:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

AKIBAT TIDAK BERPUASA
Jumaat, September 11, 2009

Akibat Tidak Berpuasa


Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Barangsiapa membuka sehari pada hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (diterima oleh hukum syara'), dan tanpa sakit yang kuat, nescaya dia tidak akan dapat membayarnya walaupun dengan berpuasa hingga ke akhir hayatnya." (Riwayat Ahmad dan at-Turmizi)

Hari ini, hari yang ke 21 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Pejam celik dah hampir nak meraikan Hari Raya. Dan saya melihat bilangan orang yang mengerjakan solat di masjid atau surau semakin surut. Yer, mungkin sibuk untuk membuat persiapan hari raya. Hendak lakukan pada siang hari, letih, panas. Jika waktu malam, cuaca dingin dan tidaklah rasa letih...

Bermuhasabahlah yer...Sepatutnya semakin hampir penghujung Ramadhan, semakin meningkatlah amal ibadat kita. Bukan semakin surut. Inilah peluang untuk kita sama-sama mendapatkan pembelaan dari Allah taala dari azab api Neraka. Perbanyakkanlah amalan soleh kita. Ambil peluang sebaik-baiknya.

Dalam hadis di atas menyatakan sesetengah ulama berpendapat apabila seseorang itu tidak mempunyai alasan yang wajar untuk tidak berpuasa pada mana-mana hari di bulan Ramadhan dan menghinanya dengan memakan dan sebagainya, dia tidak akan dapat membayarnya (qadha) serupa itu. Walaupun dia berpuasa sehingga ke akhir hayatnya dia tidak akan dapat mengganti-rugikan untuk sehari itu. Ini kerana kelebihan dan keberkatan yang sebenar masih belum boleh dicapai sepertimana di dalam bulan Ramadhan.

Seringkali saya mendapat aduan daripada orang kampung, bahkan saya pernah melihat sendiri gelagat beberapa orang remaja yang tidak berpuasa. Ini yang dalam pengetahuan saya. Di luar pengetahuan saya, wallahu a'lam. Ingat, berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu rukun daripada rukun Islam. Barangsiapa yang meninggalkan dengan sengaja, beriktikad bahawa puasa ini tidak wajib, bahkan mencelanya, maka Kafir jadinya. Bermuhasabahlah...
posted by Abu Mus'ab @ 10:59 PG  
2 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::