Kelebihan Lailatul Qadar
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa berdiri solat dan beribadat pada malam Lailatul Qadar (malam kemulian/kekuatan) dengan penuh keimanan (keyakinan) yang ikhlas dan dengan penuh pengharapan yang ikhlas (suci) bagi mendapatkan ganjaran, dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Daripada Anas bin Malek r.a meriwayatkan pada satu ketika apabila bulan Ramadhan bermula, Pesuruh Allah telah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepadamu sebulan yang di dalamnya terkandung satu malam yang ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa menolaknya maka sesungguhnya ia telah tertolak daripada segala kebaikan. Dan tidaklah yang tertolak daripada kebaikkannya itu melainkan dia yang benar-benar bernasib malang." (Riwayat Ibnu Majah) Daripada Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai Lailatul Qadar. Baginda menjawab: "Ianya terdapat di dalam bulan Ramadhan di bahagian sepuluh hari yang terakhir pada malam-malam yang ganjil samada di malam yang ke 21, 23, 25, 27, 29 atau malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Sesiapa sahaja yang melakukan ibadat pada malam itu dengan keimanan yang ikhlas dan harapan yang sejati terhadap ganjarannya, maka dosa-dosanya yang lampau akan diampunkan. Di antara tanda-tanda pada malam itu ialah ianya mempunyai suasana ketenangan dan sedikit kecerahan, tidak kepanasan, tidak kesejukan (seakan-akan kadar cahaya keruhanian), bulan berkeadaan terang tanpa memancar sehingga ke Subuh. Tidak ada panah-panah api yang dilontarkan ke arah syaitan pada malam tersebut. Tanda yang lain pula ialah matahari di pagi itu akan naik tanpa cahaya yang bersinar kuat, muncul seolah-olah seperti bulan purnama (penuh). Pada hari itu, Allah mengharamkan syaitan untuk naik bersama-sama dengan matahari." (Riwayat Ahmad) Daripada Aisyah r.a meriwayatkan: "Aku berkata: "Ya Rasulullah, apabila aku mendapati diriku berada di dalam Lailatul Qadar, apakah yang patut aku baca?" Rasulullah SAW menjawab: "Katakanlah: "Ya Allah, hanyalah Engkau yang memaafkan dosa-dosa, Engkau sangat suka memaafkan, maka maafkanlah aku." (Riwayat Ahmad Ibnu Majah) Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Tentu tertanya-tanya kenapa lama tak posting, baru 2 hari kan, yerlah, saya baru jer balik dari outstation, keje... Hari ini hari yang ke 24 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk kita meraikan Eidul Fitri. Ishh..sekejap jer rasa kan? Nak buat camna, ni lah antara tanda-tanda dunia dah hampir Qiamat. Masa sekejap sahaja. Apa-pun, marilah kita sama-sama tingkatkan amalan ibadat kita ke peringkat 'Gear Yang Paling Maksima'. Inilah peluangnya..Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kerahmatan dan keberkatan serta keampunan yang melimpah ruah ini. |