Tangisan Ramadhan Tatkala Syawal Menjelma
Riwayat daripada Jabir r.a: Sabda Nabi SAW yang mafhumnya: "Menjelang akhir malam Ramadhan, maka menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, kerana dengan berlalunya Ramadhan, maka berlalulah fadhilatnya. Ini merupakan musibah bagiku." Ditanya oleh sahabat:"Apakah musibah itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: "Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya dan seksaan kubur dikecualikan, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?"
Kelebihan 1 Syawal
Diriwayatkan Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: "Barangsiapa yang membaca: Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah lahulmulku wa lahul-hamdu yuhyi wa yumiit wa huwa hayyun laa yamuutu biyadihil khair wa huwa 'ala kulli syai-in qadirr, sebanyak 400 ratus kali sebelum mendirikan solat Hari Raya (samada AidilFitri atau AidilAdha), dia akan dikahwinkan Allah taala dengan 400 bidadari, dan mendapat pahala seperti memerdekakan 100 hamba."
Mengikut riwayat Abu Umamah r.a : Rasulullah SAW terlah bersabda dengan mafhumya: "Barangsiapa mengerjakan ibadat pada kedua-dua malam raya, tidak akan mati hatinya di kala matinya semua hati orang-orang Kafir yang ingkar pada hari Qiamat." (Riwayat Ibnu Majah)
Islam mensyariatkan Takbir bermula malam Aidil Fitri iaitu daripada tenggelam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram ketika menunaikan solat hari raya. Di samping itu, umat Islam disunatkan bertahmid di malam tersebut seberapa banyak yang mungkin. Juga umat Islam disunatkan mengerjakan Solat Sunat Tasbih.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid." Dan daripada Anas bin Malik r.a : "Hiasilah kedua-dua hari raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis." |