Sehari Selepas Dirasmikan
Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya di majlis perasmian Stadium Utama Negeri Terengganu (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) semalam menyifatkan ianya sebuah stadium termoden dan tercanggih di Pantai Timur itu.
Tinjauan Buletin Online pagi keesokannya mendapati para pekerja (yang pastinya bukan pekerja tempatan) masih mengangkat atap di atas bumbung stadium ‘termoden dan tercanggih’ itu.
Ramai yang masih hairan dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri di dalam Sidang Dun baru-baru ini apabila ditanya berkaitan pembinaan Stadium Utama Negeri ini.
YB Yahya Khatib Mohamad menjawab kerajaan memang mengambil kira keselamatan para pengunjung majlis perasmian dan penggunakan stadium, walaupun belum dikeluarkan 'certificate of fitness' (CF) ataupun (sijil layak menduduki) Sebelum ini heboh diperkatakan kecacatan struktur pada bumbung atap stadium. Kecacatan pada struktur bumbung stadium utama yang amat kelihatan di bahagian tengah lengkukan (curve) bumbung yang besar di bahagian belakang stadium, dikatakan adalah kesan daripada struktur tersebut yang pernah runtuh. Sekitar April - Mei, tahun lalu, struktur bumbung stadium utama ini pernah runtuh. Selepas struktur tersebut runtuh, seluruh pekerja dipanggil berhimpun dan diberikan penerangan serta amaran supaya tidak membawa berita (cerita) struktur yang runtuh tersebut keluar dari kawasan pembinaan.
Akibat dari struktur runtuh, menyebabkan 'alignment' struktur dan bumbung 'telah lari' dan tidak lagi sesuai dengan atap stadium. Atap stadium yang unik itu, di tempah dari pengeluar atap stadium yang terkenal dari Korea. Beberapa tenaga kerja mahir dari Korea tidak sanggup untuk memasang bumbung kerana 'alignment' struktur telah mengalami perubahan akibat runtuh. Mereka telah meninggalkan tapak pembinaan dan balik ke Korea.
Itulah sebabnya pemasangan atap tersebut mengalami kelewatan, yang telah menjadikan salah satu sebab projek stadium mengalami kelewatan.
Lensa Buletin Online merakam kecacatan jelas pada struktur. |
runtuh dohhhh....amek ntohhh...