Hati Manusia Adalah Milik Allah Taala
“ Hati itu berada pada dua celah jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkannya mengikut yang Dia kehendaki ”
Siapa dalam kalangan kita yang mampu menyangka orang yang paling lantang berpidato mempertahankan perjuangan Islam akan meninggalkan Islam? -Na’uzubillah- .
Siapa mampu mengagak orang yang paling kuat menentang perjuangan Islam akan bersama Islam suatu hari nanti? Semuanya telah berlaku..
Orang yang berjawatan tinggi dalam saf kepimpinan jemaah Islam di bumi Malaysia pernah meninggalkan saf perjuangan itu. Musuh pula yang selama ini menentang akhirnya bertukar menjadi insan yang paling mencintai perjuangan mulia ini.
Allah Taala mengajar kita dengannya supaya kita menyedari bahawa nikmat berada dalam agama Islam dan berada dalam saf jemaah Islam ini adalah kurniaan serta anugerah dariNya semata-mata. Sekiranya Allah menghendaki, Dia boleh menariknya daripada kita.
Tidakkah sebelum ini kita pernah membincangkan bahawa:-
"Islam bukan mulia kerana kita, tetapi kita mulia kerana kita memilih Islam sebagai jalan hidup"
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan kepada Kamu (nikmat itu). Sekiranya kamu ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih” (Ibrahim: 7) Label: HaRaKi |