Erti Islam Yang Sebenarnya..Bukan Islam Umno..
Lamanya tak menulis. Artikel terakhir adalah pada 14
Disember 2011, berkait dengan antara sebab seseorang itu boleh Murtad. Kini,
sungguh cepat masa berlalu, dan kita telah berada di awal bulan yang penuh
barokah dan muliannya. Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi Muhammad saw, Nabi
kita, Kekasih Allah taala, seorang manusia yang sempurna dengan ciptaan dan
kenabian dan kerasulannya. Sama –sama kita banyakkan bersolawat ke atas Baginda
saw, seterusnya menjadikan Baginda sebagai Role Model dalam kehidupan kita
seharian, yang merangkumi semua aspek kehidupan, bukan setakat solat sahaja.
Kali ini, saya nak berkongsi pengetahuan, hasil pengamatan
dan pembacaan kitab-kitab AQIDAH serta pengalaman yang dilalui. Iaitulah, satu
pemahaman tentang ISLAM yang telah disempitkan pengertiannya dan pengamalannya
serta hakikatnya oleh kebanyakkan orang Islam hari ini, terutama penyokong dan
pendokong Umno, parti kelahiran dari Yahudi dan Amerika.
Amat jahil dan malang sekali bagi Penyokong dan Pendokong
Umno yang hanya menganggap dan berpandangan serta menjadi pegangannya bahawa
ISLAM hanya setakat Mengerjakan Sembahyang, Menunaikan Zakat, Berpuasa Ramadhan
serta Tunaikan Haji dan Umrah di Makkah, serta berzikir, membaca al-Quran dan
menghafaznya. Sempitnya pemikiran mereka ini. Jahatnya parti kelahiran Yahudi
dan Amerika, Umno ini. Berdosa besarnya mereka yang memperjuangkan fahaman ini dan
menyembunyikan kebenaran Hakikat ISLAM ini..
Jom kita mengetahuinya, apa itu ISLAM yang SEBENARNYA..
ISLAM itu ialah, menyerahkan diri kepada Allah taala, tunduk
kepada segala macam perintah samada suruhan atau larangan Allah taala, serta
turut akan segala syariat yang Allah taala turunkan, walaupun berlainan pada
sesetengah kewajipan dan corak amalannya, inilah perihal Islam yang telah
diwasiatkan kepada para Nabi alaihimussolatu wassalam.
Adapun ORANG ISLAM yang betul-betul Islam ialah, orang yang
bersih dari sebarang bentuk syirik, ikhlas dalam amalannya dengan berimankan,
yakin dan percaya kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh Allah, dan pada
apa zaman pun dia berada.
Sayyidina Ali karramallahu wajhah telah berkata: “ISLAM itu
ialah taslim (menyerah diri), dan taslim itu ialah yakin, dan yakin itu ialah
percaya, dan percaya itu ialah berikrar, dan berikrar itu ialah menunaikan, dan
menunaikan itu ialah beramal.”
Berkata lagi Sayyidina Ali: “Bahawasanya orang MUKMIN (yang
beriman) mengambil agama dari Tuhannya, dan tidak mengambil agama dari
pendapatnya. Orang Mukmin dikenal keimanannya dari amalnya, adapun orang kafir
dikenal kekafirannya dari keingkarannya (keengganannya). Wahai manusia, Islam
adalah agama kamu! Islam adalah agama kamu! Pertahankanlah dan peganglah
teguh-teguh. Sesungguhnya keburukan dalam keadaan kamu beragama, lebih baik
dari kebaikan sedangkan kamu dalam keadaan tidak mahu beragama. Kerana keburukan
itu ada kemungkinan dapat diampuni, tetapi kebaikan kalaulah tidak pada
tempatnya, tidak dapat diterima sama sekali.”
ISLAM bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah taala
serta mentaati Allah, yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana
ketundukan yang sungguhti, tanpa memikirkan/ perhitungan pahala dan dosa. (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 83 dan 85)
ISLAM adalah nizom/
peraturan, perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi
dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, daripada Allah
taala, untuk disampaikan kepada manusia serta menyatakan serta menjelaskan apa
yang akan dikenakan ke atas orang yang mengikut dan menentang samada yang
melibatkaan dosa maupun pahala. (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 85)
ISLAM juga ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh
Allah taala kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad saw, yang terkandung di dalamnya segala macam peraturan-peraturan
yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam
al-Quran dan as-Sunnah adalah diperintahkan agar disampaikan kepada manusia. (Dalilnya: Surah al-Maidah ayat 67)
ISLAM adalah keseluruhan ad-Din yang dibawa oleh Nabi
Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung kait
dengan aqidah, amalan, dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir
dan batin dengan penuh keikhlasan. (Dalilnya: Surah al-Baqarah ayat 112)
Adapun ISLAM dengan makna sekadar menyerah diri secara zahir
sahaja, dengan tidak ada keimanan di dalam hatinya, Islam yang seperti ini sedikitpun
tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya. Ini ISLAM jenis Umno..(Dalilnya: Surah al-Hujurat ayat 14)
ISLAM itu merupakan jawapan yang tepat kepada tiga
pertanyaan yang dikemukan kepada setiap manusia samada dahulu, kini dan akan
mendatang, iaitu: Dari mana dia datang? Mengapakah dia dijadikan? Ke manakah
dia dikembalikan? (Dalilnya: Surah al-Hajj ayat 5, Surah az-Zaariyat ayat 56, Surah al-Insyiqaq ayat 6)
Akhirnya, ISLAM merupakan penghayatan yang sebenar bagi
manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan manusia, merupakan ubat yang
paling mujarab dan berkesan untuk mengatasi sebarang penyakit yang manusia
alami, dan menjadi jaminan Allah taala Islam dapat memperbaiki masyarakat dan
Islam adalah jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang
melaluinya. (Dalilnya: Surah as-Syura ayat 52 dan 53)
Justeru itu, marilah kita ( Huffazul Quran, Cendekiawan Agama, Kakitangan Kerajaan atau Swasta, serta semua orang Islam terutama Penyokong dan Pendokong Umno ) sama-sama, perbetulkan semula pemahaman dan pandangan kita tentang Islam yang sekian lama diADATkan dan diBIASAkan oleh pemerintah sekular, Umno laknatullah ini. Seterusnya mengubah dan menukar pendirian kita, kepada pemahaman serta pengamalan ISLAM yang hakikatnya, yang meliputi samada Politik, Ekonomi, Kebajikan, Sosial, Masyarakat, Pendidikan, Budaya, Jenayah, Kekeluargaan dan lain-lain lagi, bukannya setakat Sembahyang, Haji, Puasa, Zakat, Baca Quran dan Zikir semata-mata.
Apa guna Umno kini nak tegakkan benang yang basah, sedangkan terbukti dan jelas di mata akan kekufuran pada Allah serta pengkhianatannya pada Agama, Bangsa dan Negara..? Tak lain tak bukan..PAS Wajib Ganti Umno..
canada goose jackets
cheap jordans
soccer shoes
nike shoes for women
polo ralph lauren
ugg boots on sale 70% off
cheap nfl jerseys
canada goose outlet
nike tn pas cher
giuseppe zanotti
zzzzz2018.7.19