:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KEBERKATAN HAKIKI
Isnin, Jun 18, 2007

Keberkatan: Ni'mat kurnia memperjuangkan Islam

Muslimin sekalian, marilah kita memahami perkara penting, di antaranya firman Allah Taala ertinya: "Sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka yang keluar daripada langit dan keluar daripada bumi". (Al-A'raf: 96)

Perkataan berkat ini didapati di dalam istilah politik, ekonomi dan pendidikan dizaman moden ini. Keberkatan adalah satu istilah yang dikenali oleh umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w dan di zaman umat Islam beramal dengan ajaran Islam.

Ulama' telah menghuraikan perkataan berkat dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Bila disebut kebaikan dunia maka difahami sebagai makan minum yang cukup, pakaian dan tempat tinggal yang selesa, kenderaan yang meningkat, keluarga yang bahagia dan lain-lain nikmat zahiriyyah yang semua diingini oleh manusia di dunia ini.

Sementara kebaikan di akhirat pula ialah apa yang disediakan oleh Allah Taala sebagai ganjaran akhirat daripada pahala, terselamat daripada azab kubur, kegawatan di padang mahsyar dan akhirnya terselamat daripada azab neraka. Seterusnya dimasukkan ke dalam syurga, semuanya adalah hasil faedah daripada nikmat kesihatan, harta benda, keluarga dan lain-lain daripada kurniaan Allah Taala di atas muka bumi sekiranya diuruskan mengikut panduan ajaran Islam.

Adapun hari ini keberkatan ini dilupakan oleh mereka termasuklah oleh sebahagian daripada umat Islam sendiri hasil daripada mereka dilanda oleh fahaman kebendaan (materialisme) yang telah menguasai dunia hari ini. Oleh itu,ajaran yang menyampaikan kepada kebendaan menjadi satu cabang ilmu yang diwajibkan kepada manusia dan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan yang diajar kepada generasi muda.

Untuk mencapai kesenangan di atas dunia, maka lahirlah pelbagai idiologi selain semuanya menjadikan kebendaan sebagai Tuhan baru yang disembah dan dipuja selain daripada Allah Taala. Apa yang baik pada pandangan manusia dan negara yang menganut fahaman ini ialah apa boleh menyampaikan kepada kebendaan; yang adil pada pendangan mereka hanyalah yang memberi keuntungan kepada kebendaan, bukan lagi yang menjadi penentu kepada kebenaran dan keadilan ialah Allah Ta'ala sendiri.

Umat Islam juga dilanda oleh fahaman ini. Sebahagian besar negara umat Islam dikuasai oleh idiologi yang mempertuhankan kebendaan sama ada bernama komunis, sosialis, kapitalis dan lain-lain fahaman yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Kebanyakan ucapan dan cakap-cakap pemimpin dan program-program yang dilancarkan hanyalah yang dapat memberi pulangan kebendaan dan menganggap itulah punca kepada segala kebahagiaan. Soalnya agama hanyalah menjadi perkara sampingan dan cabang sahaja.

Jangan sekali-kali umat Islam hanyut di dalam arus kebendaan ini. Bukan bermakna kita tidak mahu kepada harta benda dan kesenangan, tetapi perlu disedari bahawa semua kesenangan itu adalah alat dan perkakas untuk manusia melaksanakan tugas-tugas yang diwajibkan keatas mereka oleh Allah Taala atas kehidupan di muka bumi ini iaitu tiga perkara sebagaimana terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu:

Pertamanya: Tugas ibadat sebagaimana firman Allah yang bermaksud; "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mreka beribadat kepadaKu". (Az-Zariat: 56)

Kedua: Tugas khalifah sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud; "Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, sesungguhnya akan Kujadikan (manusia) sebagai khalifah diatas muka bumi". (Al-Baqarah: 30)

Ketiga: Tanggungjawab amanat sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah meneruskan amanat kepada langit, bumi dan bukit bukau, mereka semua tidak mahu menerimanya dan kerana untuk menanggungnya dan manusia sanggup menerimanya, sesungguhnya manusia zalim (menzalimi diri sendiri) dan jahil. (Al-A'raf: 72)

Yang dimaksudkan dengan ibadat ialah mengerjakan syiar-syiar ibadat dengan menyembah Allah Taala sebagai Tuhan yang mencipta manusia dan mengurniakan rezeki kepada mereka sebagaimana yang diajar oleh para Rasul 'alaihimussalam.

Ibadat juga hendaklah mereka menurut peraturan dan hukum hakam yang telah ditentukan oleh Allah ke atas mereka sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Semua yang dihalalkan itu memberi manfaat kepada manusia dan semua yang diharamkan oleh Allah itu membawa mudarat dan keburukan kepada manusia sama ada hukum halal dan haram itu berkait dengan individu, keluarga, masyarakat dan negara dan perkara yang berkait dengan manusia.

Sementara kewajipan khalifah pula ialah sebagaimana yang dihuraikan oleh ulama' sebagai: Menegakkan agama Allah dan mentadbir dunia dengan agama itu. Semua urusan hidup bernegara sama ada undang-undang, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, dan semua yang melibatkan urusan mengatur dunia ini hendaklah tunduk kepada hukum agama iaitu Islam.

Manusia belum melaksanakan tugas 'khalifah' selagi mereka belum mentadbir urusan dunia dengan Islam.

Adapun tugas amanah merupakan suatu yang penting untuk mereka menunaikan semua kewajipan dengan penuh bertanggungjawab di hadapan Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala mengutuskan para Rasul untuk melaksanakan tugas amanat ini sebagaimana firman Allah Ta'ala kepada Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud: "Dan ketika Allah menguji Nabi Ibrahim dengan beberapa kalimat (tanggungjawab) maka Nabi Ibrahim menyempurnakannya. Allah berkata kepadanya "Sesungguhnya Aku jadikan kamu pemimpin kepada umat manusia". Ibrahim bertanya, "Adakah juga daripada keturunan aku" Firman Allah Taala "janji Aku ini tidak diterima oleh orang-orang yang zalim".

Siapakah orang yang zalim yang melanggar janji Allah Taala? Iaitu orang yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada hukum Allah sama ada di dalam urusan peribadi, urusan keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan sebagainya, sehingga perkara yang dilakukan itu tidak mendapat berkat di dunia dan di akhirat.

Sekiranya keberkatan dan redha Allah Ta'ala dicapai walaupun dengan sedikit kesenangan, kemajuan dan pembangunan itu baik, semuanya akan membawa kebaikan kepada individu, rakyat dan negara didunia dan diakhirat.

Malangnya manusia mengejar dunia tanpa memikirkan akhirat. Sedikit sahaja daripada mereka yang ingat ketika hidup di dunia bahawa di sana juga akan ada hidup akhirat.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud:

"Di kalangan manusia yang berdoa, "Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami (ni'mat) di dunia", maka tidak ada baginya bahagian di akhirat. Dan di kalangan mereka ada yang berdoa "Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakirat dan selamatkan kami daripada azab neraka". (Al-Baqarah: 200-201).
posted by Abu Mus'ab @ 5:56 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::