Salam Eidul Fitri Dari Penulis
Alhamdulillah, hari ini kita orang Islam telah melalui hari yang 29 berpuasa dalam bulan Ramadhan ini. Tinggal hanya 1 hari sahaja untuk kita berlumba-lumba mengambil kesempatan mencari keredhaan Allah taala.
Tiada apa perkara yang lebih bermakna dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam melainkan Redha Allah taala yang dituntut. Kasih Allah, Redha Allah, Sayang Allah, Mesra Allah...Inilah matlamat yang dicari oleh Para Nabi, Para Sahabat, Para Taabi'in, Para Ulama, dan Para Salafussoleh.
Orang kata, "Buat apa kita menzahirkan secara jelas identiti PAS kita, cukup sekadar dalam hati, Allah kan Maha Mengetahui"... Bagi pandangan saya, pandangan sedemikian adalah silap. Kerana Hati lah yang akan menentukan segala gerak langkah, perwatakan, tingkah laku, ucapan, pakaian, makanan, minuman, penggunaan barangan harian dan seumpamanya.
Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah, memandangkan Bulan Ramadhan ini adalah juga Bulan Muhasabah, mengambil peluang yang masih berbaki ini dengan mempergiatkan lagi amalan dan ibadat dengan sebaiknya. Jadikanlah kesan Ramadhan yang akan kita lalui sebagai kesan yang semaksima dari Ramadhan yang baru sahaja kita lalui, bersungguh-sungguh dalam memartabatkan Islam di Terengganu ini.
Ucapan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat seperjuangan serta muslimin dan muslimat di serantau dunia.
SALAM EIDUL FITRI
Kullu 'Aamun Wa Antum Bikhair
Ustaz Azizul, Kak Matun, Mus'ab, Mu'az dan Suhaib Paka, Dungun, Terengganu |