1 Malaysia Yang Semakin Tertekan
Firman Allah taala di dalam Surah al-Taubah ayat yang ke 41 yang bermaksud:
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui..”Malaysia hari ini, dengan perancangan Yahudi dan Amerika, yang diarahkan kepada UMNO untuk dijayakan, dikenakan ke atas orang Melayu Islam, telah menjadi tanda tanya, terjejas, termasuklah
Slogan 1 Malaysia, yang diilhamkan oleh Yahudi kepada UMNO, yang Perdana Menteri Malaysia menuntut kepada rakyat Malaysia, orang Melayu khususnya untuk menerimanya, yang kononya untuk men'
Transformasi'kan kemajuan rakyat. Pelbagai cara digunakan dan media UMNO dipergunakan untuk memastikan slogan tersebut diterima rakyat. Dalam keadaan, barisan pemuda dan puteri UMNO masing-masing sedang berusaha mencari tempat di mata-mata penyokong UMNO lainnya, semata-mata untuk memperolehi jawatan dan pangkat serta kemewahan dunia.
Dunia hari ini pula, Dunia Barat terutama Amerika diserang penyakit Islamofobia, Akhbar Malaysia diserang penyakit Kartunfobia oleh Kartunis Zunar dan UMNO diserang penyakit PASfobia dan HIJAUfobia. Begitulah, sunnah alam, yang telah ditentukan oleh Allah taala, apabila adanya mereka yang perjuangkan kebenaran, pasti akan adanya penentangnya. Bermula zaman Nabi Adam alaihissalam sampailah hari Qiamat, perkara ini tidak akan terkecuali. Amat malang bagi mereka yang tidak dapat menerima akan ketentuan Allah taala ini.
Bercakap tentang perancangan Yahudi dan Amerika laknatullah yang sedang menggunakan proksinya di seluruh dunia Islam pada hari ini, termasuklah di Negara kita sendiri, yang jelas Yahudi dan Amerika menggunakan UMNO sebagai proksi utama untuk menghancurkan Islam dengan melemahkan pemikiran umat Islam di Malaysia ini terutama di kalangan bangsa Melayu tentang hakikat Islam yang sebenarnya.
Bermula dengan penjajahan British sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Pejuang UMNO kononnya, yang sanggup menjadi
batu pelekong dengan bersetuju segala syarat-syarat utama yang telah sengaja diagendakan oleh Yahudi laknatullah dalam usaha untuk menguasai Negara yang diduduki oleh kebanyakkan orang Islam, dengan semata-mata untuk mengkuburkan Islam, dengan meletakkan syarat bahawa antaranya adalah menerima perlembagaan Lord Reid untuk dijadikan undang-undang tertinggi pemerintahan Malaysia, sekaligus menolak permartabatan undang-undang Islam serta pelaksanaanya dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Pejuang-pejuang Islam yang menuntut Kemerdekaan yang sebenarnya telah dihalau, tinggallah 'batu pelekong' British yang selesa berada di atas kerusi dalam pejabat pentadbiran British.
Agenda ini amatlah perlu disedari oleh golongan agamawan yang intelektual. Mereka-mereka yang berfikiran waras, yang memilki sijil Sarjana dan Sarjana Muda, apatahlagi mereka yang memiliki PHD, sememangnya memainkan peranan yang semaksima mungkin untuk menjelaskan dan menerangkan hakikat ini kepada audient yang berkenaan.
Dengan tertolaknya perlaksanaan undang-undang Islam di Negara kita ini, maka nyatalah percakapan-percakapan para pendokong UMNO yang jahil dalam hal agama, yang mengatakan bahawa Malaysia ini adalah Negara Islam adalah amat tidak munasabah dan tidak menepati apa itu Negara Islam. Dan telah bersepakat ulama se dunia hari ini, Malaysia adalah antara Negara Orang Islam, bukan Negara Islam.
Hari ini, pelbagai bentuk agenda yang difikirkan dan sedang diusahakan oleh Kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO ini, yang semunya adalah atas arahan BIG BOSS, iaitu Yahudi dan Amerika laknatullah, semata-mata untuk menjauhkan orang Islam daripada beramal dengan amalan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan, dan melemahkan serta membebalkan pemikiran orang Melayu tentang hakikat Islam yang sebenarnya. Yang sedang digarapkan adalah dengan
Pengasingan Antara Politik dan Agama. Kalaulah jika ada di kalangan golongan agamawan yang menyahut seruan Yahudi ini, maka baginya,
bumi adalah lebih baik dari langit.
Cuba kita perhatikan dari awal, dengan tidak terjadinya undang-undang Islam sebagai Undang-undang UTAMA dalam pemerintahan negara hari ini, dengan wujudnya aktiviti-aktiviti yang menggalakkan gejala Riba, Judi, Arak, Zina yang semakin hari semakin berleluasa, jua kesempitan ekonomi hari ini dengan kenaikan harga barang yang semakin hari semakin naik, akibat naiknya harga minyak yang semakin naik, dengan perlabelan bahawa Islam adalah Pengganas, yang diwar-warkan secara besar-besaran di media utama negara yang dikuasai oleh UMNO, yang keahliannya adalah orang Melayu Islam, yang tidak ada rasa malu langsung, tidak ada jiwa Islam langsung, untuk mempertahankan maruah Islam, juga dengan kekuasaan pemerintahan yang dimiliki oleh UMNO, dengan tidak lansung berusaha mencegah orang Melayu Islam yang mendedahkan auratnya secara berleluasa, tidak menerangkan dengan menggunakan keperluan yang ada, dan banyak lagi, SIAPA kepalanya?
Bagi pembaca dan pengamal alam maya ini yang beriman kepada Allah taala, sudah tentu menyedari hakikat ini. Cuma mereka yang tidak beriman sahaja, walaupun dia menganut Islam, tidak mahu menerima hakikat ini. Kerana sekian lama, makan, minum, pakaian, rumah, hasil mahsul pendapatan, dan seumpamanya, datang daripada kebebalan dan kejahilan bersama dengan UMNO ini.
Bagi kita, selaku mereka yang bergelar Pembawa al-Quran,
Haamilul Quran, janganlah meletakkan diri kita di tempat yang mendatangkan fitnah besar kepada ‘Orang Yang Menghafaz Al-Quran, seterusnya menghilangkan imej dan kesucian para Sahabat radhiallu anhum, yang mereka pada zaman mereka, dengan hafazan Quran yang berada di dalam dada mereka, mereka sama-sama Nabi Muhammad saw dan para Khulafa’ ar-Rasyidin, memperjuangkan, mempertahankan, mengharumkan, menaik tarafkan, mensucikan, menegakkan dan mengagungkan ISLAM, dan akhirnya dapat menubuhkan Daulah Islamiyyah dan memerintah dengan dasar Islam. Mereka tidak menunggu masa yang tertentu untuk memperjuangkan Islam, mereka tidak bercakap kosong (cakap tak serupa bikin), mereka tidak takut untuk berjuang dalam Jemaah Islam, mereka tidak gentar berdepan dengan musuh Islam. Inilah golongan Haamilul Quran yang dikehendaki oleh Allah taala yang telah dicontohi oleh Para Sahabat Nabi Muhammad saw.
Sama-sama kita menggunakan kemahiran yang ada, dengan status kita yang ada, dengan perwatakan dan penampilan yang baik yang kita ada, kita bersama-sama mendokong gerakan Islam di negara kita ini, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS), berada di dalamnya, bukan wo wah wo wah di luar Jemaah PAS, menjadi Pendokong, bukan Penyokong, menjadi Penerus segala kerja Islam, bukan Pembantut, mengharumkan semula imej golongan Huffazul Quran di tanah air kita ini, Bukan Mencemarkan...
Mati Tidak Tahu Bila Masanya...