:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BALA MENIMPA SEBAB PEMERINTAH TOLAK HUKUM ALLAH
Isnin, November 15, 2010

Bala Menimpa Disebabkan Pemerintah Menolak Hukum Allah

Melihat kepada pelbagai bentuk amaran dan penjelasan yang melibatkan pengamatan dan penglihatan, yang berlaku di sekitar negara kita, di sekeliling kita, rasanya dah memadai untuk kita mengfungsikan system pancaindera kita, bermula daripada aqal fikiran, kedua mata, telinga, sehinggalah ke bahagian kaki. Berfungsinya ke arah penilaian yang sesuai dengan kehendak acuan Allah taala.

Hari ini, keadaan gempa bumi, letupan Gunung Merapi yang mengeluarkan kepulan asap yang mengakibatkan beribu nyawa yang terkorban, termasuk manusia dan haiwan ternakan. Turut melanda, pelbagai jenis taufan, yang disusuli dengan banjir besar, samada banjir lumpur atau seumpamanya, yang terkini, bagaimana kelihatan ribut salji yang turun melanda menimpa manusia, dan pelbagai fenomena alam, kononnya, sepertimana tanggapan orang yang tiada Iman.

Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Renungilah sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud: "Dari Abdullah bin Umar r.a berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata: "Wahai kalangan Muhajirin, 5 perkara (golongan), kamu akan binasa jika kamu dibalakan dengannya dan aku berlindung daripada ianya berlaku ke atas kamu ; 1- Tidaklah zahirnya perkara keji dalam sesuatu kaum itu sehinggakan mereka terang-terang melakukannya melainkan mereka akan ditimpa penyakit taun dan penyakit yang tidak pernah berlaku sebelum mereka. 2- Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan ukuran melainkan mereka akan dibalakan dengan tahun-tahun kebuluran dan kepayahan serta kezaliman pemerintahan ke atas mereka. 3- Tidaklah juga mereka menahan dari membayar zakat harta mereka melainkan mereka akan ditahan dari menerima hujan dari langit yang mana kalaulah tidak kerana binatang-binatang ternakan, nescaya akan terus tidak diturunkan hujan. 4- Tidaklah mereka membatalkan perjanjian (amanah) dengan Allah taala dan RasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka lalu mereka akan merampas apa yang sebelumnya berada dalam tangan mereka. 5- Dan juga tidaklah pemimpin mereka menghukum dengan bukan kitab Allah (al-Quran) dan memilih-milih apa yang diturunkan Allah melainkan Allah akan menjadikan berlakunya penindasan antara sesama mereka sendiri".

Sememangnya apa yang dilontarkan oleh Allah taala dan utusan-Nya, Rasulullah saw adalah suatu perkara yang benar dan betul. Setiap manusia yang beriman, semestinya meyakini dan mempercayai segala apa yang telah ditentukan oleh Allah taala dan utusan-Nya. Tidak boleh memandai-mandai. Tidak boleh sembunyikan kebenaran. Tidak ada perasaan syak dan ragu-ragu terhadap kebenaran segala ketetapan Allah dan utusan-Nya.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Hujurat, ayat 15 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Dengan turunnya, bala bencana daripada Allah taala, sepatutnya pemerintah yang memerintah, apatah lagi pemerintah yang menganut agama Islam, memerintah dengan beracuankan Islam. Memerintah dengan berhukum dengan hukuman Allah taala. Tidak ada hujjah di kalangan para penganut Islam, kerajaan tidak bertanggungjawab di atas segala musibah yang berlaku hari ini dan kerajaan tidak sepatutnya mengambil peranan untuk menegur dan menasihati serta mendidik orang-orang Islam hari ini, agar berperangai sebagai orang Islam yang sejati. Ini adalah pemahaman yang bercanggah dengan ketentuan Allah taala terhadap sesebuah pemerintahan.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Alangkah malang dan jahil pemikiran orang Islam hari ini yang telah disempitkan dengan pemahaman, ibu bapaklah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja-remaja samada lelaki dan perempuan pada hari ini. Pemahaman yang nyata bercanggah dengan ayat Allah di atas, dan ia merupakan pemahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain.

Mudah-mudahan, dengan beberapa peringatan dan panduan serta ancaman dari Allah taala dan Rasulullah saw di atas menjadikan kita di kalangan hamba-Nya yang selepas ini, terlebih takut terhadap azab Allah samada azab dunia apatahlagi azab akhirat kelak. Menjadikan kita hamba-Nya yang boleh menginsafi dan memperlakukan aqal fikiran dengan sewarasnya dengan terjadinya pelbagai bala bencana di sekeliling kita, yang menandakan Allah taala amat menyayangi kita, agar kita berubah dan insaf, dan sanggup ketepikan keeogoan dan urusan keduniaan semata-mata. Sikap berlapang dada menerima kebenaran, adalah tingkatan yang paling rendah dalam ukhuwah fi sabilillah..

Hidup di dunia hanya sekali..Hidup kali kedua di akhirat kelak…
posted by Abu Mus'ab @ 10:24 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::