5 Sen, Rakyat Semakin Susah Semalam, saya terima sms daripada seorang sahabat, yang menyatakan bahawa minyak RON95 naik
5 sen, sama juga halnya dengan diesel, tak ketinggalan gas dan gula. 4 bahan antara perkara asas dalam kehidupan semua manusia di dunia hari ini. Bermula menteri sehinggalah kepada rakyat yang papa kedana. Tetapi orang umno takda yang papa kedana dan miskin…
Semua sedia maklum, bagi mereka yang berstatuskan manusia yang memiliki aqal yang waras, bukan lembu, bukan kambing, bukan kerbau, bukan himar, bukan anjing, yang binatang ini memang tidak memiliki aqal, bahkan aqal yang waras, dengan kenaikan harga
5 sen, sudah cukup untuk memusnahkan dan melemahkan system kehidupan manusia di Malaysia ini.
Teringat saya ketika menuntut ilmu di Bumi Anbiya’, di mana satu tahun itu, kerajaan Mesir cuba menaikkan harga gandum
5 sen setiap 1 kilogram. Apa yang terjadi selepas itu? Rakyat Mesir yang terkenal dengan kemiskinan hidupnya, memberontak, berdemostrasi, sehinggakan mereka boleh menterbalikkan bas-bas awam. Kesan kejadian tersebut, kerajaan Mesir menurunkan kembali harga gandum tersebut. KERAjaan umno Malaysia nak lihat keadaan semacam Mesir terjadi ker kat Malaysia ini?
Bagi mereka yang ada aqal yang waras, panduan kehidupannya adalah al-Quran, as-Sunnah saw dan Ijma’ Ulama’, dengan kenaikan
5 sen ini, akan memusnahkan serta melemahkan kehidupan seseorang, bermula peribadi seseorang, kekeluargaan, kejiranan, dan masyarakat serta pemerintahan Negara.
Peribadi seseorang akan hilang penumpuannya kepada Ibadat kepada Allah taala, kerana memikirkan dan bekerja keras siang malam untuk mencari dan menyara kehidupannya. Kerana apa?
5 sen..
Hubungan antara suami isteri tidak intim dek kerana masing-masing sibuk mencari tambahan pendapatan. Yang akhirnya, timbul persangkaan yang buruk sesame sendiri. Timbul watak suami curang, isteri derhaka, suami kaki keranjang, isteri pasang lelaki lain, suami lempang isteri, isteri lempar periuk kepada suami..Kerana apa?
5 sen…Masa yang diperuntukkan untuk membimbing anak-anak dihabiskan dengan masa mencari pendapatan tambahan. Jadilah anak-anak yang tiada bimbingan dan jagaan mak ayahnya. Maka mulalah episode anak derhaka, anak jalanan, anak jahanam, anak kurang biadab, anak firaun, macam-macam lagi. Kerana apa?
5 sen..Jiran yang selama ini, senatiasa member hadiah, kuih muih, berkongsi keperluan harian, tika kenaikan 5 sen, maka bermulalah episode masing-masing tidak ada masa untuk bersua muka, menghulurkan bantuan, menghadiri majlis-majlis keraian, disebabkan sikap membudayakan “aku aku, mung mung”..”cara apa hal orang lain”..dan pelbagai lagi. Sibuk mencari pendapatan tambahan untuk menyara hidup seharian. Kerana apa?
5 sen…
Rakyat semakin hari semakin jauh daripada pembelajaran ilmu agama, soal solat berjemaah, dikatakan masa untuk solat berjemaah adalah lama, jika nak dibandingkan dengan solat bersendirian. Masa untuk mendengar kuliah agam dianggap menghabiskan masa, tiada hasil, jika nak dibandingkan dengan berniaga atau kerja overtime. Masa untuk beramal dengan amalan al-Quran dan as-Sunnah dianggap jumud dan kolot, berbanding berkelakuan dan bermiripan dengan kehidupan orang bukan Islam. Sehinggalah jadilah rakyat yang jahil dalam agama, dan berperwatakan hati yang keras dan mudah melenting. Sememangnya, inilah hasrat Yahudi laknatullah. Kerana apa?
5 sen jer..Yang lebih malang, gejala social yang masih lagi tiada pencegahan dan pengawalan, samada gejala buang anak, remaja yang berzina, mencuri, merompak, remaja yang minum arak, orang Islam yang berjudi dan seumpamanya, semua gejala ini bukan semakin berkurangan, tapi semakin meningkat. Kerana apa?
5 sen la.. Lebih-lebih lagi, gejala buang anak kesan dari pelakuan zina antara remaja. Ialah, masing-masing ingin mendirikan rumah tangga melalui aqad nikah yang sah, tetapi dengan peningkatan harga barang perkahwinan, duit hantaran naik, belanja kahwin naik, kos walimah naik, yang akhirnya remaja tersebut tidak mampu untuk mendirikan rumah tangga, walaupun masing-masing suka sama suka. Maka disebabkan tidak mampu, jalan mudah untuk selesaikan kejeritan hawa nafsu yang mesti dilepaskan, dek kerana system pendidikan seks yang tiada batasan, penyiaran rancangan-rancangan television yang berunsurkan seks semata-mata, yang menggiurkan dan menghairahkan. Akhirnya, untuk mengelakkan ahli keluarga mendapat malu, pendekatan dengan membuang anak jalan yang paling ideal. Ini kerana apa?
5 sen saja..Akhirnya, saya nak merakamkan satu hadis Nabi Muhammad saw yang menyatakan dua golongan manusia yang akan masuk Neraka. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: Ada dua golongan penghuni neraka, saya belum pernah melihat keduanya: 1) Pemerintah yang membawa cemeti seperti ekor lembu, dengan cemeti itu mereka memukul orang-orang. 2) Wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok (genit/menarik orang lain kepada maksiat) Kepala mereka seperti bonggok unta yang miring, mereka tidak masuk Syurga dan tidak juga mencium bau Syurga, padahal harumnya Syurga itu dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.”Yang hendak ditekankan dalam hadis di atas adalah golongan yang pertama yang memiliki kekuasaan dalam pemerintahan, tetapi mengambil kesempatan itu dengan cara menindas dan menzalimi rakyatnya sendiri. Kenaikan harga barang berpunca daripada
5 sen ini, adalah salah satu bentuk penindasan dan kezaliman pemerintah. Pemerintah mana tu? Tentulah KERAjaan UMNO laknatullah…
Yang pastinya, Syabas UMNO Bangang, kerana telah memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya amnya. UMNO Bangang juga telah memudahkan laluan PAS untuk mengambil alih KERAjaan UMNO di Terengganu.PAS WAJIB GANTI UMNO …
mont blanc
michael kors outlet sale
moncler coats
canada goose outlet
rolex watches
uggs outlet
nfl jerseys wholesale
ed hardy outlet
louis vuitton outlet store
coach outlet
michael kors handbags,michael kors outlet,michael kors outlet online,michael kors,kors outlet,michael kors outlet online sale,michael kors handbags clearance,michael kors purses,michaelkors.com,michael kors bags,michael kors shoes,michaelkors,cheap michael kors
ray ban sunglasses
nike air huarache,nike huarache,nike huarache sneakers,nike huarache shoes
winter jackets outlet
polo ralph lauren
lebron james shoes,lebron 12,lebron 12 shoes,lebron sneakers,lebron iv,lebron 11,lebron 10
nike air foamposite one,foamposite,foamposites,foamposite release 2015,foamposite sneakers,foamposites for sale,foamposite gold
michael kors uk outlet
nike running shoes
canada goose jackets
cheap ugg boots
cyber monday
oakley
oakley sunglasses
mlb jerseys wholesale
cheng1209