:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TARBIYYAH ORANG LUMPUH & BERKAKI KUDUNG
Ahad, Oktober 10, 2010

Tarbiyyah Orang Yang Berkaki Kudung dan Orang Yang Lumpuh Kakinya

Seminggu lebih jari kedua-dua tangan tidak menaip khusus untuk blog shamatun ini. Dengan masa yang terbatas, dihambat dengan pelbagai situasi yang tidak mengizinkan. Ingin juga dikongsi pengalaman ketika bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS yang pelbagai latabelakang pendidikan, pada hari Ijtima’ Tarbawi Pemuda Peringkat Kebangsaan 2010, yang berlangsung selama 3 hari pada minggu yang lalu, bertempat di Perkarangan Masjid Rusila.

Seperti biasa, saya melebar luaskan program ini kepada kenalan dan sahabat yang berada berhampiran dengan tapak program, serta kepada mereka yang ‘wo wah wo wah’, cakap sodap sokmo, boleh dikatakan mereka yang bercakap tak serupa bikin. Apabila diajak dan ditawarkan, pelbagai ‘alasan’ yang tercipta. Ada yang menjawab dengan luahan perasaan yang mengalahkan budak KEMAS, ada yang menyepikan diri dan ada yang menjawab sebagai seorang yang sedai untuk ditarbiyyah.

Apabila saya menunjukkan SMS yang dibalas kepada Ketua Pemuda PAS Dun Paka, sahabat saya, yang kerjanya hanyalah semata-mata menjual sayur di pasar Paka, dia kata: “Macam budak-budak, kalu kene di aku, setara ada degree, memang dok rok cetong arr..” Aku tersengih melihat gelagatnya. Tambahan lak, “Bukan orang macam aku, kerja kaisipagi makan pagi, kais petang makan petang..kerja bergaji tetap secara bulanan, takkan takut lagi.” Sambungnya lagi..

SMS yang saya apply ke sahabat dan kenalan saya, adalah “Kalau pemuda yang kerjanya tukang buat rumah dan paip boleh hadir, takkan kita orang yang ada ilmu dan pengalaman dalam tarbiyyah tak boleh hadir? Koman la kite..” Tut..tut, ada yang membalas, “jaga sikit uslub dakwah tu”..saya balas, “uslub dakwah yang betul, iaitu berdakwah mengikut status seseorang..” Besalah, alasan yang sering digunakan apabila telah mencapai jalan buntu.

Untuk pengetahuan semua, saya dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia dan status. Alhamdulillah, diajar dan dididik melalui program tarbiyyah yang PAS anjurkan. Sebab merasakan diri ini perlu ditarbiyyah dan dididik, jika tidak, jadilah seperti orang yang bodoh sombong..

Kadang-kadang ada orang yang memandang serong kepada perjuangan PAS. Saya tegaskan, PAS bukan setakat parti Politik semata-mata. PAS adalah parti dakwah dan parti yang menekankan tarbiyyah, bimbingan dan didikan. Kalau kita orang PAS, nak perjuangkan PAS, tapi time diminta untuk ikut program PAS, terutama USRAH, pelbagai alasan dicipta, ketahuilah orang macam ni lah yang menjadi antara penyebab berlakunya fitnah kepada perjuangan PAS. Antara kewajipan selaku ahli PAS adalah dengan mengikut program yang PAS anjurkan. InsyaAllah, akan datang saya akan jelaskan “Apa Makna Saya Mengisi Borang Keahlian PAS?”

Kembali kepada situasi ketika Ijtima’ Tarbawi diadakan. Hari pertama saya berada di sana, masyaAllah, terharu sungguh, melihat ramai sahabat yang sama-sama mendapat tarbiyyah satu tika dahulu, ketika belajar di kampus, menampakkan diri. Lega sungguh hati ini. Sejuk perut ni. Yang paling mengharukan, dan menaikkan semangat kepemudaan yang normal, apabila melihat seorang sahabat saya dari Selangor, sanggup hadir ke Ijtima Tarbawi ini dalam keadaan berkerusi roda. Dia orang yang kurang mampu dengan tidak boleh berjalan semacam kita yang normal berjalan. Diangkat ke dalam masjid, dia mengheret tubuh badannya ke sana dan ke mari, menuju ke tempat bersidangnya Ijtima’ tersebut.

Seorang lagi, sahabat saya, yang hadir dalam keadaan bertongkat, tiada kaki sebelah. Hadir juga..MasyaAllah…Sungguh hebat semangat perjuangan dia ini. Tidak kenal erti sakit dan derita serta kepayahan. Sanggup bersama-sama, memasang telinga, membuka hati dengan berlapang dada (Salamatus Sodri), mengutip mutiara-mutiara yang tidak ternilainya dari mulut para pimpinan PAS ketika program itu.

Apa yang saya nak beritahu kat sini adalah, seperti mana yang saya katakan dalam SMS saya tu, kalau lah pemuda yang kerjanya tukang buat rumah dan paip, boleh hadir..takkanlah sahabat-sahabat yang bergaji tetap secara bulanan, dengan boleh dicipta pelbagai alasan yang dibenarkan oleh hukum Syara’ untuk hadir dalam Ijtima Tarbawi tersebut, takkan tak boleh hadir dan buat alasan tersebut?

Dan kalaulah, pemuda tadi yang tidak boleh berjalan langsung dan pemuda yang kudung satu kaki tadi boleh hadir dalam Ijtima Tarbawi tersebut, takkan kita yang normal, demam sikit, yang sihat walafiat, takkan tak boleh hadir?

Dalam hati saya, memang malu tu ada apabila melihat hal demikian, terasa lemah lagi kepimpinan saya. Tapi takpalah, saya akan jadikan hal satu peringatan dan pengiktibaran kepada sahabat semua dan kepada saya secara khususnya.

Akhirnya ingatlah satu pesanan ulama’ haraki yang terkenal di seluruh dunia, beliau ada menyatakan bahawa : al-Waziifatul Laisat Hadafat, Wa Laakin, al-Waziifatu Hiyal Wasiilah.” Yang bermaksud: “Pekerjaan itu bukanlah matlamat utama, tetapi pekerjaan itu adalah alat untuk mencapai matlamat.” “Untuk berada di dalam perjuangan Islam, tidak boleh hanya bergantung semata-mata kepada ‘Hamaasah’ iaitu ‘Semangat’, tetapi semangat itu hendaklah didahulukan dan digandingkan dengan TARBIYYAH !”
posted by Abu Mus'ab @ 6:06 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::