Umno Makin Hari, Semakin Jahil dan Bodoh Sombong
Kali ini, lama sungguh tak update blog Shamatun ni. Terasa sangat kengkangan masa dan waktu. Masa yang begitu menghambat dan melarikan diri, menjelaskan bahawa benarnya sabda Nabi Muhammad saw akan peristiwa akhir zaman. Telah banyak terjadinya peristiwa-peristiwa akhir zaman yang sepatutnya bagi orang Islam mengambil pengiktibaran dan pengajaran. Bukan sekadar penglihatan semata-mata, yang akhirnya membisukan diri dengan seribu bahasa yang melambangkan kebodohan dan kejahilan serta kebebalan. Mudah bahasa Bodoh Sombong.
Dengan keadaaan semasa yang berlaku hari ini, yang dicetuskan oleh Kerajaan Umno, yang mengakibatkan bala Allah turun mencurah-curah dengan tanpa penyokong dan pendokong Umno menyedari dan bertanggungjawab di atas segala bala yang menimpa. Apa yang mereka kata dengan kejahilan yang tersedia ada adalah Itu semua bala bencana Alam.
Suka saya untuk merungkaikan satu pemahaman yang mesti kita sama-sama perhatikan dan sedari dan berhati-hati dalam segala kehidupan kita yang melibatkan baik pertuturan, perlakuan dan niat dalam hati. Perkara tersebut adalah antara sikap yang menunjukkan seseorang itu membenci Islam, yang menjadikan pelakunya MURTAD dan Kafir, sekalipun ia menuturkan dua kalimah syahadah dan menamakan dirinya sebagai seorang Islam.
Sikap itu ialah mempersenda dan mengejek-ngejek kepada perkara-perkara yang mesti diketahui dalam Islam, termasuklah dengan mengejek dan menghina Allah taala, rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad saw, kitab-Nya iaitu al-Quran al-Karim, atau dia mengejek-ngejek orang mukmin dengan sebab iman mereka dan seumpamanya.
Sedangkan cara ataupun bentuk mengejek-ngejek itu banyak. Kadang-kadang dengan percakapan, kadang-kadang dengan perbuatan yang berupa isyarat dengan bulu kening, menjelir lidah, mencebir bibir mulut, ketika mendengar bacaan al-Quran atau Sunnah Rasulullah saw, atau ketika mendengar percakapan hal aqidah Islam, atau hukum Islam yang ia wajib ketahui dan laksanakan.
Antara sikap lain yang menyebabkan seseorang itu Murtad adalah apabila timbul perasaan benci dan marah ketika mendengar nama Allah, atau Sunnah Rasulullah saw atau bacaan al-Quran, ataupun hukum-hukum yang wajib diketahui dalam agama atau ketika mendengar seruan kepada Jihad di jalan Allah taala.Sesungguhnya dua sikap di atas adalah di antara sikap-sikap yang sedang mengasak dan menjalar dalam pemikiran orang Islam hari ini. Terutama sedang menyerang dan diserapi serta didokongi oleh mereka yang tidak mahu menjadikan undang-undang Islam tertegak dan mendahului undang-undang ciptaan barat penjajah Bristish. Yang dilihat pada hari ini, sikap ini dalam usaha diterapkan ke atas para pemuda pemudi, remaja lelaki dan perempuan dan sememangnya orang tua yang masih tidak sedar juga tidak ketinggalan.
Dengan kesedaran dan keinsafan terhadap bahayanya sikap ini, kita selaku pejuang agama Allah, pejuang Islam, yang bermata rantaikan perjuangan Rasulullah saw, sewajibkan menerangkan dan memperincikan lagi kepada tanggungan kita khasnya. Samada anak, isteri, mak, ayah, anak buah, anak murid dan seumpamanya. Pendek kata, yang kita bertanggungjawab ke atas mereka.
Hati-hatilah dengan dua sikap di atas. Jangan sampai ianya meresapi dalam pemikiran dan fikiran serta sanubari kita. Betapa pentingnya bermuhasabah dan berlapang dada. Sesetengah orang, apabila dah besar panjang, memiliki kediaman sendiri, kerjaya sendiri, kenderaan sendiri, mulalah menampakkan dirinya cerdik yang tidak boleh ditegur langsung dan akan cepat melenting apabila ditempelak dan disindir serta dinasihati. Inilah akibatnya apabila diri sendiri tidak pernah diisi, asyik nak mengisi orang sahaja.
Untuk penyokong dan pendokong Umno, cukuplah dengan dosa dan pelakuan serta pemahaman yang sedang menular sekarang. Kerana ianya menghilangkan segala amal kebajikan dan kebaikan yang dilakukan. Jerit payah susah yang dilalui untuk melaksanakan ibadat untuk Allah taala hanyalah sia-sia semata-mata. Tidak menjanjikan sebarang jaminan kebaikan daripada Allah taala, yang ada hanyalah kerugian yang amat sangat, samada dunia maupun akhirat, yang meletakkan diri di kalangan mereka yang dalam kekufuran.
Berubahlah...Masih ada masa untuk melakukan Perubahan...
Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”