MURTAD Sesiapa Yang Diam Berada di Dalam Majlis Yang Menghina Ayat-ayat Allah
Firman Allah taala di dalam Surah
an-Nisa’ ayat 140 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan
kepada kamu di dalam al-Quran bahawa kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari
dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang Kafir), maka janganlah kamu duduk
bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain, kerana
sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah serupa dengan mereka.”
Allah telah menjelaskan kepada
orang-orang yang beriman bahawa orang-orang kafir apabila mendengar ayat-ayat
Allah mereka menafikan dan mempersendakan dengan ayat-ayat itu. Maka
orang-orang yang beriman janganlah bersekedudukan dengan mereka kecuali jika
berpaling kepada percakapan yang lain. Dan orang-orang yang bersekedudukan
dengan orang-orang kafir yang mempersenda, menghina dan mencela akan ayat-ayat
Allah, maka dia telah serupa dengan orang-orang kafir dari segi mempersedakan
akan ayat-ayat Allah taala itu.
Hukum itu adalah ketika mereka
berada di dalam satu negeri, iaitu pada zaman permulaaan Islam. Maka bagaimana
hukumnya bagi mereka yang hidup dalam udara dan suasana Islam yang bebas dan
dalam Negara Islam yang ada kemulian, lalu menjemput orang-orang kafir yang
menganyi-nganyikan Allah kepada negerinya, melantikkan mereka menjadi kawan
setia dan penasihat, menadah telinga mendengar ejekan mereka serta memberi
pengakuan kepada mereka dan menghalau ulama-ulama Islam?
Ini merupakan salah satu uslub
redha dan berpuashati dengan kufur dan orang-orang kafir, yang menjadikan
mereka jauh dari Iman dan memasukkan mereka ke dalam pengertian kufur. (Minta
perlindungan Allah taala daripada sikap yang demikian itu). Kerana bersikap
diam dalam majlis kufur dan diam dengan apa yang berlaku di dalamnya adalah
dalil dan bukti yang jelas terang menunjukkan berpakat dan bersetuju.
Oleh itu, maka wajiblah ke atas
orang yang beriman berhati-hati, sebagaimana dia berhati-hati terhadap kufur
yang soreh (jelas). Dan dia mestilah menjauhi majlis-majlis tersebut, agar
terselemat dari azab Allah taala. Dan janganlah menghalangkannya oleh perasaan
bimbang kepada harta kekayaan, atau pangkat, atau sebarang bentuk tujuan-tujuan
duniawi. Kerana kepada Allah lebih Aula dia takuti, bukan takut pada manusia…
Huraian daripada
KItab IMAN, Rukun, Hakikat dan Pembatalan, Cetakan Pertama 2001
Karangan Dr.
Muhammad Naim Yasin
Bab: Bilakah
seorang yang beriman menjadi kafir, m/s 337