Jika Ada Personal's Helicopter
Salam sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah taala, insyaAllah. Pernah sekali sekala terfikir. Alangkah bestnya jika dapat memiliki sebuah helikopter. Lepas mengajar, terus kembali ke darat. Nak mengajar, pergi ke pelantar minyak. Tempoh perjalanan adalah hanya 1 jam. JIKA ADA ...
Apa ke tidaknya. Jadual saya untuk beri kuliah agama di Pelantar Minyak Petronas Carigali hanya hampir 2 jam satu hari. Banyak masa kosong jika diikutkan. Kan best jika dapat balik selalu. KALAU BOLEH ...
Yang saya fikirkan, macamna nak atasi masalah kurangnya kehadiran saya dalam satu program mingguan Pemuda Dun. Dengan portfolio orang kedua terpenting dalam Pemuda Dun, amat rasa bersalah. Tetapi, Alhamdulillah, sahabat-sahabat ahli jawatankuasa begitu memahami.
Saya berada di Pelantar Minyak hanya 2 malam satu minggu. Selebihnya, duduk rumah jerlah. Begitulah rutin mingguan. Pergi hari Ahad, balik hari Selasa. Pergi hari Sabtu, balik hari Isnin. Pergi kena pergi juga. Kerja ...
Dalam kesempatan ini, saya nak berkongsi satu tips. Kerap orang bertanya dalam satu program tarbiyyah. Ustaz ! Macamna nak ISTIQAMAH dalam perjuangan Islam? Erm... Saya mengambil satu langkah yang diutarakan oleh pimpinan Haraki kita. Ada LIMA cara. Yang Pertama, IKHLAS. Memang setiap yang dilakukan hendaklah bersifat Ikhlas. Ini dah menjadi syarat utama dalam melakukan setiap amalan jika ingin mendapat redha Allah taala.
Yang Kedua, MENJAUHKAN SEGALA MAKANAN, MINUMAN, BARANGAN YANG SYUBHAH. Ini adalah perlu diambil perhatian. Kadang-kadang saya melihat, ramai juga di kalangan pendokong Islam yang tak tahan lama ni, masa aktifnya kerap sangat melakukan perkara yang syuhbah. Contohnya merokok, makan dan minum di KFC, PIZZA HUT, MAC'D dan seumpamanya. Juga menggunakan produk NESTLE. Ada juga yang memakai cincin Suasa.
Yang Ketiga, SENTIASA MENGHADIRI PROGRAM TARBIYYAH. Ini adalah nadi kepada perjuangan Islam. Terutama Usrah. Paling kurang, dalam satu bulan, mesti menghadiri Usrah. Samada di peringkat Negeri, Kawasan, Dun, Pemuda Dun, Cawangan dan Pemuda Cawangan. Barulah jejak tanah. Adapun program tarbiyyah yang lain seumpama Tamrin, Liqa Fikri, Dourah, Mukhayyam, Pembentangan Kertas Kerja, Iftor Jamai'e, Qiyamullail secara berjemaah dan lain-lain lagi.
Yang Keempat, MELAZIMI KELAS-KELAS PENGAJIAN ISLAM. Ini adalah tunjang kepada perjuangan Islam. Bila ada ilmu, barulah kita akan dapat memahami dengan lebih mendalam terhadap sesuatu yang kita lakukan. Yang berkait rapat dengan Feqah, Aqidah, Tasawuf dan Akhlak. Orang yang Faqir Ilmu, tidak akan dapat memberi.
Yang kelima, SENTIASA BERSAMA DENGAN SAHABAT SEPERJUANGAN. Ini nak memastikan kita tidak tersalah langkah dalam pergerakan kita. Apabila kita membuat sesuatu kesalahan. Sahabat kitalah yang akan menegur kita secara tidak langsung samada melalui perkataan, atau perbuatan. Jika sebaliknya, maka secara tidak disedari, sedikit-sedikit akan ada bibit lari dari perjuangan.
Jadi, begitulah sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan kita sama mempraktikkan tips di atas. Berdasarkan pengalaman. Alhamdulillah berjaya.