:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

UMNO TIDAK FAHAM MAKNA KUFUR
Isnin, Oktober 25, 2010

Pembahagian Kufur

Saya tertarik dengan ucapan Dr Chandra dalam Ijtima' Kepimpinan Pas Negeri Terengganu kali ke-14 di Batu Rakit pada Sabtu baru-baru ni yang menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Dr Chandra menyatakan bahawa beliau belajar dari sumber Islam iaitu al-Quran dan bukannya daripada orang Islam apatah lagi UMNO yang dilihat sebagai satu agen yang merosakkan Islam. Mengikut fahaman beliau, UMNO sudah kafir dan murtad.

Ini adalah kenyataan orang yang bukan Islam terhadap UMNO. Malu sungguh orang Melayu Islam yang menyokong UMNO, apatahlagi kepada mereka pendokong tegar UMNO. Saya bukan hendak memanaskan keadaan, yang sedia maklum yang hari ini semakin hari kian panas dengan kepanasan dan kebimbangan UMNO dalam usaha untuk mempertahankan Putrajaya.

Dalam hal ini, isu Kafir Mengkafir tidak timbul, kerana yang mengkafirkan UMNO adalah orang yang bukan Islam. Hari ini, Pendokong UMNO Tegar amat takut sangat apabila dilabelkan mereka dengan 'UMNO Kafir', 'UMNO Munafik', 'UMNO Fasiq', 'UMNO Zalim' dan seumpamanya. Yang pastinya, UMNO memang tidak tahu apa makna 'Kafur' ini. Bahkan bukan setakat UMNO saja yang tak memahaminya, bahkan ada juga di kalangan mereka yang berpendirian 'Atas Pagar' turut tidak memahaminya. Jadi, di sini saya suka berkongsi makna 'Kufur' di sisi Islam.

[ Kufur menurut bahasa al-Quran dan as-Sunnah kadang-kadang dimaksudkan dengan 'Kufur Akbar', iaitu kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam menurut hukum dunia dan kekal di dalam Neraka menurut hukum akhirat. Ada kalanya pula dipanggil 'Kufur Asghar' iaitu yang dimaksudkan dengan maksiat dan kejahatan yang tidak mengeluarkan orang-orang yang melakukannya daripada agama Islam dan tidak kekal di dalam Neraka di negeri akhirat.

Berhubung dengan yang pertama, iaitu 'Kufur Akbar', di mana ianya berlaku dengan keingkaran secara bersengaja terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui hati, perkataan atau perbuatan, atau ingkar sebahagian daripadanya dalam perkara yang diketahui umum bahawa ianya adalah dari agama Islam, iaitulah baginya kufur yang dimaksudkan di dalam firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah ayat 253, yang bermaksud: "Maka ada di antara mereka yang beriman dan ada pula di antara mereka yang kafir."

Firman Allah taala lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud: "Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)."

Firman Allah taala lagi dalam Surah al-'Imran ayat 86 yang bermaksud: "Bagaimana Allah akan menunjukkan sesuatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman."

Berhubung dengan yang kedua, iaitu 'Kufur Asghar', di mana termasuk di dalamnya maksiat yang dilakukan seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang bersumpah dengan sebutan yang lain daripada Allah, maka dia kufur."

Ada kalanya juga kufur ini disebut dengan makna 'Kufur Nikmat' dan bukannya 'Kufur I'tiqad' sebagaiman firman Allah taala di dalam Surah an-Namlu ayat 40 yang bermaksud: "Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Sesungguhnya pembahagian Akbar dan Asghar ini turut juga berlaku kepada Syirik, Nifaq, Fasiq dan Zalim.]

Harapan kepada para pembaca sekalian, terutama para pendokong UMNO, dapatlah memahami makna 'Kufur' ini. Jangan dek kerana kejahilan, mudah melatah dan melenting apabila seseorang berkata demikian kepada kita. Berlapang dada lah dengan seluas-luasnya. Kenal pasti apakah sebab yang menyebabkan orang melabelkan seseorang itu 'Kufur'. Adakah kita ini berada di tahap Kufur Akbar atau Kufur Asghar?

Seterusnya, kita sama-sama perbetulkan kesilapan dan kesalahan kita. Pintu Taubat masih lagi terbuka selagi mana nyawa tidak sampai di halkum. Pintu Taubat masih lagi terbuka sebelum matahari terbit dari sebelah Barat. Banyakkan ber Istighfar kepada Allah azzawajalla..
posted by Abu Mus'ab @ 10:32 PTG  
1 Comments:
  • At 11:09 PG, Blogger Paiso Awang Zari said…

    PAS KAFIR


    SALAM,

    Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah orang-orang KAFIR kerana :

    1. Mereka ini adalah Tuhan-tuhan MANUSIA atau TAGHUT yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas seluruh umat manusia;

    2. Mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir kerana mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang-undang manusia untuk manusia;

    3. Mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir kerana mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

    4. Mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir kerana mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia apabila seluruh umat manusia mentaati dan mematuhi undang-undang yang dibuat oleh mereka (Tuhan-tuhan Manusia) ini.

    Seluruh penyokong PAS yang menjadi rakyat yang diperintah ini adalah orang-orang KAFIR kerana :

    1. Mereka menyetujui dan meredhai para pemimpin mereka yang kafir ini;

    2. Mereka melantik para pemimpin PAS ini sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas kita;

    3. Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini kerana mereka berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia;

    4. Mereka adalah para PENYEMBAH yang menyembah Tuhan-tuhan manusia ini apabila mereka mentaati dan mematuhi undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia ini.

    Negara Malaysia kita ini adalah negara yang syirik dan kufur kerana ia mengamal, mengimani dan menganuti agama demokrasi yang syirik dan kufur kerana fasal-fasal 43, 44 dan 161 di dalam Perlembagaan Malaysia kita ini adalah fasal-fasal yang kafir.

    PAS melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia dan selepas itu PAS menyembah Tuhan-tuhan Manusia ini – kesemuanya ini mengeluarkan PAS daripada agama Allah! Ini adalah sikap dan perbuatan yang merosakkan Laailaahaillallah dan yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah, kerana :

    1. Tidak ada IJTIHAD dan MASLAHAH dalam masalah AQIDAH;

    2. Falsafah “matlamat menghalalkan cara” tidak dapat diterima oleh Islam kerana ianya adalah falsafah Barat dan cara pemikiran Barat yang syirik dan kufur yang dikembangkan oleh Machiavelli;

    Perhatikan ayat al-Quran seperti di bawah ini :

    Firman Allah : Fatir 10
    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

    PAS yang mengamalkan agama demokrasi yang kufur walaupun untuk tujuan dan matlamat yang baik dan suci murni kerana Allah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancdang untuk melakukan kejahatan yang akan dihumban ke dalam neraka!

    Metod Islam untuk mewujudkan kerajaan Islam ialah Jihad, Perang dan Revolusi, bukan melalui jalan demokrasi dan proses demokrasi kerana itu adalah jalan yang syirik dan kufur.

    Jihad dan Perang untuk menghapuskan kerajaan demokrasi :

    Firman Allah :al-Baqarah 251
    Sekiranya Allah tidak menahan segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini.

    Firman Allah: al-Baqarah 193
    Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

    Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan demokrasi Malaysia kita inhi untuk kemudiannya digantikan dgn sebuah kerajaan Allah.

    Sekian, terima kasih.


    Paiso Awang Zari

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::