:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO AKAN MENYESAL
Rabu, April 13, 2011

Penyokong dan Pendokong UMNO Akan Menyesal di Akhirat Nanti

Ketandusan masa dan keadaan yang menghambat, menjadikan suasana amat lama untuk menulis. Kerap kali jari jemari ini memegang papan kekunci samada laptop ataupun desktop, tapi tak lama kemudian, deringan handphone berbunyi. Pelbagai telahan diperolehi daripadanya. Kebetulan beberapa minggu ni, terpaksa membuat persiapan untuk kelangsungan Mesyuarat Agung samada Pemuda maupun Ulama'. Yang pasti, di sana ada hikmahnya, Alhamdulillah...

Sedang syok membaca Kitab Tafsir Quran Ibrul Athir, suka nak kongsi tafsiran tersebut kepada sahabat-sahabat sekalian berkenaan Penyesalan yang akan dirasakan oleh orang-orang Bodoh di akhirat kelak. Termasuklah orang Bodoh di sini adalah orang Kafir samada yang bukan Islam ataupun orang Islam sendiri yang kafir dan tidak ketinggalan orang Munafik...

Firman Allah taala ayat 166 dan 167 di dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud:

166- "Ingatlah ketika berlepas diri orang-orang yang diikut (ketua-ketua) daripada orang yang mengikut, ketika mereka itu melihat seksa Allah dan telah putuslah daripadanya sebab-sebab pertalian." 167- "Berkata orang-orang yang mengikut: "Kalau sekiranya kami dapat kembali lagi ke dunia, berlepas diri pula kami daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah memperlihatkan usaha mereka yang merupakan penyesalan-penyesalan di atas diri mereka, dan tiadalah mereka keluar daripada api neraka."

Dua Firman Allah taala di atas menyatakan hal keadaan ketua-ketua, iaitu pemimpin atau pemerintah yang dahulunya di dunia begitu dipuja-puja oleh pengikut-pengikutnya, sehinggakan pemujaan tersebut sampai ke peringkat ketuhanan, boleh dikatakan, jika takda pemimpin tersebut, maka matilah mereka, jika tidak bersama pemimpin itu, maka susah dan payahlah kehidupan mereka, jika tidak mendokong pemimpin atau pemerintah tersebut, alamatnya sempitlah peluang kehidupan keduniaan mereka.

Iaitu apabila mereka dikumpulkan di akhirat kelak dan dapat melihat seksa Allah yang disediakan untuk mereka, ketika itulah ketua dan para pengikutnya masing-masing hendak berlepas diri. Ini kerana ternyata akhlak dan perlakuan mereka di dunia dahulu adalah sesat. Mereka saling menuduh di antara ketua (syaitan yang dipuja) dengan pengikutnya (manusia yang memuja), mereka saling membenci dan saling bermusuhan, sehingga putuslah hubungan kasih sayang antara mereka yang dahulunya di dunia terjalin sangat eratnya.


Orang yang paling menyesal pada waktu itu ialah orang yang menjadi pengikut tadi. Dek kerana mereka telah ditipu oleh bujukan ketua atau pemimpin mereka yang telah berlepas diri tidak mahu langsung bertanggunjawab. Pada waktu itu, keluarlah kata-kata penyesalan mereka: "Kalau sekiranya kami dapat kembali ke dunia (kalaulah dapat) nescaya berlepas diri pula kami daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Tetapi, apa kan daya? Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka sesalan yang tidak putus-putus, dan tak akan dapat lagi keluar dari Neraka Allah taala.


Begitulah pentafsiran dua ayat di atas... Suka saya menyatakan bahawa ayat di atas ditujukan kepada orang yang Kafir, iaitulah orang yang Bodoh. Cuma perlu diingatkan sekali lagi, jangan ada tanggapan, bahawa orang Kafir itu diperuntukkan kepada orang yang bukan Islam.

Tidak semestinya ! Jangan kerana keegoaan dan kepentingan keduniaan, kita lupa bahawa, orang Kafir itu juga termasuk di kalangan orang Islam yang tidak mahu, yang menentang, yang melawan, tidak mahu beramal, tidak mahu melaksanakan, yang menafikan, yang mengingkari, yang mendiamkan diri, yang menyembunyikan kebenaran, yang takut untuk menyebarkan kebenaran segala hukum hakam, ayat-ayat, ketentuan-ketentuan, dan peraturan-peraturan Allah taala yang telah ditetapkan...

Sebab tu saya judulkan artikel kali ini, Penyokong dan Pendokong Umno Akan Menyesal di Akhirat Nanti. Ini keadaan kita di Malaysia. Nak yang lebih global, Penyokong dan Pendokong Yahudi dan Amerika Akan Menyesal di Akhirat Nanti. Nak yang lebih advance lagi, Penyokong dan Pendokong Syaitan Iblis laknatullah akan Menyesal di Akhirat Nanti... Merekalah Orang-orang yang BODOH, walaupun memiliki PHD, MA, atau kekayaan yang melimpah ruah...

Acctually, sokongan dan dokongan terhadap perjuangan Umno laknatullah ini memang menyesatkan, selagi mana Umno tidak meletakkan dan memperjuangan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias sebagai dasar yang utama. Inilah Tunjangnya, Pokok Asasnya yang WAJIB diperkemaskan dan diperjelaskan, seterusnya dipraktikkan dalam perjuangan mereka...

Pentingnya pemahaman ayat al-Quran ini melalui tafsirannya. Dan memang tidak boleh dikeluarkan hukumnya sekiranya hanya melalui terjemahan al-Quran semata-mata. Sehubungan dengan itu, para Ustaz terutama yang berstatuskan Haamilul Quran WAJIB mendasari dan memahami ayat al-Quran yang senantiasa menjadi mainan di kedua bibir mulutnya. Tidaklah terhad sekadar menghafaznya semata-mata. Bahkan amat tidak betul, sekiranya kandungan yang tersirat dalam ayat al-Quran tersebut tidak dipratikkan dalam kehidupan sehariannya.

Cukuplah, jika ada di kalangan Ustaz yang masih menyokong dan mendokong Umno ni, sedarlah, insaflah. Tajdid kanlah Syahadah anda.. Masih ada masa dan ketika. Marilah kita sama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam yang betul yang benar berteraskan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Tak susah kan?..
posted by Abu Mus'ab @ 12:00 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::