:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PERTUKARAN QIBLAT
Rabu, Ogos 22, 2007

Pertukaran Qiblat

Pada pertengahan bulan Sya’ban pernah berlaku peristiwa yang besar dan penting dalam kamus umat Islam sebagaimana yang diriwayatkan oleh kebanyakan ulama’ yang muktabar yang mana qiblat muslimin yang asalnya mengadap ke Baitul Maqdis telah diubah ke Ka’bah di Makkah Mukarramah. Ramai ulama' yang mengatakan ia berlaku pada 18 Rejab. Sehingga kini jika kita melawat Madinah Munawwarah, kita akan berpeluang melawat masjis Qiblatain yang bererti dua qiblat yang mana disinilah Allah menurunkan ayat agar nabi Muhammad S.A.W memalingkan muka baginda S.A.W dari mengadap ke arah Baitul Maqdis kepada mengadap ke arah ka'bah di Makkah. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W berpusing pada kadar 45 darjah.

Marilah kita sama-sama merenung firman Allah ta’ala di dalam ayat 142 hingga 145 surah al-Baqarah yang bermaksud : Mereka yang kurang berakal di antara manusia akan berkata :”Apakah yang menyebabkan mereka(umat Islam) memalingkan muka daripada kiblatnya(Baitul Maqdis) yang mana dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya?”. Katakanlah : “Kepunyaan Allahlah timur dan barat.Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia manusia dan supaya Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menetapkan qiblatmu sekarang melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa pula yang belot. Dan sesungguhnya pertukaran qiblat itu terasa amat berat kecuali bagi bagi mereka yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak kan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadap ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palinglah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan al-Kitab iaitu Taurat dan Injil, semua ayat keterangan mereka tidak akan mengikut sama mengadap qiblatmu, dan kamupun tidak akan mengadap qiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak kan mengadap qiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut keinginan mereka setelah datangnya ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu jika berbuat demikian termasuk golongan mereka yang zalim.

Daripada ayat-ayat ini dapatlah memberi penjelasan kepada kita bagaimana ejekan dan tuduhan liar yang dibuat oleh Yahudi dan Nasrani mengenai qiblat umat Islam adalah mengikut ajaran agama mereka kerana sama-sama mengadap ke arah Baitul Maqdis. Mereka juga menuduh Rasulullah S.A.W hanya mengubah sedikit sahaja daripada ajaran mereka dan baginda S.A.W bukannya nabi lagi rasul sebagaimana yang didakwa sebelum ini malah merupakan salah seorang daripada pengikut ajaran nabi mereka. Tuduhan-tuduhan yang tidak berasaskan ini memberi kesan juga kepada Rasullah S.A.W sehingga baginda S.A.W telah mendongak ke langit bagi memohon agar Allah memalingkan qiblat ke arah ka’bah yang telah dibina oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail ‘alaihimassalam.

Akhirnya permohonan baginda S.A.W telah diperkenankan oleh Allah ‘azzawajalla yang mana selepas tarikh itu umat Islam terus berqiblatkan ka’bah ketika solat. Disamping itu Allah menempelak kaum Yahudi dan penganut Nasrani dengan mengatakan bahawa mereka termasuk umat yang kurang berakal dan hanya tahu membuat tuduhan dan fitnah liar yang tidak berasas sama sekali. Apabila berlaku perubahan ini, kaum musyrikin Makkah pula menuduh bahawa Rasulullah S.A.W telah bertaubat dan kembali kepada ajaran datuk moyang mereka semula kerana mengadap ke arah ka’bah. Allah menempelak mereka dan menyatakan bahawa mereka daripada golongan yang zalim dan tidak mengetahui sesuatu kebenaran. Perubahan ini juga menyemarakkan lagi semangat Rasulullah S.A.W dan umat Islam pada masa itu untuk membebaskan ka’bah daripada kekotoran musyrikin dan berhala-berhala sembahan mereka yang berada sekitar ka'abah.

Walaupun berlakunya pertukaran ini namun Masjid Al-Aqsa tetap mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang mana di dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W telah menyatakan fadhilat masjid ini yang merupakan masjid yang ketiga selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah yang mempunyai fadhilat pahala yang besar apabila kita mendirikan sembahyang di dalamnya. Tetapi kini ia dicerobohi oleh Yahudi yang mendakwa bahawa masjid ini di bina di atas rangka kerajaan nabi Sulaiman dan nabi Daud 'alaihimassalam. Ini merupakan kenyataan yang direka ke arah meroboh masjid Al-Aqsa dan akan mendirikan di atas runtuhan itu pusat Yahudi yang akan menguasai politik dunia. Oleh itu tanggungjawab kita bersama untuk membebaskan bumi Palestin amnya dan masjid Al-Aqsa khususnya daripada cengkaman Yahudi sebagaimana yang pernah di lakukan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab dan Solahuddin Al-Ayyubi.

Allah juga menjelaskan bagaimana kuffar sebenarnya tidak bersatu dan hati mereka terus berpecah yang mana diberikan contoh bahawa qiblat mereka tidak sama tidak sebagaimana umat Islam. Cuma yang perlu dijadikan peringatan kepada kita bersama bagaimana pihak kuffar terutama Yahudi dan Nasrani tidak pernah redha kepada kita malah sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam walaupun dengan apa cara sekalipun. Jika dulu mereka menyerang dengan senjata tetapi kini lebih ditumpukan kepada serangan pemikiran yang mana boleh diterima oleh kebanyakan umat Islam dalam keadaan tidak sedar mengenai bahaya jarum suntikan musuh itu. Oleh itu hisabkanlah diri kita sama ada telah terlepas daripada mengikut telunjuk mereka ataupun turut berqiblatkan ideologi sesat yang dibawa oleh mereka
posted by Abu Mus'ab @ 3:27 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::