Ulama Muda UMNO Buka Pekung Sendiri
Kenyataan Ahmad Tajuddin Idris, ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa Ulama tidak bersama dengan UMNO tetapi memilih PAS kerana pergerakan UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulama walaupun UMNO telah melaksanakan Islam dan syiar-syiarnya adalah meleset sama sekali.
UMNO bukan 'seolah-olah' tidak dipacu oleh Ulama tetapi sememangnya ia tidak dipacu oleh golongan tersebut bahkan mereka diketepikan dalam UMNO.
Penggunaan perkataan 'seolah-olah' bagaikan ingin mengelirukan masyarakat kononnya UMNO selama ini tidak memencilkan peranan Ulama.
Ulama tidak bersama dengan UMNO kerana mereka memahami bahawa UMNO tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan Islam di dalam negara ini secara syumul. Apa yang mereka pelajari tentang Islam sebelum ini adalah bertentangan dengan dasar dan perjuangan UMNO yang berteraskan kepada ideologi Nasionalisme dan Sekularisme.
Perlaksanaan Islam dan syiar-syiarnya hanyalah tempelan untuk mengelirukan masyarakat dan bukan menjadi dasar negara. Walaupun ada program-program Islam yang dianjurkan, program-program yang bertentangan dengannya tumbuh melata. Maka tidak peliklah jika ketua Ulama Muda UMNO ini membuat kenyataan bahawa persepsi masyarakat Melayu yang kuat agamanya menganggap UMNO sebuah parti yang tidak Islamik dan anti Ulama. Kenyataan ini adalah benar yang tidak dapat disangkal lagi walaupun beliau cuba untuk membetulkan persepsi tersebut.
Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan, jika Ulama bersama dengan UMNO sekali pun, mereka ibarat terompah kayu yang hanya dipergunakan untuk kepentingan politik dan hawa nafsu UMNO sahaja. Selagi mana dasar dan perjuangan UMNO tidak berubah, tidak ada peranan yang boleh dimainkan oleh Ulama dalam pertubuhan tersebut.
Ini terbukti apabila wakil Ulama Muda UMNO ini sendiri menyampaikan harapannya dalam artikelnya tersebut agar UMNO menonjolkan imejnya yang bukan anti Ulama dan tidak Islami dengan membuka ruang kepada golongan Ulama secara rasmi dan serius bagi terlibat dalam hala tuju UMNO.
Hasrat ini secara jelas menggambarkan bahawa beliau kecewa apabila Ulama dalam UMNO sehingga sekarang dipencilkan dan tidak dilibatkan dalam menentukan hala tuju pertubuhan tersebut.
Oleh kerana itulah beliau menegaskan lagi kekecewaannya di akhir artikelnya tersebut dengan terus menyatakan harapannya:
"Jika UMNO ingin terbang bersama Islam maka jadikanlah Ulama sebagai sayapnya."Hakikatnya, UMNO tidak akan terbang dengan Islam dan menjadikan Ulama sebagai sayapnya selagi ia tidak mengubah dasarnya. Jika dijadikan sayap sekali pun, ia hanyalah sekadar hiasan sebagai mana yang terjadi sendiri kepada Sekretariat Ulama Muda UMNO yang hanya mampu bersuara dalam 'tempurung' mereka sahaja.
Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”