Salam EidulFitri 1430H, Maaf Zahir Batin
Jam 12.45 tengahari nanti, saya akan ke airport Kerteh, dijadualkan jam 02.45 petang nanti ke MASA, Perintis. Kira-kira malam raya berada di sana. InsyaAllah lepas khutbah Eidulfitri esok, akan kembali ke darat untuk beraya bersama keluarga, kaum kerabat dan sahabat-handai. Barangkali ini artikel yang terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini. Sekejap rasa kan... Pejam celik dah berada di hari yang terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Rasa macam tak puas. Bahkan terasa sedih pulak dengan berakhirnya Ramadhan pada jam 06.50 petang nanti. Ialah kan, berlalunya bulan Keberkatan, Kerahmatan dan Keampunan. Mudah-mudahan segala ibadat dan amal kebajikan yang dilakukan sebulan Ramadhan yang lalu diterima Allah taala, dan segala doa-doa dimakbulkan dan seterusnya mendapat Keredhaan Allah taala. Dengan peluang yang ada ini, saya nak mengajak semua sahabat samada pendokong PAS, penyokong PAS, atas pagar serta UMNO sama-sama merenung terhadap 3 rangkap kata-kata Dato' Ustaz Harun Taib yang beliau telah utuskan dalam Perutusan Eidulfitri 1430H iaitu: "Bagi mereka yang belum bersama perjuangan Islam, kita mengharapkan mereka tidak menangguh-nangguhkan waktu untuk bersama-sama (dengan perjuangan Islam) supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT dan supaya kita sama-sama memberi saham dalam perjuangan ini. Kepada mereka yang masih mahu menjadi penghalang dan penentang kepada perjuangan Islam, kita harapkan mereka boleh menggunakan ’renungan tajam’ mereka itu supaya mereka dapat (boleh) melihat sebenarnya, kebaikan Islam dan perjuangan Islam (dan) supaya berhentilah dari terus menerus menentang Islam. Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam." Kita sama-sama membuat perubahan yer... Akhirnya, saya Abu Mus'ab, Ummu Mus'ab, Abdurrahman Mus'ab, Abdullah Mu'az dan Abdurrahman Suhaib mengucapkan Salam Eidulfitri kepada semua kenalan-kenalan yang mengenali diri kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin. كُلُّ عَامٌ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ |