
Tazkirah Ramadhan al-Mubaarak
Pertama
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".
Ulasan :
Puasa seseorang itu akan sia-sia apabila :
- Solat Wajib ditinggalkan
- Lelaki yang menampakkan auratnya
- Lelaki yang memakai rantai, gelang atau anting-anting ( walaupun daripada perak )
- Mengeluarkan kata-kata yang kesat, lucah dan seumpamanya
- Makan, minum serta menggunakan produk atau barangan mana-mana syarikat yang jelas menentang Islam dengan sengaja
- Mendengar dan menyanyi nyanyian yang melalaikan dengan sengaja
- Fahaman Nasionalisme, Sekularisme dan Liberalisme masih menjadi pegangan utama
- Seseorang itu masih menyokong kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupannya
- Perempuan yang mendedahkan auratnya ( nampak rambut, lengan tangan, perhiasan tubuhnya dan kakinya )
Kedua
Dari Abi Musa, Abdullah bin Qis al-Asyari r.a dari Nabi SAW sabdanya: " Sesungguhnya Allah taala menghulurkan tanganNya di waktu malam kepada orang-orang yang melakukan dosa di waktu siang supaya bertaubat kepadaNya, dan Allah taala menghulurkan tanganNya di waktu siang supaya bertaubat kepadaNya orang-orang yang melakukan dosa di waktu malam, sehingga matahari naik dari arah Barat".
Hadis Riwayat Muslim