:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TAZKIRAH PRU: HAK-HAK NON MUSLIM DALAM NEGARA ISLAM
Sabtu, Januari 08, 2011

Hak-hak Non Muslim Dalam Negara Islam

Sabda Nabi saw:

مَنْ آذَى ذِمِّيًّا فَقَدْ آذَاْنِيْ وَمَنْ آذَاْنِيْ فَقَدْ آذَىْ اللهَ – رواه التبرانى

Maksudnya: "Sesiapa yang menyakiti zimmi maka dia telah menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku maka dia telah menyakiti Allah SWT."

1- Hak untuk mengamalkan agama masing-masing

Non muslim yang berada di dalam negara Islam bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing. Para pendakwah hanyalah berkewajipan menyampaikan dakwah Islam kepada mereka sahaja. Akan tetapi tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam kerana hidayah untuk memeluk Islam itu adalah milik Allah SWT semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). (Ali-Imran : 20)

2- Hak untuk dipertahankan nyawa, tubuh badan, harta dan maruah

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menukilkan ijma' ulama bahawa nyawa zimmi adalah terpelihara daripada dicerobohi. Pencerobohan terhadap nyawa mereka termasuk dalam kategori dosa-dosa besar berdasarkan sabda Nabi SAW:

‏مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya:"Sesiapa yang membunuh kafir mua’had, maka dia tidak akan dapat menghidu bau Syurga. Sesungguhnya bau Syurga itu dapat dikecapi dalam jarak empat puluh tahun."

Walaupun para ulama berselisih pendapat berhubung dengan kedudukan muslim yang membunuh zimmi dengan sengaja, adakah dia dihukum bunuh ataupun tidak, namun Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mentarjihkan pendapat yang menyatakan muslim berkenaan tetap dibunuh. Pendapat ini juga telah dikanunkan dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah dan dilaksanakan dalam wilayah-wilayah yang di bawah pemerintahannya sejak beberapa kurun.

Begitu juga tidak boleh menceroboh harta mereka dengan dirampas, dicuri, disamun dan seumpama dengannya. Sehinggakan benda-benda yang dianggap harta di sisi mereka tidak boleh diganggu gugat walaupun ianya tidak mempunyai nilai harta di sisi Islam. Arak dan khinzir tidak boleh dimiliki oleh orang Islam. Jikalau seorang muslim membinasakan arak dan khinzir yang dimiliki oleh seorang muslim, maka dia tidak perlu membayar sebarang ganti rugi. Akan tetapi jikalau seorang muslim membinasakan arak dan khinzir milik zimmi, maka dia dikehendaki membayar ganti rugi nilaian kebinasaan tersebut menurut pandangan Mazhab Hanafi.

Maruah mereka juga tidak boleh dicerobohi seperti mengeluarkan kata-kata yang keji, umpatan, cacian, penghinaan dan lain-lain lagi terhadap diri mereka.

3- Jaminan ketika sudah tua, keadaan miskin dan lemah

Islam juga memberi jaminan sara hidup bagi non muslim termasuklah orang-orang yang di bawah tanggungan mereka ketika mereka sudah tua, dalam keadaan miskin dan lemah yang tidak mampu bagi mereka untuk bekerja menyara hidup.

4- Hak untuk bekerja

Non muslim juga mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti pekerjaan untuk menyara hidup mereka. Dalam bidang perniagaan mereka boleh berjual-beli, sewa-menyewa dan lain-lain lagi kecuali riba. Begitu juga mereka tidak boleh berniaga arak dan khinzir dalam negara-negara Islam. Selain daripada itu mereka bebas untuk melakukan sebarang aktiviti pekerjaan.

5- Hak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan

Non muslim tidak dihalang daripada menjawat jawatan dalam pemerintahan kecuali jawatan-jawatan yang berbentuk keagamaan seperti ketua negara, pemimpin tentera, memutuskan kes orang-orang Islam, menguruskan harta-harta zakat dan lain-lain lagi.

Ketua negara merupakan jawatan menggantikan kerja-kerja kenabian. Maka tidak harus menggantikan nabi melainkan seorang muslim. Memimpin tentera pula bukanlah jawatan sivil semata-mata, bahkan ianya mempunyai unsur ibadat kerana jihad itu merupakan kemuncak ibadat dalam Islam. Mengadili kes di kalangan orang-orang Islam bermakna berhukum berdasarkan Syariat Islam. Maka tidak dituntut non muslim berhukum terhadap apa yang mereka sendiri tidak beriman dengannya.

Selain daripada jawatan-jawatan yang tidak berbentuk keagamaan, maka non muslim boleh menjawat jawatan tersebut apabila dia mempunyai kelayakan, kemampuan, amanah dan ikhlas kepada negara.
posted by Abu Mus'ab @ 7:57 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::