Berbaiahlah kepada aku di atas ketaatan dan mendengar ( perintah ) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah SWT tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba kenegeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk kamu adalah syurga. ( Riwayat Imam Ahmad )Definasi Amar Ma'ruf dan Nahi MunkarAmar Maaruf Nahi mungkar membawa maksud menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Menyuruh yang maaruf ialah menyuruh segala perbuatan yang diredhai oleh syarak dan yang diredhai oleh akal. Hendaklah dilakukan selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan rohnya.
Mencegah mungkar pula ialah mencegah segala perbuatan yang buruk dan maksiat yang mesti dijauhi kerana ianya bercanggah dengan syarak dan akal fikiran yang sihat. Firman Allah dalam al Quran :
" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." ( At Taubah : 71)Firman Allah lagi :
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." ( Surah Al- Imran : 104 )Hadis Rasulullah SAW :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
" Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mencegahkannya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)Konsep Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.1. Maaruf yang paling besar – menegakkan hukum Allah.
2. Mungkar yang paling besar – meninggalkan hukum Allah
Firman Allah SWT:
" Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. "( Al Imran : 110 )Pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi terhadap Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.1. Merubah kemungkaran dengan tangan ( Kuasa )
2. Mengubah kemungkaran dengan lidah
3. Merubah kemungkaran dengan hati
Syarat-syarat Amar Maaruf Nahi Mungkar1. Iman
2. Adil
3. Mampu mengubah kemungkaran
Pelaksanaan Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar.Ia mengandungi 5 tahap.
1. Tahap memperkenalkan.
2. Nasihat dengan kata-kata yang lembut.
3. Caci dan bersikap kasar tanpa melakukan perkara keji.
4. Cegah dengan kekuatan secara langsung.
5. Memukul dan mengancam dengan pukulan.
Persiapan Pelaksanaan Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar.1. Mempunyai ilmu.
2. Warak.
3. Akhlak yang baik.
4. Ikhlas.
5. Amanah.
Kekeliruan Pelaksaan Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar1. Allah pasti menolong agamanya.
2. Mengambil sikap bertawakkal.
3. Merasa telah sempurna ibadat bila melakukan ibadat tertentu.
4. Amar Maaruf dan Nahi Mungkar menimbulkan persengketaan
5. Mengambil sikap berdiam diri.
" Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". Al A'raf : 164Cara Merubah Kemungkaran PemerintahDr. Yusuf Al Qardhawi dalam Fiqh ad Daulah berpendapat untuk merubah kemungkaran yang dilakukan oleh pihak pemerintah, maka pihak yang bertindak merubah kemungkaran hendaklah mempunyai kekuatan yang boleh merubah kemungkaran itu. Beliau menyatakan melalui tiga cara :
1. Melalui kekuatan tentera. Ianya banyak digunakan bagi menegakkan pemerintahan, melaksanakan polisi dan menghapuskan kemungkaran.
2. Melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kedua–duanya memiliki kuasa perundangan, menggubal dan memansuhkan undang-undang selaras dengan keputusan suara majoriti yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang. Golongan yang memiliki suara majoriti di bawah sistem demokrasi tulin, berkeupayaan mengubah setiap kemungkaran yang berlaku melalui perantaran perundangan yang padu.
3. Melalui Kekuatan kuasa rakyat. Kekuatan ini menyamai kesepakatan apabila ianya bangkit dan bergerak, tidak ada seseorang yang mampu menghadapinya atau menghalang perjalanannya. Kuasa itu tak ubah seperti gelombang yang tidak dapat dihadang oleh mana-mana kekuatan senjata sekalipun.
Kuasa rakyat ini sebenarnya terdiri daripada ahli keluarga, bapa, anak-anak dan saudara mara sendiri.
Al Qardhawi juga berpendapat dalam usaha mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan pemerintah khususnya kemungkaran tidak melaksanakan hukum-hukum Allah, rakyat tidak boleh hanya seronok menunding jari kepada pemerintah dan membiarkan melakukan beberapa kemungkaran lain. Ini kerana dengan menunding jari begitu sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tersebut.
Sebaliknya mereka perlu bertanya diri mereka sendiri kenapa kemungkaran itu masih berlaku. Jawabnya kerana kerajaan yang menaja kemungkaran masih wujud. Kenapa kerajaan yang menaja kemungkaran masih wujud, kerana ia masih mendapat sokongan dari rakyat jelata dalam setiap kali pilihanraya diadakan. Jadi adalah satu kesilapan yang besar apabila rakyat menyalahkan pemimpin kerana tidak melaksanakan hukum-hukum Allah dan tidak menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar. Mereka sebenarnya bertanggungjawab mewujudkan kerajaan yang menaja berbagai kemungkaran melalui sokongan dan suara yang mereka berikan dalam pilihanraya.
Sehubungan itu rakyat mesti berani merubah kemungkaran dan mestilah bersedia mengubah sikap dari menyokong pemimpin yang menaja kemungkaran kepada menyokong pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam di buminya sendiri dan menentang kemungkaran habis habisan.
Mengubah kemungkaran bukan secara juz'ie, tetapi hendaklah menyeluruh secara komprehensif yang merangkumi perubahan cara berfikir, kefahaman, nilai, perhitungan, akhlak, amalan, adat tradisi dan sistem hidup dalam masyarakat.
Perhatian dalam melaksanakan Amar Maaruf Nahi Mungkar1. Elakkan mencela keturunan
2. Jangan menyombong diri
3. Jangan mencaci secara berlebihan
4. Jangan membuat kenyataan palsu
5. Menjauhi kata-kata kesat ( sumpah seranah )
Jenis-jenis Kemungkaran1. Kemungkaran di masjid.
2. Kemungkaran di pasar
3. Kemungkaran di jalanraya
4. Kemungkaran di tandas Awam
5. Kemungkaran semasa menyambut tahun baru
6. Kemungkaran melalui Internet
7. Kemungkaran di pejabat
8. Kemungkaran di tempat Awam
Bentuk – bentuk Maaruf1. Berlaku adil, ihsan dan membantu kerabat yang dekat
2. Menunaikan amanah
3. Ikhlas
4. Membantu orang dalam kesusahan
5. Beristigfar kepada Allah
6. Menunaikan sembahyang dengan khusu'
7. Memakan makanan yang halal dan baik
8. Taat kepada Allah dan Rasul
9. Cintakan Allah dan Rasul
Saluran Amar Maaruf Nahi Mungkar1. Khutbah Jumaat
2. ICT
3. Poster, Seminar. Forum dan Dailog
4. Perkhemahan dan kursus-kursus dakwah
5. Buku-buku agama
Pelaksanaan Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar1. Individu.
2. Ibubapa
3. Masyarakat
4. Organisasi
5. Pemerintah
Ujian Dan Cabaran Dalam Melaksanakan Amar Maaruf Dan Nahi Mungkar1. Ujian adalah sunnah Allah
2. Dunia tempat ujian
3. Ujian ke atas orang-orang yang berani
4. Menghadapi ejekkan dan persendaan
6. Mendapat tuduhan berdusta/ gila
7. Mendapat tuduhan melakukan kerosakan
8. Mendapat tuduhan ancaman terhadap keselamatan Negara
9. Menghadapi ancaman penjara, ISA, bunuh, tekanan , sogokan harta, pangkat dan kekuasaan.
air jordan 1
curry shoes
kyrie 6 shoes
yeezy supply
golden goose
bape
stone island
golden goose
off white
yeezy 350