:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

SILENT PROTES : ANTARA MURKA @ REDHA ALLAH
Rabu, Januari 19, 2011

Silent Protes: Antara Murka @ Redha Allah

Dalam suasana ekonomi yang semakin menekan kehidupan rakyat pada hari ini, terutama kepada umat Islam, khas orang Melayu, menyatakan benarnya dan betulnya akan ancaman Allah taala, dan sabda Nabi Muhammad saw tentang akibatnya manusia yang meninggalkan ajaran Allah taala dan utusan-Nya Nabi Muhammad saw. Jika tidak meninggalkan pun, mengingkari ajaran tersebut. Jika tidak ingkar pun, menafikan ajaran tersebut dalam bentuk 'Silent Protes'.

Memandangkan ada di antara kita, ada yang bergelar 'Hamalatul Quran', maka semestinya tidak dapat tidak hendaklah menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan dan pengiktibaran, yang berupa suruhan, galakan atau ancaman, khusus untuk kesejahteraan diri-sendiri, dan sememangnya inginkan keselamatan kepada ahli keluarga masing-masing, terutama isteri, isteri-isteri dan anak-anak. Mudah-mudahan kita tidak tergolong di kalangan mereka yang seperti Nabi Muhammad saw sabdakan yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang ahli al-Quran, yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia dilaknat oleh al-Quran tersebut".

Teringat akan firman Allah taala di dalam Surah Toha, ayat akhir 123 yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengikut dan beramal dengan semua ajaran Allah taala, maka dia tidak akan sesat dan kehidupannya tidak akan susah dan sempit." Disusuli pula dengan ayat 124 yang memberi faham bahawa: "Barangsiapa yang berpaling, iaitu tidak mahu beramal dan yakin serta percaya terhadap ajaran Allah taala melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad saw dengan keyakinan yang kuat, maka sesungguhnya dia akan ditimpa dengan kehidupan yang sukar, sempit dan susah."

Benarlah firman Allah taala di atas, itupun bagi Hamalatul Quran yang benar meyakini dan percaya serta memiliki daya Iman yang mantap. Apa tidaknya, hari ini, mereka yang telah mencari pasal dengan Allah taala, dengan mengingkari larangan-Nya, baik dalam hal kekeluargaan, bermasyarakat, nikah kahwin, soal pemerintahan Islam, soal hukum hudud dan qisas, soal keutamaan Jihad fi sabilillah, soal soal pertolongan (nusrah) Allah taala, mereka ini memang sedang mengalami ancaman Allah di atas. Jalan penyelesaiannya, mereka hendaklah merealisasikan ayat 123 dalam diri mereka, yang merangkumi semua aspek kehidupan. Tidak boleh sama sekali, mengambil sebahagian dan 'Silent Protes' terhadap sebahagian yang lainnya.

Suka saya nak mengajak 'Hamalatul Quran' dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, sama-sama kita menyelami dan mendasari akan firman Allah taala dalam surah at-Tolaq ayat 7 yang memberi maksud: "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan."

Inilah antara bentuk galakan dan penawar kepada mereka yang berada di dalam kesempitan hidup, terutama mereka yang mengalami masalah kewangan, dek kerana tekanan ekonomi yang semakin berat nanang (istilah orang Ganu). Apabila merasai diri dalam kesempitan rezeki, maka Allah taala mengisyaratkan agar hamba-Nya menginfaqkan apa yang dikurnikan akan nikmat oleh Allah taala. Ikut aqal manusia, orang yang di dalam kesusahan, biasanya tidak mungkin untuk memberikan nikmat yang secukup makan kepada orang lain. Tetapi Allah taala Maha Berkuasa dan Berkehendak.

Hamalatul Quran yang beriman akan bersedia dan patuh dengan arahan Allah taala tersebut. Kerana di penghujung ayat tersebut Allah taala, memberikan satu jaminan bahawa Allah akan menjadikan seseorang yang beriman yang keadaan hidupnya dahulu sempit diberi kelapangan dan kekayaan, dan sesudah susah diberi kesenangan. Ayat ini merupakan berita gembira kepada orang yang beriman terutama mereka yang fakir miskin bahawa pintu rezeki akan dibukakan kepada mereka. Kerana dunia tidaklah selamanya tetap dalam satu keadaan bahkan mengikut masa yang berubah-ubah, dia akan berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Setiap kesusahan, kemudian akan disusuli dengan kesenangan.

Dari sinilah, jika kita meneliti akan firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir samada dunia dan akhirat."

Ayat ini diturunkan ketika para Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang apa yang hendak diinfaqkan dan berapa kadarnya? Maka Allah taala telah menurunkan ayat sebagai jawapan terhadap pertanyaan itu. Yang memberi mafhum bahawa meminta kepada hamba-Nya yang beriman akan menguntukkan sebahagian hasil pendapatan mereka bagi diri mereka sekadar yang dihajati, dan yang selebihnya hendaklah diinfaqkan (disedekahkan).

Sekaligus memberi gambaran yang jelas oleh Allah taala, telah mengajar kita bagaimana caranya menguruskan harta benda kita. Allah taala mengharapkan mudah-mudahan hamba-Nya, khususnya Hamalatul Quran memikirkan urusan masing-masing dalam kehidupan dunia dan akhirat. Iaitu sebagaimana hartamu itu kita gunakan untuk kemaslahatan kita di dunia, maka yang selebihnya kita pergunakan untuk kepentingan kita di hari akhirat.

Akhirnya, suka saya menukilkan kata-kata Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang: "Kerja Utama adalah Kerja Jemaah, Adapun Kerja Dunia Yang Kita Kerjakan Pada Hari Ini Adalah WASILAH Untuk Kemaslahatan Kerja Utama." Dan berkata Tuan Guru Hj Harun Taib: "Kerjaya Itu Bukanlah Matlamat, akan tetapi Kerjaya Itu Hanyalah WASILAH Untuk Mencapai Matlamat."
posted by Abu Mus'ab @ 11:09 PG  
1 Comments:
  • At 4:23 PTG, Blogger Unknown said…

    Benarlah firman Allat taala di atas, itupun bagi Hamalatul Quran yang benar meyakini dan percaya serta memiliki daya Iman yang mantap. Apa tidaknya, hari ini, mereka yang telah mencari pasal dengan Allah taala, dengan mengingkari larangan-Nya, baik dalam hal kekeluargaan, bermasyarakat, nikah kahwin, soal pemerintahan Islam, soal hukum hudud dan qisas, soal keutamaan Jihad fi sabilillah, soal soal pertolongan (nusrah) Allah taala, mereka ini memang sedang mengalami ancaman Allah di atas

    ntk bg tau

    ade perkataan allah kat atas tu di tulis salah,,"allat"
    harap diberi perhatian

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::