Cara Hilangkan Sifat Takabbur
Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya |
As-Salamu 'Alaikum!
Kali pertama saya ke halaman ini. Terus tertarik. Mungkin kerana seperjuangan dan mungkin kerana ingin tahu. Saudara sedang belajar di Mesir ke? Di Malaysia, saudara di mana?
Saya pernah belajar di Azhar dari Dis. 1972 hingga Feb. 1976. Dah lama kan?
Semoga saudara berjaya dengan cemerlang.
Abdul Wahab Arbain.