
Tazkirah Ramadhan
Telah berkata sufyan assauri rahimahullah: "Sesungguhnya Allah tabaraka wa taala telah mencipta angin di waktu sahur membawa zikir-zikir serta pengampunan kepada Allah malikul jabbar."
Telah diriwayatkan di dalam wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Sesungguhnya dia telah berkata:"Wahai anakku, janganlah engkau jadikan ayam lebih bijak daripada engkau. Dia memanggil dengan berkokok di waktu sahur sedangkan engkau pula dalam keadaan tidur." Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Tiga suara yang di sukai oleh Allah taala: 1- suara ayam berkokok, 2- dan suara orang yang membaca al-Quran, 3- dan suara orang yang meminta pengampunan di waktu sahur." SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA...:)
Dari Tsuban r.a berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “hampir tiba suatu masa di mana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka .” Maka salah seorang sahabat bertanya : “Apakah kerana kami sedikit ketika itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.” “Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan .” Seorang sahabat bertanya : “Apakah wahan itu ya Rasulullah?” Nabi lalu menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” Hadis riwayat Abu Daud. |