Takut Pada Manusia, Hukumnya SYIRIK
Allah taala talah merakamkan dalam al-Quran, di dalam surah al-Hujurat ayat 15 yang membawa penafsiran: Hanyasanya orang yang Beriman itu memiliki 3 ciri yang Utama. Yang Pertama adalah mereka yang Beriman kepada Allah dan Rasulnya, dalam ertikata lain mereka Yakin dan Percaya terhadap semua ayat-ayat al-Quran, segala ketetapan dan ketentuan Allah dalam al-Quran, jua terhadap semua undang-undang kehidupan manusia samada yang berkait dengan Jenayah, ekonomi, sosial kebajikan, munakahat, sumber manusia dan seumpama dengannya yang semua ini telah Allah tetapkan kepada ciptaanya, yang semua itu disampaikan dan dijadikan pegangan hidup serta dipraktikkan di dalam kehidupan seharian Utusan-Nya, iaitu Nabi Muhammad saw, sedikitpun mereka tidak ada perasaan berbelah bahagi dalam keimanannya.
Yang kedua, mereka tidak ada perasaan ragu-ragu dan syak wasangka terhadap sebarang ketentuan dan ketetapan Allah taala. Tidak ada keraguan terhadap hukum-hukum Allah taala, tidak ragu-ragu terhadap undang-undang ketetapan Allah taala, tidak ragu-ragu terhadap Sunnah Perjuangan Islam dan kehidupan Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad saw. Yang mereka cukup mengetahui, jika terdapat juga keraguan tersebut, maka terlepaslah ikatan keimanan di tengkuknya. Allah taala menegaskan mereka ini adalah orang yang sesat buat selama-lamanya.
Yang terakhir, dengan berbekalkan keyakinan dan kepercayaan yang sungguhti serta tiada keraguan sedikitpun samada melalaui pertuturan, hati maupun perbuatan terhadap segala ketentuan dan ketetapan Allah dan Rasulnya, orang beriman itu adalah mereka yang sanggup dan bersedia mengorbankan, mencurahkan, dan melepaskan segala keinginan hawa nafsu yang menjadi tuntutan utama orang Islam kini. Mereka mengorbankan harta benda yang mereka miliki, wang ringgit, simpanan emas dan perak, yang menjadi kegilaan orang berduit dewasa ini. Turut dikorbankan bukan disumbangkan iaitu sebarang bentuk perhiasan dunia, samada yang berupa rumah kediaman untuk dijadikan tempat atau premis untuk berbincang, tempat menyebarkan ilmu agama, tempat mengumpulkan seramai mungkin tentera-tentera Islam untuk mensatukan Fikrah dan mensatukan Amal. Turut jua dikorbankan bukan disumbangkan iaitu kekayaan diri, iaitu tanah yang luas dan juga kenderaan samada kecil atau besar, yang berstatuskan mewah atau sederhana, untuk kepentingan kerja-kerja amal Islami dalam menghadapi musuh Allah yang utama, iaitu Yahudi dan Nasrani serta sekutu-sekutunya.
Wajib disekalikan, JIHAD fi sabilillah, iaitu Perjuangan di Jalan Allah, iaitu dengan mengorbankan bukan menyumbangkan Masa, Tenaga, Idea, Kemahiran dan Kemampuan diri untuk bersama-sama berfikir, berbincang, bermujahadah, meluangkan masa, memberi komitmen dengan menghadirkan diri dalam sebarang bentuk agenda dan gerak kerja Islam yang berbentuk kemasyarakatan.
Diingatkan, bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu asyik dibuai mimpi lena dalam tidur yang panjang. Bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu senantiasa berada di dalam bilik berhawa dingin di atas kerusi yang empuk. Bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu hanya 'bergelewat' di kalangan mereka sendiri, dengan tidak mengotorkan diri bersama-sama masyarakat yang pening dan jahil serta hanyut. Bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu setakat bersama-sama dengan pelajarnya di dalam kelas, kemudian balik rumah tidak mahu menyibukkan diri dalam gerakan Islam, dek kerana takut menghadapi kecaman dan ugutan serta tindakan oleh kerajaan kufur yang memerintah.
Ingat !!! Kenapa al-Quran dibukukan? Kenapa dimushafkan? Orang yang belajar ilmu Sejarah al-Quran tentu tidak lupa dan mengetahui akan sebabnya. Rasanya perlu saya nyatakan. al-Quran dibukukan dan dimushafkan kerana ramai sahabat yang Huffazul Quran, Haamilul Quran telah Syahid di medan peperangan fi sabilillah. Ini memberi gambaran, golongan yang berada di saff hadapan dalam perjuangan pada jalan Allah adalah orang agama, orang yang menghafaz al-Quran, orang yang siang malamnya bersama al-Quran. Ini adalah Sunnah Perjuangan Islam.
Akhirnya, dalam ayat 15 Surah al-Hujurat, Allah taala telah menstatuskan mereka yang beriman yang bercirikan 3 ciri-ciri di atas dengan status merekalah orang yang Benar sebenarnya. Bukalah mana-mana kitab tafsiran dalam menghuraikan ayat ini untuk meyakinkan dan memangkinkan ilmu yang kita ada. Kita ini manusia yang lemah, bila lemah, Allah taala datangkan panduan dan pedoman yang sedia ada di depan mata kita. Amat malang, bagi kita sekiranya tidak mampu dan takut, bacul untuk mengadaptasikan panduan dan pedoman tersebut dalam kehidupan kita seharian, kerana takut kehilangan harta benda, takut kehilangan pangkat darjat dan pengaruh dan takut kehilangan kerjaya.
Masih ada masa untuk berubah..Jom sama-sama kita berubah..Jom sama-sama kita mantapkan Iman kita..Jom sama-sama kita kuatkan Keyakinan dan Kepercayaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya saw...Jika takut juga, memang Cap Ayam...
cheap oakley sunglasses
ray ban sale
nike outlet
prada outlet
nike sneakers
swarovski crystal
ralph lauren polo shirts
cheap oakley sunglasses
michael kors usa
wellensteyn coats
true religion jeans
air force one shoes
lululemon outlet
michael kors handbags
ray ban sunglasses
ralph lauren
true religion sale
coach outlet store online,coach outlet store,coach outlet
canada goose outlet
instyler ionic styler,instyler,instyler ionic styler pro
cheap ugg boots
air jordan 11 free shipping
swarovski outlet
hollister pas cher
cleveland cavaliers
cheng1209