Umno Memang Tidak Beriman
Suasana hari ini, mencetuskan sekali lagi, pelawaan anjing-anjingan dari Umno Apco, yang mengajak PAS agar bersama perjuangannya yang terang benderang kelihatan sekular dan liberalnya. Apa-apapun, Najib telah menyatakan dengan menyedari bahawa PAS takkan bersama dengan Umno sebab perjuangan Umno adalah perjuangan Sekular. Suatu pengakuan yang seolah-olah menagih simpati dari masyarakat Melayu yang terkenal dengan kelembutan budi dan pekerti yang tidak kena pada tempatnya.
Perlu diingatkan bahawa, kepada semua pemerhati dan perwakilan. Sumber rujukan Utama Islam adalah al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias. Ini merupakan satu ketentuan yang tidak boleh sama sekali kita selaku hamba Allah yang beriman menafikan dan mengingkarinya. Jika berbuat demikian juga, maka batallah Syahadahnya.
Al-Quran al-Karim merupakan panduan, pedoman, aturcara perjalanan, sumber hukuman Allah yang menjelaskan segala bentuk kesamaran dan permasalahan yang berlaku dalam segala hal kehidupan manusia yang sememangnya diciptakan dalam serba kelemahan. Maka bersumber rujukan dengan al-Quran, maka seseorang itu akan selamat, aman, bahagia, sekaligus dilimpahi berkat dan rahmat samada ke atas diri, maupuan yang berkaitan dengannya.
Apabila Umno menawarkan PAS bersama perjuangannya, meninggalkan Pakatan Rakyat, agaknya Umno ni lupa, dan sememangnya Umno ni parti Melayu yang mudah lupa, bahawa perjuangannya, matlamat dan segala segi kehidupan Umno adalah bercanggah dengan syariat Allah. Mana mungkin PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam, yang menjaga batas-batas sempadan Syariat Allah taala, akan bersama dengan satu kumpulan yang sesat lagi menyesatkan.
Kalaulah, jika ada di antara ulama'-ulama' RICE COOKER yang mempertahankan Umno dan berhujjah dengan cara pembelaan terhadap kebenaran perjuangan Umno, mengeluarkan dalil daripada al-Quran, yang berada di dalam
Surah al-Hujurat ayat 10, yang memberi maksud:
"Sesungguhnya Orang yang Beriman itu adalah Bersaudara, maka perelokkan hubungan persaudaraan antara kamu, dan Takutlah kamu kepada Allah...." Persoalannya, adakah Umno ni satu kumpulan yang BERIMAN pada Allah taala? Para pemimpinnya BERIMAN kepada Allah taala?
Allah taala Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, dengan menyatakan mereka yang bersaudara adalah di kalangan mereka yang beriman kepada-Nya. Tidaklah disebut dan dikatakan bahawa, orang yang bersaudara itu adalah orang Islam. Sesungguhnya, orang Islam, tidak semestinya dia itu Beriman kepada Allah taala. Dan orang yang beriman, sememangnya dia itu adalah Orang Islam.
Umno jangan menganggap bahawa dengan perjuangannya yang Sekular dan Liberal serta Nationalis, ditambah dengan membelakangi hukum Allah taala yang telah ditentukan di dalam al-Quran, dengan diubah dan diselewengkan bentuk hukuman, yang mengutamakan hukum ciptaan manusia berbanding hukum Allah taala, dianggap sebagai Orang Yang Beriman? Jika nak disebutkan satu persatu segala penyelewengan dan ajaran sesat Umno ini, cukuplah banyak.
Bercakap berkenaan dengan perpaduan, Allah taala telah berfirman di dalam
Surah al-Imran, yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu pada Tali Allah kesemuanya, dan janganlah kamu berpecah-belah.." Tali Allah di dalam ayat ini, adalah al-Quran, dan utusan-Nya. Maka, hari ini, adakah Umno benar-benar telah menjalankan kehidupan selaku sebuah negara yang dianggapnya Negara Islam kononnya, walhal, Ulama' sedunia telah menetapkan bahawa Malaysia merupakan Negara Orang Islam, bukan Negara Islam dengan berpaksikan dan bersumber rujukan dalam semua hal kehidupan dengan al-Quran dan as-Sunnah saw?
Perlu dipertegaskan bahawa, PAS tidak akan sekali-kali bersama dengan Umno yang jelas penafiannya terhadap sumber Syariat Islam, yang dijelmakan dengan pelbagai bentuk tanda penafian dan keingkarannya, walaupun, tidak menzahirkan dengan pertuturan, tetapi sudah cukup dibuktikan dengan perlakuannya, penampilannya, pemahamannya, pengamalannya dan seumpama dengannya oleh para pemimpin dan pendokongnya.
Bahkan, Allah taala telah melarang orang yang beriman mentaati suruhan orang-orang yang hatinya lalai dan alpa daripada mengingati Allah taala. Mentaati di sini, adalah dengan maksud, menjadikan mereka sebagai pemimpin, pengatur strategi, pembimbing, penasihat utama, penghukum, pengkritik besar terhadap agama Allah iaitu Islam. Ditambah, Allah taala melarang keras orang yang beriman cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, samada zalim terhadap diri sendiri atau zalim terhadap orang lain.
Tegasnya, hanya orang yang BERIMAN itu sahaja BERSAUDARA. Persoalan hari ini, adakah Umno itu Beriman? Pemimpin Umno itu Beriman? Kerajaan Umno hari ini Beriman?
Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”