:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PUASA YANG TIADA GANJARAN PAHALA
Rabu, September 09, 2009

Puasa Yang Tiada Ganjaran Pahala


Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."

Dalam riwayat lain, Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga."

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian... Hari ini dah masuk hari yang ke-19 kita sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Jadi sayugianya kita manfaatkan sungguh-sungguh baki hari yang masih ada iaitu 10 hari lagi dengan meningkatkan lagi amalan "IBADAT" kita kepada Allah taala.

Berhubung dengan 2 hadis di atas, para ulama' telah memberikan 3 jenis penafsiran yang berlainan. Pertamanya ialah ianya ditujukan kepada mereka-mereka yang berpuasa pada siang harinya tetapi berbuka dengan memakan makanan yang haram. Segala ganjaran yang diterima hasil daripada berpuasa pada siang harinya musnah sama sekali akibat daripada dosa yang besar kerana memakan makanan yang haram. Bahkan ada ulama yang menyatakan, ganjaran pahala akan berkurangan apabila memakan makanan yang syubhah.

Keduanya, Nabi kita Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam mungkin memaksudkannya kepada mereka-mereka yang berpuasa dengan baiknya, tetapi semasa menjalani ibadat puasanya, mereka sibuk dengan mengumpat dan memfitnah sesama mukmin.

Ketiganya, orang yang dimaksudkan itu ialah semasa berpuasa, mereka tidak juga menjauhkan dirinya daripada segala bentuk kemaksiatan, kejahatan, dan dosa. Di sini, dimaksudkan kepada segala bentuk dosa-dosa. Termasuklah yang popularnya adalah perempuan yang tidak segan silu mendedahkan auratnya, perempuan yang memakai pakaian yang ketat lagi nipis, perempuan yang menampakkan kakinya, dan perempuan yang memakai seluar panjang sedangkan labuh bajunya tidak mencapai paras lutut.

Bagi lelaki yang memakai gelang di tangan dan rantai di leher dengan tanpa rasa malu, ketahuilah pemakaian tersebut merupakan satu dosa yang amat nyata. Haram hukumnya. Di antara dosa lain adalah seperti mereka yang masih mengekali dan berpendirian dengan fahaman atau ideologi Yahudi dan Kristian yang dibawa oleh UMNO/ BN. Iaitulah fahaman Semangat Kebangsaan (Nationalisme), Sekularisme, Sosialisme, Liberalisme dan Kapitalisme. Kesemua fahaman ini adalah bertentangan dengan ajaran ISLAM.

Begitu jugalah keadaan orang yang berdiri malam dengan solat malam secara sukarela, tetapi kerana sebab melakukan dosa-dosa, maka akibatnya amalannya yang mulia itu tidak diganjari pahala. Sama-samalah kita bermuhasabah yer. Masih ada masa untuk kita sama-sama perbetulkan diri kita dan keluarga kita. Khusus kepada Pendokong dan Penyokong UMNO/ BN.

posted by Abu Mus'ab @ 7:58 PG  
1 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::