10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah Taala
Sabda Rasulullah sollalahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah taala, iaitu:
1- Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3- Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (Taubat).
4- Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5- Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6- Orang perempuan yang suaminya marah/ menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7- Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8- Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9- Orang yang suka makan riba.
10- Orang yang solatnya tidak dapat menahanya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah taala dan jauh dari Allah taala".
Renung-renungkanlah... Adakah kita tergolong di kalangan 10 orang yang Rasulullah SAW nyatakan dalam hadis di atas ?
zzzzz2018.7.19
nike huarache
jordan shoes
nike factory outlet
golden goose
nike soldes femme
pandora jewelry
michael kors outlet online
ralph lauren outlet
nike outlet
off white jordan 1