Adakah Kita Manja?
Marilah kita telusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun.
Dialah yang disebutkan Hasan Al Banna orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara maraton. Ia selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah.
Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja. Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya. Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat keadaan tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya tertidur sampai bangun.
Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail bangkit untuk ke kota lainnya. Karena keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan tambang untuk naik taksi.
Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah.
Kerana itu, gunalah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirahat sejenak.” Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu.
Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam saja.”
Alangkah sukanya apabila melihat atau menyaksikan perihal demikian yang di atas berlaku ke atas kita semua selaku para pendokong gerakan Islam. Tidak MANJA ! Tidak Mahu Dipujuk ! Tidak Mahu Dirayu ! Tidak Mahu Dipohon ! Tidak Mahu Diminta ! Tidak Mahu Diturut ! Tidak Mahu Dibelai ! Tidak Mahu Dicari !
Mudah-mudahan semua sahabat dapat mengadaptasikan pengertian KORBAN dalam kehidupan seharian kita. Jangan sekadar merayakannya sahaja. Jangan sekadar mengorbankan lembu, kerbau, kambing, unta dan seumpamanya sahaja. Yakinlah ! Allah taala bersama dengan pendokong gerakan Islam. |