:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

DUA HAKIKAT PENTING DALAM POLITIK
Selasa, Julai 21, 2009

Dua Hakikat Penting Di Gelanggang Politik Yang Mesti Diketahui Oleh Pejuang Islam


Saudara-saudara yang mulia !

Dalam kegelapan yang menghitam ini, di sana masih terdapat harapan yang cerah, berkilapan cahayanya, dalam dua hakikat ini :

PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain. Inilah di antara kelebihan-kelebihan Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

Firman Allah :

وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأرْضُ

Maksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi…" (Al-Baqarah : 251)

Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai penolong mereka.

Firman Allah :

إِنَّ كيْدَ الشَّيْطَانِ كانَ ضَعِيفًا

Maksudnya : "..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah.." ( Al-Nisa’ :76 )

KEDUA: Jiwa penganut Islam tidak kurang semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka.

Di sana ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa apabila ada satu jemaah yang cergas, cukup lengkap dengan syarat keahliannya untuk menjalankan peranan kepimpinan dan pentadbiran, jemaah yang tegak di atas keimanan yang kuat dengan berpegang teguh kepada Islam, yang bangun di atas akidah yang kuat dengan dasar Islam dan keazaman yang benar untuk mengorbankan segala-gala pada jalan ini, sama ada perkara yang dikorbankan itu mahal atau murah maka tidak syak lagi bahawa pada akhir nanti dokongan umat akan kembali kepada mereka. Allah akan memberi kemenangan kepada mereka di dalam pertempuran yang menentukan di antara yang haq dengan yang batil. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk najis fahaman atheis tidak bertuhan, amalan fasik dan jahat. Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.
Firman Allah:

وَلا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ
إِنَّهُ لا یَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الكَافِرُونَ


Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 9:17 PG  
3 Comments:
  • At 11:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Mudah2an UMNO dapat kembalikan kegemilangan Islam di dunia.

    Sekadar nasihat & peringatan kepada para blogger.

    Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    _______________________
    View Profile: Rantong™

     
  • At 10:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    UMNO tidak akan dapat kembalikan kegemilangan Islam di dunia selagi al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias Tidak dijadikan dasar dalam pemerintahan kerajaan sekarang ni..sekadar nak nasihatkan anda: Jgn Gunakan ayat Allah taala untuk menghalalkan yang haram, Jgn Takwilkan ayat Allah taala untuk membenarkan apa yang salah, Siapa diri anda berbanding dengan Abul A'la Al-Maududi? Jgn letak diri anda di kalangan mereka yang Jahil. Saya nampak macam anda ni dari golongan yang Profesional..

     
  • At 10:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Kepada RANTONG: UMNO tidak akan dapat kembalikan kegemilangan Islam di dunia selagi al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias Tidak dijadikan dasar dalam pemerintahan kerajaan sekarang ni..sekadar nak nasihatkan anda: Jgn Gunakan ayat Allah taala untuk menghalalkan yang haram, Jgn Takwilkan ayat Allah taala untuk membenarkan apa yang salah, Siapa diri anda berbanding dengan Abul A'la Al-Maududi? Jgn letak diri anda di kalangan mereka yang Jahil. Saya nampak macam anda ni dari golongan yang Profesional..

    Saya amat mengenali tuan punya blog ni, cukup teliti apabila nak keluarkan sesuatu, lagipun ada dalil dan nas yang kukuh dan tepat dari sumber Islam.

    Rantong ni hanya tahu terjemah ayat jer, tapi tak tahu apa makna disebalik ayat tersebut. Sebab dia rasa terjemah dan tafsir benda yang sama..hakikatnya adalah TIDAK..

    sebab tu ramai org UMNO jahil..dia rasa terjemahan tu dah memadai, sempit sungguh org umno ni, sekaligus kepada Rantong, sila rujuk tafsir tentang ayat yang saudara sebut tu..makna cukup luas..UMNO ni pejuang parti sekular, kebangsaan dan liberal..INGAT tu !

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::