Mereka Yang Tidak Ada Rasa Malu
Terasa lama juga tidak menampilkan artikel baru dalam blog ShaMatun ni. Keadaan yang tidak begitu mengizinkan. Melihat kepada isu-isu yang kian semakin hari, semakin hangat yang sengaja dipropagandakan oleh
UMNO yang tidak ada
'kemaluan'. Saban hari menyebar fitnah tak tentu pasal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Lek-lek sepertiman apa yang berlaku dalam PRU 11 pada tahun 2004, dalam usaha UMNO ingin merampas kerajaaan Terengganu yang dikuasai oleh PAS ketika itu. Tiap-tiap hari, batu loncatan UMNO, iaitulah media-media yang menyebut tentang kelemahan kerajaan PAS ketika itu. Masa itu, pengerusi perhubungan UMNO adalah Pok Yeh, yang sekarang merupakan Pengarah Pilihanraya BN Peringkat Pusat. Mungkin inilah antara perancangan yang sedang dilaksanakan di bawah naungan Pok Yeh.
Suatu perkara yang istimewa hari ini, adalah dengan takut dan gerunnya kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO terhadap media alternatif yang masing-masing cuba mencari saham untuk bekalan hari akhirat, menyebar luaskan segala kekejian dan bentuk kezaliman UMNO terhadap rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu. Begitu banyak penyelewengan dan kerakusan serta kezaliman UMNO terhadap bangsanya sendiri. Terhadap Agama Islam, jangan dikiralah, tidak terhitung.
Kengkadang terfikir dalam kepala ni, kenapa ada juga bangsa Melayu Islam yang tidak nampak kejahatan dan kezaliman UMNO hari ni, sedangkan terang lagi tersuluh lagi
tersportlight akan kekufuran UMNO ini. Ikut hati ni, memang bodohlah orang macam ni. Tak kiralah walaupun setinggi mana pangkatnya dan sebanyak mana pun bilangan PHD nya tu. Memang jahil...
Walaupun demikian, sebenarnya hal ini telah termaklum. Banyak ayat-ayat Allah taala dan hadis-hadis Nabi Muhammad saw mengkhabarkan hal demikian telah berlaku tika dulu, dan akhir zaman, tetap akan berlaku. Benar apa yang Allah taala telah firmankan dalam al-Quran. Hari bertukar, masa bertukar, zaman bertukar, orang pun bertukar, tetapi yang kekalnya adalah pemahaman, anutan dan pemikiran serta sifat dan sikap.
Satu harapan, bagi kita yang InsyaAllah digolongkan di kalangan mereka yang beriman, dan yang memperjuangkan agama Allah ini, teruskan bersabar dan thabat dalam keimanan, dan perjuangan Islam. Sepertimana yang telah Allah taala nukilkan dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah al-Imran ayat 200.Berdasarkan ayat di atas, asal erti sabar itu ialah, menahan diri dari melakukan segala tegahan syara'. Pendedahan aurat oleh perempuan, mencuri, membunuh, merompak, berzina, menzalimi seseorang, berjudi, meminum arak, tidak melaksanakan undang-undang Allah taala, iaitulah hukum Hudud dan Qisas, merobohkan rumah Allah (masjid dan surau), menghalang orang yang ingin menyebarkan kebenaran, menyelewengkan hukum Allah, berfahaman sekular, liberal, nasionalis, sosialis dan menjadi tali barut kepada Yahudi dan Amerika, ini semua merupakan perkara yang ditegah oleh Allah taala.
Sesetengah ahli bijaksana mengatakan : Sabar itu ada
tiga macam; 1. Meninggalkan sungutan/ rintihan. 2. Menerima ujian. 3. Benar- benar reda (rela). Berbagai-bagai takwilan diberikan oleh mufassirin mengenai ayat ini. Maka bolehlah disimpulkan sebagai berikut:
Bahawa sesungguhnya, Allah taala menyeru orang-orang mukmin itu supaya sabar di dalam sebarang usaha yang membawa kepada mentaati Allah dan melaksanakan kewajipan agamanya. Juga diseru supaya sabar di dalam menghadapi cubaan dan menghadapi musuh dari sebarang gangguan serta cabarannya. Seterusnya bersiap sedia dengan secukup-cukup kelengkapan untuk menentang mereka dalam sebarang ketika, iaitu kelengkapan yang menjadi kewajipan setiap umat Islam menyediakannya, samada rohani dan jasmani.
Akhirnya Allah taala mewasiatkan supaya bertaqwa kepada-Nya, semoga berjaya memperolehi kemenangan yang abadi dengan memasuki Syurga dan terselamat daripada neraka.
Mudah-mudahan Allah memberi kita taufik dan hidayat-Nya untuk beramal dengan suruhan-Nya sesuai dengan yang disyariatkan- Nya. Tuhanlah sebaik- baik pelindung dan sebaik- baik penolong.