Allahu Akbar !!!
Salam Eidulfitri sahabat semua... Mudah-mudahan kita semua mendapat Rahmat, Berkat dan Keampunan Allah taala, berkat berada di dalam bulan Syawal ini. Banyak perkara dan hal yang nak dicoretkan, lama kan tak berkongsi pengalaman dan idea. Banyak halangan yang menyekat daripada saya berbuat demikian.
Sedia maklum, di Bagan Pinang, akan berlangsungnya Pilihanraya Kecil kali ke-9 selepas Pilihanraya Umum 12. Jadi sememangnya tugas kita selaku pendakwah agar mencuba sedaya mungkin, berusaha sungguh-sungguh, bekerja sungguhti, berjuang sesunguh-sunguhnya, berdoalah, bermunajatlah demi untuk memastikan PAS Menang dalam PRK kali ini. Walaupun sebelum ini, BN Menang dengan Undi Pos, tetapi tak mustahil kemenangan berpihak pada PAS, kuasa Allah taala siapa tahu. Yang penting adalah kerja yang bersungguh-sungguh.
Kemudian, menyentuh soal pelajar-pelajar agama yang baru menjejakkan langkah mereka di bumi Anbiya', Mesir. Apalah silap salah mereka, sehingga mereka diheret ke hulu hilir ikut kepala Bekas Adun Sura dan Bekas Imam Negeri Terengganu. Kalu ikutkan dua-dua ni bekas Imam Negeri Terengganu. Sampai hati, mereka biarkan pelajar baru ni kebuluran dalam keletihan, dikurung, dipaksa, ditekan oleh puak UMNO ni. Harap sahabat-sahabat boleh menilai apa yang saya katakan ini dengan sebaiknya.
Saya ingat masa mula-mula sampai ke Mesir pada tahun 2000, saya dan kawan-kawan yang lain dibiarkan rehat selama seminggu untuk sesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di Mesir. Diberi tunjuk ajar dengan sebaik-baiknya oleh PMRAM dan KPT. Puak UMNO pada masa tu tak berani nak tunjuk kurang ajar pada kami. Berbeza masa kini. Kadang-kadang nak bertanya jugak pada 2 Pendekar Pelan Masin ni kenapa diaorang boleh menjadi Pak Turut kepada UMNO. Di mana letakknya ilmu agama yang mereka pelajari. Malu jugak saya dibuat mereka. Berasa ilmu berada di lutut. Habis.. Taknak ulas panjang-panjang. Banyak lagi nak sentuh ni.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai nama taufan didengari, dengan ributnya, petirnya, ribut debu, yang terkini gempa bumi di Padang, Sumatera. Ya Allah... Aku yakin dan tahu bahawa ini adalah bala yang Engkau timpakan kepada hamba-hambaMu yang TIDAK BERIMAN kepada-Mu. Dan ujian kepada hamba-hambaMu yang BERIMAN. Petang tadi, sewaktu Usrah DUPNT, dipertegaskan oleh Dato' Pengerusi bahawa segala musibah yang berlaku tika ini merupakan pengajaran dan pengiktibaran kepada mereka yang mempunyai akal fikiran yang waras. Janganlah kita menjadikan diri kita antara bahan api yang menyemarakkan lagi api yang sedang marak menyala.
Kepada penyokong dan pendokong UMNO, saya ingatkan di sini, dengar baik-baik. Sekiranya musibah yang berbentuk bala menimpa rakyat di Malaysia ini, confirm semua ini berlaku sebab kamu semua. Saya pelik dan hairan, baru-baru ni kita semua berpuasa Ramadhan. Tetapi kenapa masih tak berubah lagi fahaman dan idealogi dalam kepada masing-masing. Tau tak? Sokong UMNO ni Haram, berdosa besar. Memangkahnya, Bekerja untuk UMNO, semuanya mendapat dosa besar. Sampai ke hari ini, pemimpin UMNO masih tidak sanggup untuk berdebat dengan pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa perjuangan UMNO ni betul...Cukup setakat ni dulu...
Akhir sekali, tidak ada apa yang diperkatakan. Cuma ketahuilah, kita semua akan merasai kematian. Jadi sebagai muhasabah. Sejauh mana amalan kebajikan kita? Sejauh mana kita mengorbankan harta, jiwa raga, masa untuk perjuangan Islam, khusus dalam PAS? Kenanglah sebaik-baiknya terhadap segala ilmu-ilmu yang dipelajari di Mesir, adakah kita manfaatkan ilmu tersebut dengan semaksimanya?
Sesungguhnya diri saya ini bukanlah sekuat mana pun. Tapi sekadar nak mengajak sahabat-sahabat sekalian sama-sama mengecapi kemanisan dalam perjuangan Islam ini...Saya berharap sangat-sangat agar sahabat-sahabat dapat bersama-sama memegang BATON perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS ini. Allah taala tidak mensyaratkan untuk dapatkan keredhaanNya dengan Baton tersebut hendaklah sampai ke garisan penamat, tetapi dengan memegangnya sahaja dan membawa lari menuju ke garisan penamat insyaAllah akan dapat keredhaanNya...Fikir-fikirkanlah... |