Apa Ertinya Ibadatnya Apabila ....
Sering kita melihat, mendengar dan membaca akan perkara yang berkaitan dengan cara beribadat terhadap Allah taala dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, rata-rata orang Islam di dunia ini khusus Malaysia, telah melakukannya. Cuma masalahnya, skop Ibadat itu bagi orang Islam di Malaysia telah dikecilkan maksudnya. Tidak menyeluruh.
Kenapa tidaknya, majoriti Orang Islam di Malaysia menganggap ibadat itu hanyalah setakat menunaikan Solat (sembahyang), berpuasa Ramadhan, tunaikan zakat dan mengerjakan Haji. Ini fahaman yang amat ketara di kalangan masyarakat Islam kita yang akhirnya menyebabkan ramai generasi-generasi baru terikut-ikut dengan fahaman ini seterusnya menyebabkan berlaku kelompangan dan kekurangan dalam aspek Keimanan dan Ihsan.
Apa ertinya Ibadat jika ...
1- Keimanan kepada Allah tidak kuat 2- Keyakinan kepada al-Quran tidak mantap 3- Keyakinan kepada amal Sunnah tidak teguh 4- Perempuan yang mendedahkan auratnya terutama rambut 5- Lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya 6- Anda menggunakan, memakai, memakan dan minum dengan produk-produk keluaran Yahudi dan proksinya. 7- Anda sekeluarga memakan di Restoran KFC, PIZZA HUT dan MCDONALD. 8- Anda menzalimi atau merampas hak milik orang 9- Anda memperlekehkan orang alim ulama' 10- Anda masih menyokong UMNO/ BN.
Jadi, masih ada masa lagi untuk kita sama-sama perbetulkan keadaan diri, keluarga dan masyarakat kita. Jauhkan segala perkara yang boleh menyebabkan jatuhya bala ke atas orang Islam. Jangan kita dianggap oleh Allah taala sebagai "Mustadrijun". Mudah-mudahan kita menjadi orang Islam yang Tulen dan Sejati. |