:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BERIKTIKAFLAH ...
Selasa, September 15, 2009

Beriktikaflah...


Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Seorang yang melakukan iktikaf dipelihara daripada dosa-dosa, dan sesungguhnya dia berikan ganjaran yang sama sebagaimana mereka yang melakukan amalan-amalan yang soleh (walaupun amalan-amalan itu tidak dilakukan kerana pengasingan (dengan sebab iktikaf yang dilakukan dalam masjid." (Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa sedang beliau menjalani iktikaf di Masjidun Nabawi (Masjid Nabi), telah datang seseorang berjumpa dengan beliau dan memberi salam lalu duduk. Ibnu Abbas r.a berkata kepadanya: "Aku melihat kamu di dalam keadaan kesedihan dan kesusahan." Orang itu menjawab: "Ya, wahai anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW, sesungguhnya aku berada di dalam kesusahan kerana aku mempunyai satu kewajipan untuk ditunaikan ke atas seseorang. Aku bersumpah demi kemulian penghuni tempat rehat yang mulia ini (maqam Rasulullah SAW) bahawa aku tidak dapat (mampu) memenuhi kewajipan itu." Ibnu Abbas r.a pun bertanya: "Bolehkah aku menjadi sebagai perantaraan kepada orang itu bagi pihak dirimu?" Orang itu menjawab: "Dengan senang hati jika tuan sudi." Ibnu Abbas pun memakai kasutnya dan keluar dari masjid. Orang itu apabila melihat yang demikian, berkata: "Apakah tuan lupa bahawa tuan dalam iktikaf?" Dengan air mata yang mengalir pada mata Ibnu Abbas r.a menjawab: "Tidak, masanya masih segar di dalam ingatanku apabila aku mendengar tuan yang mulia dari kubur ini telah bersabda: "Barangsiapa pergi untuk menyempurnakan keperluan yang penting bagi saudaranya, khidmat yang demikian adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun, dan barangsiapa melakukan iktikaf sehari mencari keredhaan Allah, maka Allah akan membukakan tiga parit antaranya dengan api neraka, lebar di antara satu parit dengan parit yang lain adalah di antara bumi dengan langit." (Riwayat at-Tabrani)

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan iktikaf pada sepuluh hari yang terakhir daripada Ramadhan, kepadanya diberikan ganjaran dua Haji dan dua Umrah, dan barangsiapa melakukan iktikaf dari Maghrib sehingga Isyak, tidak melakukan apa-apa melainkan mendirikan solat dan membaca al-Quran, maka Allah taala akan menyediakan baginya sebuah istana di Jannah."

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah taala sekalian. Demikianlah rahmat Allah taala kepada kita semua selaku hamba ciptaan-Nya. Besar rahmat-Nya. Allah...Dah nak berakhir bulan Rahmat-Mu ini, Ramadhan al-Mubarak. Tinggal 4 hari sahaja lagi. Namun, ku memerhatikan masih ramai lagi yang buta dan alpa.

Perempuan yang masih tidak segan silu memperagakan auratnya, menzahirkan perhiasannya, mendedahkan auratnya ketika berjual-beli. Tidak lupa jua kepada mereka yang masih lagi menyokong dan mendokong Parti Nasionalis, UMNO/ BN. Amat malang bagi mereka ni. Walaupun baru-baru ni dikatakan UMNO adalah Parti Islam. Ces! Memang betul-betul jahil tukil sungguh yang bercakap tu, termasuk barua-baruanya. Yang menyokong pun bodo jugak, bercampur dengan jahil, bercampur dengan menjaga 'rice cooker'...UMNO BUKAN PARTI ISLAM...

Ya Allah..Berilah hidayat dan petunjuk kepada para pendokong dan penyokong UMNO ni...Ku tahu, mungkin mereka tak tahu keadaan yang sebenarnya, dengan Rahmat-Mu dan Berkat-Mu di bulan yang mulia ini, bukakanlah hati mereka untuk menerima kebenaran-Mu, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar...Aamiinn...

posted by Abu Mus'ab @ 3:54 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::