Akibat Terlalu Cinta Terhadap Dunia
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata: "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s: "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi: "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T: "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata: "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi: "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Sahabat-sahabat Sekalian. Saya pernah menyebut bahawa: "Pekerjaan Bukanlah Satu Matlamat, Tetapi Pekerjaan Adalah Wasilah Untuk Mencapai Matlamat". Kesedaran dan Tanggungjawab yang bersungguh-sungguh adalah keutamaan yang perlu diberi sekarang ini. Jangan kerana inginkan keselesaan hidup dan mengumpul kekayaan dunia, sehingga mengenepikan soal taklifan dan responsibilty dalam Islam.
Orang kata: "Dalam menegakkan Islam, tak semestinya mesti berada dalam PAS. Memadai dah berada dalam satu NGO atau pertubuhan yang menyebarkan Islam". Bagi saya, ini adalah satu fahaman yang terpesong dan menyeleweng dari syariat Islam. Dan boleh menyebabkan generasi baru akan terpedaya dan terpesong jua.
Sepatutnya dan sebenarnya adalah Pertubuhan atau NGO itu hanyalah sebagai platform untuk bergerak aktif dalam PAS. PAS adalah satu gerakan Islam yang WAJIB didokongi dan disertai. Bukan dijadikan sebagai penyertaan part time atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Ramai saya melihat, kerjaya dijadikan matlamat utama, sedangkan keberadaan dalam Jemaah Islam khususnya dalam PAS dikemudiankan. Betul ker fahaman ini? Sama-sama kita bermuhasabah... |
ninest123 09.07
jordan shoes, nike free, michael kors outlet, burberry outlet online, ugg boots, christian louboutin outlet, nike air max, replica watches, ugg boots, prada outlet, prada handbags, michael kors, louboutin shoes, uggs on sale, longchamp, michael kors outlet, gucci outlet, tiffany and co, replica watches, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, polo ralph lauren outlet, ugg boots, michael kors outlet, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, michael kors outlet, ugg boots, burberry, louis vuitton, louis vuitton, oakley sunglasses, tory burch outlet, nike outlet, nike air max, louboutin outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, longchamp outlet, longchamp outlet, tiffany jewelry, michael kors outlet, louboutin