:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KENAPA JIWA TERTEKAN ?
Isnin, Ogos 13, 2007

Kenapa Jiwa Rasa Tertekan

>>> Kadang kala kita bangun dengan fikiran yang berserabut, dada sesak dan berbagai perasaan samada cemas, ngeri ataupun duka. Kenapa terjadi demikian. Inilah perasaan yang bergelombang di dalam jiwa kita. Kadang-kadang bahagia, kadang-kadang derita, kadang-kadang suka dan kadang-kadang duka. Walaubagaimanapun semua perasaan itu mestilah terjadi dengan bersebab. Ia tidak berlaku dengan sendirinya.

>>> Manusia tidak boleh lari daripada masalah. Masalah yang sebenarnya adalah untuk kita mematangkan hidup. Di dalam kita menghadapi masalah, perkara yang paling utama yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak menyelesaikan masalah dan apakah puncanya. Cari punca masalah, selesaikan dan serah kepada Allah. Yang sebenarnya ramai orang yang berdukacita tidak tahu kenapa perasaannya terasa begitu. Cubalah kita fikirkan diwaktu kita berduka cita, apakah yang sedang kita fikirkan. Boleh jadi kita memikirkan bagaimana hendak mengubah takdir atau tidak puas hati dengan takdir.

>>> Untuk mengubat penyakit dukacita atau jiwa tertekan ini mudah sahaja. Kaedahnya ialah apabila hal yang menimpa kita urusan yang berkaitan dengan dunia, maka bandingkanlah dunia yang kita kecewa itu dengan apa yang kita miliki sekarang dengan orang yang lebih rendah kedudukan dunia miliknya daripada kita. Kita akan lihat ramai orang yang tidak dapat apa yang mereka kehendaki dan tidak mampu berbanding dengan kita. Pergilah ke kampung-kampung pedalaman. Cuba lihat rumah-rumah buruk yang dijadikan tempat tinggal oleh golongan yang miskin. Setiap pagi mereka bangun dalam keadaan belum tahu samada mereka dapat rezeki untuk tengahari atau tidak, jauh sekali untuk tentu mendapat rezeki di malam hari. Cuba bandingkan dengan diri kita. Bekalan makanan kita cukup untuk sebulan.

>>> Begitu juga dengan cinta, perlu kita ingat jodoh itu di tangan Allah dan apabila telah sampai ketentuanNya, maka akan kita akan berkahwin, contohnya, jika kita sudah jatuh hati atau berkenan dengan seseorang, kita sudah luahkan perasaan kita pada dia, tapiā€¦.dia tolak atau sudah berpunya, kita tak boleh menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan takdir, terimalah hakikat itu dengan penuh redha kerana mungkin rahmat Allah ada disana. Untuk itu, mengapa kita harus korbankan masa dan tenaga serta perasaan hanya semata-mata untuk melayan cinta yang tidak berkesudahan. Tidak salah bercinta kerana cinta itu yang sebenarnya adalah fitrah manusia cuma yang perlu dijaga ialah syariatnya. Jangan jatuh kepada perkara yang haram seperti bergaul bebas dan sebagainya. Hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan kepada kita pasangan isteri atau suami yang beriman dan bertanggungjawab. Semuanya ini adalah keputusan Allah. Oleh itu lebih baik kita tunggu masa dan ketika yang sesuai kerana kita tidak tahu apakah pilihan kita itu baik dan sesuai untuk kita. Boleh jadi baik pada kita tetapi jelek pada pandangan Allah dan boleh jadi jelek pada kita tetapi baik pada pandangan Allah. Oleh itu serah sahaja kepada Allah.

>>> Firman Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahu sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

>>> Allah yang selayaknya mengatur hidup kita. Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, maka pilihanNya adalah yang paling tepat untuk kita. Yakinlah bahawa Allah mengasihi setiap hambaNya lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya. Dan Maha Suci Allah daripada berlaku zalim terhadap hambaNya. Oleh itu hendaklah kita membetulkan jalan kita berfikir. Tidak salah untuk merancang dan berikhtiar. Tetapi setiap usaha dan ikhtiar perlu dilapik dengan ingatan bahawa bagaimana sekalipun manusia merancang hidupnya, pasti ia tidak akan terlepas daripada takdir dan jalan yang Allah telah tentukan.

>>> Salah jalan berfikir ini boleh diumpamakan laluan sungai yang tersumbat. Maka apabila terjadi demikian, maka akan melimpahlah airnya ke tempat lain. Begitu juga apabila salah jalan berfikir, ia kan menjadikan emosi seseorang itu tidak menentu dan jiwa tertekan. Keadaan ini akan mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat di dalam hidup. Akhirnya hidup tidak ada haluan dan pegangan, hakikatnya penuh dengan kepalsuan dan kekosongan.

>>> Selain daripada itu, di dalam urusan keakhiratan perlu kita bandingkan diri kita ini dengan mereka yang lebih tinggi kedudukannya disisi Allah daripada kita. Oleh itu perlu banyak membaca kisah nabi-nabi, para sahabat dan solihin. Cuba renungkan begaimana perjuangan dan pengorbanan mereka terhadap agama. Mereka menitiskan darah dan air mata untuk bangunkan agama dan maruah. Sedang kita hari ini di dalam senyum mengorbankan maruah dan prinsip agama. Cuba bandingkan mereka dengan diri kita. Adakah kita bersedia dipanggil Allah di dalam keadaan diri kita yang masih penuh dengan noda dan bergelumang dengan dosa. Apa yang kita akan jawab apabila malaikat maut datang untuk mengambil nyawa kita.

>>> Sedarilah siapa diri kita ini. Kita amat kerdil lagi dhaif jika dibandingkan dengan ciptaan-ciptaan Allah yang banyak ini. Lebih-lebih lagilah jika kita hendak membandingkan diri kita dengan Allah yang Maha Hebat lagi Gagah Perkasa. Oleh itu kemampuan kita sebagai manusia kerdil, juga sangat kerdil sehingga perasaan hati sendiri pun tidak dapat kita kawal dan jiwa rasa tertekan serta tidak tenteram. Insafilah kelemahan diri dengan menyedari hakikat ini dan memperbetulkan jalan berfikir, insya-Allah, jiwa akan kembali segar dan lapang serta tenang tenteram.

>>> Firman Allah: "Ketahuilah ! Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Ar Ra'd : 28)



posted by Abu Mus'ab @ 10:15 PG  
1 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::