7-0
Alhamdulillah, PAS berjaya kekalkan kemenangan dalam PRK Permatang Pasir. Dengan kemenangan ini, Pakatan Rakyat telah mengalahkan UMNO dengan kiraan 7 berbalas 0 (7-0). Memang amat memalukan bagi pihak UMNO. Acctually, ini sebenarnya anugerah Allah taala kepada kemenangan PAS ini. Sedia maklum bahawa DASAR perjuangan PAS adalah ISLAM, dengan menjadikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai Sumber Rujukan dan MATLAMAT perjuangan PAS adalah Menegakkan Agama Islam di Malaysia ini seterusnya mendapat Keredhaan Allah taala. Dan sememang layaknya Allah taala memberi kemenangan kepada PartiNya. Berbeza dengan UMNO, dasar perjuangan adalah tertakluk kepada segala bentuk fahaman Yahudi dan Kristian, baik samada Sekular, Sosial, Kapitalis, Liberal dan Nasional. Sedangkan semua fahaman ini adalah bercanggah dengan Islam. Manakala Undang-undang Lord Reid dijadikan sumber rujukan mereka, dan matlamat mereka adalah menerapkan fahaman-fahaman tadi ke dalam diri orang Islam dan seterusnya menjayakan segala agenda Yahudi dan Kristian di Malaysia ini. Dan memang selayaknya Allah taala mengalahkan parti ini. Ramadhan kali ini telah menyingkap kembali kemenangan Islam dalam Peperangan Badar yang terdahulu. Cuma di masa dahulu, mereka berperang dengan menghunuskan pedang, tombak dan seumpamanya. Tetapi di masa sekarang peperangan membabitkan moral, pemahaman, dan keyakinan orang Islam terhadap Islam tu sendiri, yang memerlukan kepada 'Sebatang Pensel' sahaja untuk MEMANGKAH di atas kertas undi. Kesudahannya, Parti Islam Semalaysia (PAS) Menang dalam PRK kali ini, yang dalam sejarah berlaku dalam bulan Ramadhan. Menandakan Allah taala memang akan memberikan kemenangan kepada partiNya yang memperjuangkan ISLAM. Syabas saya ucapkan kepada semua tentera-tentera Islam dalam PRK di Permatang Pasir. Semoga Allah taala menthabatkan perjuangan kita semua dan mendapat ganjaran yang sebesarnya daripada Allah taala dalam Ramadhan ini, iaitu "Mengharapkan Keredhaan Allah akan Syurga dan Menjauhkan Diri daripada Azab Api Neraka". Dan akhirnya mudah-mudahan Allah taala melupuskan parti UMNO/ BN dari bumi Malaysia ini. TAKBIR !!! |