:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ANTARA TANDA-TANDA QIAMAT
Selasa, Jun 12, 2007
Masjid makin bertambah, jamaah makin berkurang

Antara pembangunan hebat yang dibanggai oleh Kerajaan Islam Hadhari Terengganu Bestari pada hari ini ialah pembinaan masjid-masjid di negeri ini.

Bagi membuktikan bahawa mereka hendak memartabatkan Islam di bumi Darul Iman ini, mereka telah merancang untuk membina kira-kira 30 buah masjid setahun. Inilah yang dapat kita lihat di Terengganu sekarang. Di merata ceruk kampung terbina masjid-masjid baru.

Dalam masa yang sama mereka menuduh Kerajaan PAS semasa pemerintahannya dahulu selama lebih empat tahun tidak membina walau sebuah masjidpun. Sedangkan dakwaan tersebut adalah suatu pembohongan yang semua rakyat Terengganu tahu.

Inilah usaha Umno/Barisan Nasional (BN) untuk menafikan apa sahaja yang dibuat oleh PAS sepanjang pemerintahannya. Sebahagian besarnya kalau difikirkan mereka perkara itu memberi keuntungan kepada PAS, akan dihapuskan supaya rakyat tidak dapat melihat kesan kebaikan dari pemerintahan PAS. Manakala perkara-perkara yang menguntungkan mereka akan dikekalkan, cuma diubahsuai sedikit supaya tidak nampak sangat ia adalah hasil usaha Kerajaan PAS.

Berbalik kepada isu pembinaan masjid tadi, kita lihat apa yang jelasnya ialah bukan mereka bersungguh-sungguh hendak membina masjid bagi menegakkan syiar Islam, tetapi semata-mata bagi menegakkan projek untuk dibahagikan kepada kroni dan puak-puak mereka.

Masjid-masjid yang dibina bukan atas dasar taqwa sebagaimana yang sepatutnya, atau dalam ertikata lain boleh kita istilahkan sebagai Masjid Dhirar sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dahulu.

Sebab itulah kita lihat hari ini, masjid semakin bertambah dan semakin cantik dihias dengan kos berjuta-juta, tetapi ahli jamaahnya semakin pupus. Ini kerana BN hanya membina bangunan masjid, tanpa berusaha membina manusia-manusia yang beriman yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Contoh terbaru dapat kita lihat dalam paparan Berita Minggu semalam (27 Mei), sebuah masjid utama atau masjid daerah di ibu daerah iaitu Masjid Bandar Permaisuri di Setiu yang digambarkan seolah-olah seperti masjid yang tidak digunakan.

Kalau begitulah rupanya masjid tersebut, kita boleh bayangkan pula ahli jamaah yang memakmurkannya.

Inilah sebenarnya realiti kepalsuan Islam Hadhari yang dianuti oleh Kerajaan Umno/BN. Mereka sebenarnya berpura-pura hendak meletakkan Islam di tempat yang tinggi, tetapi pada hakikatnya Islam diketepikan. Islam yang mereka uar-uarkan sekadar untuk memikat hati rakyat yang majoritinya masih kuat sentimen agamanya.

Fikirkanlah wahai rakyat Terengganu, jangan sampai kamu terus ditipu oleh manusia-manusia yang bertopengkan agama, tetapi sebenarnya berusaha menghapuskan agama.

posted by Abu Mus'ab @ 10:42 PTG  
1 Comments:
  • At 12:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    masjid ade, tapi tak bley sembahyang.. memang membazir duit rakyat. pulak tuh,untuk buat perhiasan untuk pelancong..
    astaghfirullahhalazim!
    ape dah jadi.

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::