:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

WAFATNYA NABI ISA ALAIHISSALAM
Ahad, Mei 18, 2008

Wafatnya Nabi Isa alaihissalam

Amat beruntung kepada sesiapa yang dapat hidup di zaman selepas kemusnahan Ya'juj dan Ma'juj, kerana di antara keistimewaan zaman ini adalah sepertimana sabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

"Maka hilanglah segala sifat permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari semua binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ulat tersebut tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing peliharaannya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan sepertimana dipenuhkan sebuah bejana dengan air. Segala pendapat akan menjadi satu (tidak akan ada perselisihan pendapat) dan tidak disembah kecuali Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (kepimpinan Imam Mahdi).

Mengikut Imam al-Barzanji, besar kemungkinan zaman kemakmuran yang akan berlaku pada masa pemerintahan Nabi Isa a.s ini adalah juga zaman kemakmuran yang diriwayatkan akan berlaku pada masa zaman pemerintahan Imam Mahdi kerana kedua-dua mereka akan hidup bersama pada zaman tersebut.

Maka kemakmuran dan keadilan itu kadang-kadang dikatakan akan berlaku pada zaman Nabi Isa dan masa yang lain dikatakan berlaku pada zaman Imam Mahdi, padahal zamannya hanya satu sahaja, iaitu 7 tahun terakhir dari kehidupan Imam Mahdi, bersamaan dengan 7 tahun pertama dari awal turunnya Nabi Isa a.s. Ertinya Imam Mahdi lebih dahulu dari Nabi Isa a.s memimpin ummat ini lebih kurang 30 tahun manakala Nabi Isa a.s akan hidup selepas kematian Imam Mahdi selama lebih kurang 30 tahun lagi.

Adalah juga diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s akan berkahwin dengan perempuan dari keturunan kabilah "Judzam" seperti sabdaan Rasulullah SAW ketika Baginda SAW menerima delegasi yang datang dari kabilah Judzam yang diriwayatkan oleh al-Muqrizy yang bermaksud:
"Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku qiamat sehingga Nabi Isa a.s akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula".

Peristiwa perkahwinan Nabi Isa a.s ini ialah pada tahun yang ke-21 setelah baginda turun ke muka bumi ini, jadi umur baginda selepas berkahwin ini masih tinggal lagi 19 tahun, kerana keseluruhan masa hidup Nabi Isa a.s setelah baginda turun nanti ialah 40 tahun seperti apa yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadis yang sahih.

Setelah cukup 40 tahun dari masa turunnya Nabi Isa a.s, baginda akan wafat di Madinah dan dimaqamkan bersama dengan Rasulullah SAW. Jadi baginda adalah orang yang ke-4 di Hujrah Syarifah (bilik yang mulia) itu.

Setelah Nabi Isa a.s meninggal dunia, kepimpinan dunia Islam akan diteruskan buat sementara waktu oleh seorang khalifah yang bergelar al-Muq'ad yang berasal dari Bani Tamim. Apabila al-Muq'ad meninggal dunia, maka 3 tahu kemudian al-Quran pun diangkat ke langit. Ini bermakna qiamat sudah hampir tiba.

Ada suatu perkara yang elok kita ketahui di sini, iaitu jika kita merujuk kepada semua hadis yang disebutkan berkenaan dengan turunnya Nabi Isa a.s sehingga baginda wafat, maka nampaknya segala kejadian ini berlaku di sekitar Asia Barat sahaja, tidak lebih dari itu. Jadi negara-negara lain boleh jadi masih dihuni oleh orang-orang Kafir kecualilah Nabi Isa a.s akan sampai ke mana-mana negara maka penghuni Negara itu samada akan terus masuk Islam ataupun mereka akan mati kerana mencium angin penafasan Nabi Isa a.s di mana angin nafas baginda akan sampai sejauh mata baginda dapat memandang.

Dan tidak ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan mengililingi bumi ini atau akan pergi ke mana-mana tempat selain dari Asia Barat. Lain halnya dengan Dajjal yang telah disebutkan dalam banyak riwayat bahawa ia akan pergi ke seluruh pelusuk dunia kecuali Makkah dan Madinah yang tidak dapat dimasukinya.

Rasanya susahlah kita hendak perkatakan bagaimana keadaaan dunia luar dari Asia Barat. Apakah masih ada di sana orang Islam atau tidak. Wallahua'alam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui dengan apa yang akan terjadi nanti.

posted by Abu Mus'ab @ 3:44 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::