolongan dan bantuan sekalipun, sedangkan dia berpuasa Ramadhan sehingga ke hari ini, SIA-SIA semua amal Ibadatnya. Bahkan BERDOSA BESAR. Dan hukumnya adalah HARAM.
Dengan bebanan, dan kesengsaraan jua kesusahan dan kemiskinan yang sedang dialami oleh orang Islam terutamanya, tidak lupa kepada semua rakyat Malaysia hari ini, yang menyebabkan ketua keluarga terutamanya mencari side-income untuk menampung lebihan belanja bulanan hasil ketidak cukupan pendapatan yang sedia ada. Ditambah pula dengan rata-rata pada hari ini, keterlibatan si isteri dalam pelbagai kerjaya, yang beralasan untuk menampung keperluan bulanan sekeluarga. Inilah antara permainan Yahudi dan Amerika.
Perasan ke tidak, fokusnya, penglibatan si isteri dalam kerjaya ini boleh mengurang suburkan atau menjejaskan institusi kekeluargaan Islam yang sebenarnya. Mana ker tidaknya, apabila si isteri tidak memiliki keyakinan dan kepercayaan terhadap janji Allah dan Rasulullah saw (nak kata tak beriman,marah pulak) akan menyebabkan si isteri lupa tanggungjawab utamanya terhadap keluarganya, samada suaminya maupun anak-anaknya. Menjadikan kerjayanya sebagai Matlamat Utama dalam kehidupannya. Dek kerana sibuk dengan kerjayanya, tidak ada masa, keletihan dan kepenatan, yang akhirnya akan menimbulkan konflik dalaman antara suami dan isteri. Ialah, masing-masing dah income sendiri. Apa yang nak dirisaukan. Ikut saya la..
Bagi si isteri yang beriman kepada Allah taala dan Rasulullah saw pula, dia amat pasti dan yakin, kerjaya yang sedang diusahakannya itu merupakan Ibadat. Kerjayanya itu bukanlah Matlamat tetapi Wasilah/ Alat untuk mencapai matlamat.
Perlu diingatkan, dan difahami. Orang yang beriman, yang memiiliki keyakinan dan kepercayaan yang kuat kepada Allah dan Rasul-Nya, dia akan meletakkan kecintaan utamanya kepada Allah dan Rasulullah saw serta Berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan dirinya sendiri samada masa, tenaga, kemahiran serta idea yang ada. Dia amat meyakini, dengan perlakuan sedemikian, akan memurahkan lagi rezekinya, akan menambah berkatkan lagi kehidupan sekeluarganya, akan memudahkan segala kesempitan dan kesusahan yang diujiankan oleh Allah ke atasnya, dan yang pentingnya, jika dia itu berstatuskan ISTERI, redhai oleh Allah taala yang dicari melalui redha SUAMInya.
Dunia hari ini, begitu menghambat keadaan ini.
Hanya dengan IMAN yang ampuh, ISLAM yang sebenarnya, Kesabaran yang kuat, Ketabahan yang jitu, Tawakkal umpama seekor burung, yang dapat menyelesaikan segala permasalahan dan keserabutan ini.
Kalu betul kita nak murahkan rezeki kita, dapatlah redha Allah terlebih dahulu. Redha Allah taala ini melalui Rahmat-Nya dan Kasih Sayang-Nya. Sesungguhnya Kekuasaan Allah taala berada di atas Kumpulan/ Jemaah/ Parti yang memperjuangkan agama-Nya dan berusaha untuk menegakkan segala hukum-Nya. Berjuanglah, Bersamalah, Wujudkanlah diri kita, Bekerjalah, Aktiflah dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan sesungguh-sungguhnya, dengan penuh keyakinan dan kepercayaan terhadap perjuangan Islam ini, terutama dalam hal REZEKI, kerana semuanya adalah Hak Milik Allah taala. Kita kan lepasan al-Azhar as-Syarif...
Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”