:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

FAHAMAN DAN TAKTIK BARAT
Khamis, Mei 28, 2009

Keimanan Orang Yang Terpengaruh Dengan Barat


Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yang datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.


Teknik Mengangkat Taraf Orang Yang Jahil Tentang Islam

Wahai pemuda-pemuda yang dicintai sekalian,

Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka akan diberi kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang mendapat keistimewaan dalam masyarakat.

Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.

Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undang-undang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi beberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.

"Abul A’la Al-Maududi"
posted by Abu Mus'ab @ 7:49 PG  
2 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::